Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, April 10, 2015

Sekali lagi..

Asslam...


Ptg Khamis baru ni, sekali lagi ke paya yang sama keknye kali ni pegi dengan Rizal rodong satu sekolah..


Sebelum tu ada rodong yang pegi pagi rabu tu beritahu ikan dah takde, kesnye hampir sepagi tahan jaring sambil guna serkap, toh berape ekor je yg dapat.

Bagi membuktikan ikan masih banyok, tu yg kome pegi sambil2 beriadah berkubang dalam paye tu..

Hasilnya.....berat jugaklah timbangan hasil tuaian petang tu...

Kiranya hasil tangkapan di situ rasenye banyok doh...hingga rasa dah jemu pulok makan ikan terbul...
Anak jantan rizal nok sgt ngikut...

Sunday, April 5, 2015

Keghairahan memburu terbul sekali lagi..

Assalam...

Ptg khamis baru ni, kome pegi kali kedua berkubang di paya blok D tahan jaring memburu terbul.

Pagi tadi sekali lagi kome menjelajah kawasan situ dengan harapan dapat terbul yang bersaiz A++.

Alhamdulillah.....memang tak menghampakan, walaupun paya tu dah 5 kali diserbu, namun rezeki tetap ade..maklumlah antara paya yang tak penah kering, di situlah tempatnya.

Tak hairanlah kalo ribuan terbul berhabitat di situ.

Dengan masa lebih kurang 3 jam menghalau terbul dari semak samun supaya terjah ke jaring, dapat le kesemuanya 8.2 kg.




Dan yang paling seronoknye, jaring 3 inci bergegar dilanggar terbul bersaiz A++.

Rasenye keseronokan masih belum berakhir...

Sekian...


Thursday, April 2, 2015

Sekali lagi memburu terbul ...

Assalam...

Salah sorang rodong yang jadi incas kome  kat situ.
Memandangkan paya yang kome pegi dahulunye mewoh dengan terbul, petang tadi koi sekali lagi numpang rodong2 melaksanakan aktiviti berkubang dalam paya sambil menahan jaring. 

Kebetulan pulok petang tadi takde aktiviti yang lebih penting, maka dapatlah sekali lagi melepaskan gian main air paya memburu ikan.

Alhamdulillah...rezeki petang tadi tidak mengecewakan...yang koi bawak balik saja tepat 5 kg...yang rodong  2 orang lagi tu lebih kuranglah gamoknye...

Memang sukar nak percaya, paya sebegitu mengandungi begitu banyok terbul dan besor2 pulok tu. Gamoknya orang sini kurang berminat berkubang dalam paye tu sebab ingat airnye dalam, padehal hanye paras pinggang je campur selut.

Kaedah kome cukup mudoh...tahan jaring kawasan tepi rumput, kemudian pegi pepoh semok2 kat mana ikan nyuruk supaya lari ke jaring.

Disebabkan lama dah tak berkubang memburu ikan gitu, rase letih semasa aktiviti langsung tak terasa...keknye bile dah balik umah...toksoh ceritalah...rate sakit sendi.....maklumlah umur dah melepasi asar...

Hampir penuhlah jugak tong polistrin te..hasil memburu dalam masa 3 jam aje..

Antara bapok terbul yang kome dapat...banyok jugok le..puaslah nanggal kat jaring.

Bahagian koi bawok balik...ingat nak buat pekasam sikit..eksport umah orang tua sikit...maklumlah, cari rajin...menyiangnya  malas.

Rase koi ah yak.....banyok lagi ikan terbul kat paya tu...cuma siapa yang rajin berusaha aje yang merasa....dan bagi yang minat berkubang, memang seronok...apatah lagi melihat hasil tangkapan yang menerujakan.

Sekian...

Saturday, March 28, 2015

Lubuk terbul

Assalam..

lama tak update blog..dah usang jadinya..

Cerita ptg tadi ngikut rodong2 pegi tahan jaring di lubuk terbul. Kawasan paya besar blok D Purun memang terkenal dengan isi alamnya yang pelbagai spesis.

Tapi kali ini, terbul memang banyok.



bapok terbul

paya yang dah tohor, memudahkan utk tahan jaring


adik beradik kena satu jaring

jumlah semua

90% terbul


dah dibahagi 4 bahagian...letihlah nyiangnya...
Nampok gayanya mboh lagi ke lubuk tu...tengoklah kalo rodong2 ngajok pegi...koi ikut je..


Sekian..

Sunday, October 12, 2014

Kursus dan santai


Assalam....


Lama dah tak update blog...kesibukan masa ditambah dengan kemalasan berganda serta ditokok pulak takde cerite menarik untuk dipaparkan.

Kebetulan minggu lepas koi ade mengikuti program Pusat Kokurikulum daerah Bera berkursus di kawasan yg langsung tiada liputan talian. 

Tambahan pula selama 4 hari 3 malam di situ terasa bapok lamanye sebab aktiviti yg dijalankan lebih kepada santai serta menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan.

Hampir 3 tahun bersara dari arena jurulatih, apabila berada dalam alam perkhemahan begitu mengamit kenangan lama semasa aktif berkecimpung dalam dunia pendidikan luar. Banyak tempat yg sudah dijejaki, kawasan hutan, air terjun, laut, bukit dan sewaktu dengannya.

Tempat yang ditujui baru2 ini memang satu tempat yg menarik untuk dikunjungi..perjalanan dari Pekan Sg Lembing lebih kurang satu jam perjalanan menaiki 4x4 memang mencemuskan...bagi yg belum biasa dgn keadaan jalan berliku berbatu memang teruja..tapi bagi kita yg selalu menjelajah destinasi lubuk ikan sudah sinonim dgn keadaan begitu.

Malas nak cerita panjang....tengok jelah gambar yg ada dalam handset koi untuk diterjemahkan kedalam bentuk alam maya...

Pertengahan jalan melalui resort yg dikhaskan utk aktiviti outdoor

berhenti seketika berehat...

memang cantik resort ni...kalau diadakan aktiviti  utk pelajar memang sesuai

Lokasi perkhemahan yg terletak betul2 tebing  sungai.

Ada kawasan yang dalam serta lubuk

antara kenderaan yg pergi termasuk JPAM

lokasi penginapan 



Pagi rabu.....memulakan aktiviti menjala dan menahan jaring...walaupun air sungai sejuk tapi disebabkan seronok langsung tak kisah...

ikan yg didapati daripada hasil menjaring dan  menjala digoreng garing2 ...

Ingat nak merasa ikan kelah....tapi yg banyaknya spesis tengas....adik beradik kelah

tempat mandi memang best ....

ikan yg ditangkap....apa2 hal siang dulu utnuk dijadikan lauk makan tengah hari

dah siap mandi...

aktiviti hari khamis traking ke air terjun pelangi...di samping itu aktiviti dijalankan menuruni bukit dengan menggunakan tali


kena rentas sungai
bergambar kenag-kenangan di situ..

memang tinggi air terjun ni...

berehat sebelum memulakan aktiviti

sedang menjalankan aktviti

bagi yg dah biasa, hanya cabaran kecil walaupun batu licin




balik dari air terjun, tengok dah ada ikan siap dibakar

dan sedia untuk digoreng...kesemuanya ikan tengas...

makan selagi ada

penghujung rancangan....masa untuk pulang

sesi bergambar beramai-ramai

keadaan jalan semasa pulang lebih teruk dari sebelum pergi disebabkan hujan pada hari pertama perkhemahan

yg mahir 4x4 tiada masalah melaluinya...

dapatlah sijil penyertaan....bolehlah dimasukkan ke dalam bilangan hari kursus untuk mencukupkan 7 hari setahun.

Semasa berada di sana, banyaklah ilmu serta pengetahuan yg diperolehi...dan yang paling penting kome dah dapat satu lokasi baru untuk memburu ikan ...

Lokasi ini selepas ini akan disenaraikan dalam list lokasi menarik memburu hasil sungai utk dilaksanakan oleh ahli kelab di Felda Purun ini.