Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, November 22, 2009

Musim hujan + musim kenduri khawin

Salam...

Start aje cuti, banyak le jemputan kenduri kawin....rodong2, jiran2, kawan2.....ramai buat kenduri. Sendiri nikah le, adik kawin la, kawin anak le...

Kalau tak pegi, tak sedap pulak......beriye sangat ngajaknya. Nak pegi karang, rasa cinta aje nengok ke cuaca sekarang ni asyik hujan aje.

Kot gone pun, mengkala rodong2 dekat te, nok taknok kena pegi jugalah..paling tidokpun nunjuk ke muka kite ni yg datang.

Tapi bagi koi, bab kenduri ni, suke sangatlah. banyak kelebihannya. Kalau seisi rumah pegi, tak payah koi beli lauk utk memasak. Pegi je kenduri te...hulur je RM 10.00 ....abis cerite.

Lagi satu, masa kendurilah nak rasa makan gulai kawah daging segar. Ande te pulak sediakan lauk tambahan dan aksosori lain2 ....

Tengok pulak tuan rumah te. Mengkala orangnya berduit, sesetengah tu sediakan ikan patin masak tempoyak lagi. lepas tu pulak siap dengan bubur utk pencuci mulut lagi... Bapok le meriahnya.

Menengok ke tetamu pulak, macam2 pesen ande. Nok pulak waktu hujan turun...bapok le kalutnya....tapi bab makan ni....hujan ke, panas ke.....nasi penuh jugak sepingan.

Cuma, yg agak kesiannya...tuan rumah dan jiran2 tetangga... bila musim hujan buat kenduri, sedikit menyusahkan.

Walaubagaimana pun....setakat semalam dan hari ni, koi tengok setiuasi kat majlis walimatulurus tu.....tetap meriah walaupun dalam keadaan cuaca sebegini..

Esok atau lusa, setakat ni takde lagi jemputan kat koi...tak tahulah kalau koi rajin lepak kedai makan atau berjemaah kat masjid , terjumpa pakcik2 yg nak buat kenduri te ngajak koi pegi....tak tahulah pulak....

Tapi, realitinya...musim cuti nilah musim orang nikoh.....

Wassalam..

2 comments:

Aku Anak Pahang said...

Kena tengke musim ujan..padoh laa uji belendir laa jawabanya..mekala buat keje kawin nei ..hok maru urus setia...pengatin tak pade suke ngat tengke gini...kawan mikir panjang mekala nok meredoh hujan nei..

Relevan said...

Selamat pengantin baru..buat yang berkahwin..yang dah sudah kahwin buat buat lah apa yang patut..