Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, November 4, 2009

Sediakan jaring sebelum banjir

Salam...

Musim tengkujuh nampok gayanya sudah nak bermula. Hari ni dari pukul 10 lebih tadi sehingga sekarang hujan tak henti2.
Rasanya ptg ni dah trip ke 4 hujannya. Pagi dan tengah hari tadi lebat jugalah turun hujannya.

Ramalan kome, dah nak tiba musim tengkujuh ni. Satu rahmat buat kaki2 mencari ikan . Lokasinya banyak sangat kat Purun ni. Nak2 pulak tepi2 sungai yg ada di kawasan tempat kome tinggal. Yang kome ni bila berborak aje dengan kaki ikan, asyik bercerita aje perancangan nak menahan jaring.

Antara sasaran koi esok, kat perojek koi je. Nanti mengkala cuaca panas sikit, bolehlah koi merentes tempat nahan jaring dulu, bila air Sungai Palas tu melempah aje, mudahlah koi nahan jaring kat situ.

Tapi kalau besar banjirnya, lagi mudah. Atas jalan yg baru koi buat je tahan jaring.

Buat kaki2 ikan tu, masa sekarang inilah masa yg paling sesuai beli jaring, mengkala tiba musim banjir nanti, harga jaring melambung naik. Daripada RM 17 sebantal boleh mencecah RM30 sebantal...maklumlah org niaga, mesti ambik kesempatan. Tapi...koipun tak beli lagi, tengok le sari dua ni, kalau berkesempatan keluar bandar.

Cuma doa koi, janganlah banjir terlampau besar macam tahun 2007 dulu. Masa tu, popalih....tengelam lalu projek koi, nak ke situpun dah tak lepas. Mase tu koi bapok le susah hatinya. Banyak jugalah pokok yg mati. Lebih kurang sebulan setengahnya air kat situ tak surut2.

Tapi setakat banjir kecik2 je, takde masalah....paling kuatpun air sungai tu melempah ke kaki bukit kat projek koi yang baru koi buat tu je....mintak2 gitulah.

Sesungguhnya koi rase bertuah sangat duduk kat Purun ni. Kebanyakan rodong2 koi semuanya terdiri drpd kaki2 mencari ikan, tak kira peneroka, generasi, cikgu mahupun pekerja2 sekolah.

Tambahan pulak cuti sekolah dah tak berapa lama lagi. Molek dan kena sangatlah masanya...

Mengkala kena gayanya dan ade rezeki, usah ceritelah banyaknya ikan sungai ni. Sampai tahap jemulah makannya esok....

9 comments:

Webmaster@Echam said...

Kalau dah sampai tahap jemu jangan lupa roger kawan yer rodong. Kawan nak buat pekasam.

endiem said...

kalau dapat ikan terubol, kerai, tenggalan, baung tentu sedap goring, halo lah kat orang kuantan.

abu muaz said...

kalau jemu hantarlah kepada kami disini. Sangat rindu pada ikan-ikan sungai.

mazru(9m2mzr) said...

lama btui x main sungai time tengkujuh ni weh..tahun 2007 sibuk dgn aktvt rescue,mintoknye tahun ni x jd lah banjir..pohpalih weh mmg mengharukan kala berlaku.

kla banyok ngat ikannye elok buat pekasam je weh..

JOHN DOE said...

untung la kek sano banyak lai etompek2 nak menjaghing...kalau kek sini dah banyak yg pupus, samo ado dek pembangunan ataupun sobab kerakusan manusio, ado ikan banyak sikit yo di tubo ea..mampuih suku sakat ikan...

kakcikseroja said...

Ingatkan projek koi tu..projek ternak ikan koi (eh! ada ke ikan koi?) :)

cemomoi said...

wo tahun 2007 koi tak dan balik raya aji pasal air naik sampai ke tenggelam guai.. tahun ni entoh la.. keknya air naik sampai dah sparuh sungai pahang...

Cikgu Jang .. said...

Salam...

Koi takleh nak bagi jaminan ikan tu ande ke tidok. Sebabnya ramei sangat geng2 mencari ikan ni. Tapi sekalanya mboh dapat banyak juge bila nahan jaring...tengok le nanti. mengkala banyak, koi rogerlah kat rodong2 ye....hehehhe

La...kakcikseroja, koi tu ganti diri pertama yg belah2 pahang ni sebut. Mintak maaflah ye jika tak berapa faham...

syahbandar87 said...

seronoknya..kn best lau dpt g sane dan sme2 join geng2 cikgu.hehe