Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, November 12, 2015

Bukan waktunya..

Assalam...

Dah tahu musim hujan, keknya masih berharap untuk ke tepian sungai di Hulu Bera. Sebabnya jangkaan kawasan untuk tahan jaring masih boleh dilakukan .

Rupa2nya sangkaan meleset, air sungai yang dah sedia besar dan ditambah dengan curahan hujan sebelah petangnya menyebabkan misi gagal. 

Walaupun demikian, habuan pergi tetap diperoleh walaupun untuk sajian malam dan sedikit dibawa balik.
Apa yang penting, port baharu yang masih segar dengan alam semulajadi telah ditemui, hasrat di kemudian hari apabila cuaca mengizinkan akan diziarahi semula. Insya-Allah.

Kebetulan sampai di port, hujanpun turun mencurah-curah. Tugasan menyelesaikan tugasan sebelum malam menjelma terus dilakukan.
Tapak khemah bekas port pegawai perhutanan semasa tugasan menentu kawasan serta pokok untuk aktiviti pembalakan.

Sebelum ni, tak pernah bawa generator, kali ni sampai 2 buah diangkut, bimbang salah satu tak berfungsi

Bab tempat tidur memang selesa, tapi kalau disukat dengan jam, adalah 3,4 jam kot yang lenanya. Selain itu, diisi dengan aktiviti borak2 kosong.
Stok kayu leban memang banyak, tak mustahil jika unggun api boleh memanggang seekor kijang. Tapi masih belum ada rezeki. Hanya ikan yang dijadikan lauk.
Air sungai yang sebelumnya boleh diseberangni dengan mudah, tapi kali ini arusnya begitu menyeramkan.

Nak tahan jaring, fiberpun hanyut sebelum sempat tali jaring diikat.


Tiba masa untuk pulang setelah selesai urusan mengemas semua peralatan.


Bolehlah sikit ikan dibawa balik tapi yang banyaknya ikan sikang. Besar2 pula tu...memang puas hati seandainya cuaca mengizinkan untuk ditahan jaring.
Pokok tingkat ali memang banyak tumbuh di kawasan situ.
Setakat untuk stok sendiri tu makan tahun baru boleh habis..

Rezeki dan hasil tangkapan, adalah ketentuan Allah SWT, adakala banyak dapat, adakala cukup untuk makan, tapi aktiviti sebegini bukan sahaja tangkapan yg dikejar semata2, percutian dalam hutan dengan alam semujadi yang menyegarkan sedikit sebanyak melegakan hati yang dilanda kekusutan.

Inya-Allah....lain kali boleh menziarahi port tersebut...

Sunday, October 4, 2015

Kunjungan ke Jeram Terapai kali kedua

Assalam...

Setelah berpakat2 dengan ahli kelab, timbul cadangan untuk merasa ikan tengas di Jeram Terapai yang mana kome pernah pergi ke situ pada tahun 2013 lalu..( rujuk posting lalu)

Harapan kome seramai 9 orang bertolak jam 2.30 petang semalam dan dijangkakan sampai dalam pukul 4.30 petang. Keknya jalan ke sana rupa2nya dah teruk sangat dengan keadaan pokok tumbang serta laluan yang semak samun dan berbukit bukau hingga menyukarkan laluan menjadi perlahan.

Alhamdulillah dengan berkat kerjasama ahli expdc sampai jua kome ke lokasi.

Sampai je ke tempat dituju dalam pukul  5 lebih,rasa badan macam nak demam disebabkan keletihan menunggang motorsikal yang membawa muatan berlebihan.
Ingatkan jalan ke sana tak seteruk mana, rupa2nya keupayaan motor ex5 ni dah uzur memerah  kederat menaiki bukit berbatu yang licin. Nasib baiklah tak terjatuh, kalau tidak letih mengutip barang dalam raga tersebut.

Rupanya tempat tu dah lama orang tak masuk, sebab itulah kome dah keliru  mencari jalan ke jeram tersebut disebabkan semak samun yang tebal.

Jalan mula masuk sudah dikorek, mungkin tindakan Jabatan Hutan membenteras pencurian kayu balak oleh penduduk setempat memandangkan hutan tersebut adalah hutan simpan kekal.
Sepanjang perjalanan terdapat laluan yang sukar serta memerlukan parang dan kederat serta kerjasama untuk meneruskan expdc tersebut.

Dua laras senapang turut dibawa bersama, maklumlah tempat yang jauh ke dalam hutan, apa2 saja boleh berlaku. Sekurang2nya peneguh semangat tu ada selain keberanian jiwa dan fizikal.

Laluan tersekat disebabkan pokok tumbang


Jalan mennyusur dilaluan curang yang terlalu hampir dengan gaung.

Proses membersihkan jalan alternatif.
 Halangan kedua ditempuh sebelum sampai ke jeram. Kawasan anak sungai yang kering.



Sepanjang laluan yang ditempuh paling teruk dan menyeksakan apabila mendaki bukit yang berbatu. Hinggakan motor terpaksa menggunakan gear satu sepanjang perjalanan tersebut.

Sesampai di situ, kome terlihat pokok kemeyan yang buahnya berselerakan, buah kemeyan antara spesis menjadi makanan kijang serta landak. Penemuan tersebut sedikit sebanyak memberi impian bahawa spesis tersebut ada di situ selain kesan tapak kaki di laluan perjalanan.

Pokok kemeyan yang baru koi tahu rupanya.

Buahnya yang berselerakkan.


Sampai di tepi jeram, rasa sejuk di hati dan keletihan menunggang mula semakin hilang dibawa kegembiraan apabila melihat ikan tengas berenang-renang keriangan.



Sebahagian gambar di bawah jeram, sebelah atas terdapat banyak kolam yang airnya jernih sehingga memperlihatkan ikan di dasarnya.

Selepas itu, agihan tugas diberi, ada yang mendidikan khemah, memasak dan ditugaskan untuk menjala serta menahan jaring untuk lauk makan malam.

Spesis tengas yang bersaiz dua jari banyak terdapat di situ.

Mana2  ikan yang ditangkap terus disiang sebelum malam menjelma.

Dan digoreng garing2 untuk makan malam.
Kebetulan di sebelah atas tebing memang kawasan tempat berkhemah, memandangkan kome beramai, jadi memerlukan kawasan yang luas untuk dijadikan penempatan semalaman.


Pelbagai gaya tempat tidur dibina, ada yang buat katil sendiri, tidur dalam buaian, dan tak kurang yang hanya berlapikkan kanvas dan tikar mengikut kreativiti serta keberanian seseorang.

Koi sediakan katil ringkas menggunakan hammock sebagai alas. memang selesa serta lebih selamat.


Kaedah paling cepat dan selamat. Keknya kurang selesa untuk tidur yang lena.
Sebelah pagi, kome mula menjalankan aktiviti sungai, dan hasilnya sememangnya kurang memberangsangkan memandangkan jumlah ikan di situ kurang sedikit berbanding tahun yang kome pergi dulu.

Sesampai di simpang jalan keluar, hati menjadi lega apabila tiada masalah yang berlaku di sepanjang laluan sukar.

Bahagian koi sendiri yang dapat ditangkap. Bolehlah untuk 3,4 kali goreng.
Bagi kome, hasil tu taklah seberapa sangat tingginya harapan, tapi lebih kepada aktiviti lain. Tapi keseronokan serta menghayati keindahan ciptaan tuhan menjadi kepuasan apatah lagi mengunjungi ke tempat yang tidak dikunjungi oleh ramai orang. 

Kawasan yang betul2 terletak jauhnya ke dalam hutan dengan alam semulajadinya serta sedikit sebanyak memberikan ketenangan jiwa.

Mungkin kalau ada rezeki dan kesempatan, Jeram Terapai akan dikunjungi lagi walaupun dah tahu keperitan yang bakal ditempuh.

Sekian....


Sunday, September 20, 2015

Sekadar masuk dan keluar hutan aje

Aslm...

Targetnya nak tahan jaring di Jeram Hulu Bera sambil berehat dalam hutan di lokasi hutan sempadan Muadzam Shah.

Mengikut pelan laluan yang ada rodong pernah pergi situ, ikan sebarau dan baung memang banyak.

Pergi dan pergi tersasar laluan..usahkan jeram,  adalah sungai kecil yg berada di laluan jalan balak..

Berkhemah di situ setelah hampir 30km menaiki hilux dr kampung pencorong ( kg org asli di lubuk perah, sg beruang).

Rupanya,  di situ bukan ikan buruan saja yg tiada, nyamukpun tak singgah..
Dalam perjalanan, tengok tapak binatang yang bermain atas jalan balak memang ada, nak2 pulak tapak badak murai dan landak..

tidur dalam hutan beralaskan campbed memang melenakan.

macam biasa masak ala kadar

walaupun tiada rezeki, dapat juga bawa balik baka buluh telur yang amat sesuai dijadikan buluh lemang

kawasan situ memang banyak spesis buluh telur. kalau nak cari buluh lemang, dah tahu dah lokasinya...setakat 2,3 loripun boleh bawa balik.

Daun lerek juga banyak terdapat di situ..sesuai dibuat lapik untuk melemang .




Kebetulan dah ketemu, kutip bawa balik lah...raya haji dah hampir tiba, sesuai dah untuk melemang.

Tapi kena masuk belukarlah sikit

bawa balik baka sekali, tanam di ladang sawit...esok lusa boleh digunakan untuk melemang.

Pisang serun atau pisang hutanpun banyak tumbuh di tepi jalan..

Bukti tiada kijang mahupun rusa bermain di situ, daun maya langsung tak terusik...kalau diikutkan pucuk daun maya memang makanan kegemaran spesis tu

SInggah sebentar di kg orang asli untuk cari kulit kayu yang boleh dibuat ubat kencing manis, tetapi dah habis katanya.


Penguat semangat berada dalam hutan..
Insyaalah...lain kali kalau ada masa bolehlah lagi ke sana untuk memburu sebarau di jeram...sambil berehat2 di dalam hutan yang nyaman dan selesa.