Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, December 20, 2009

Cerita tarik duit.

Salam...

Malam semalam lepak rumah sorang rodong berborak-borak sambil pekena shisa perisa aple.

Topik borak malam tadi berkisar tentang 'tarik duit' dengan menggunakan kaedah tertentu dan perantara tertentu.

Menurut rodong koi ni, aktiviti tarik duit ni bukannya sebarang aktiviti. Katanya, individu yg terlibat dalam kepercayaan gini memerlukan satu barang perantaraan yang mempunyai keindahan dan keistemewaan tersendiri. Antara barang yg biasa digunakan seperti batu delima merah dan besi kuning.

Katanya lagi, apabila barang tersebut dapat dikesan mempunyai 'keindahan' dan 'keistemewaan' tertentu apabila diuji dengan sesuatu, menunjukkan tindakbalas tertentu.

Contohnya batu delima merah, keistemewaannya apabila direndam di dalam air , airnya bertukar menjadi merah. Kalau diletakkan 7 gelas berturut2 nescaya gelas yang lain juga turut mengandungi warna merah airnya. Walaupun batu tersebut diletakkan di dalam satu gelas pertama aje.

Satu lagi, batu delima ini juga boleh menyebabkan kita kebal dari senjata. Biasa contoh yang dia orang buat ialah dengan memegangnya kemudian cuba menghiris rambut menggunakan pisau jilid. Jika rambut kite tak putus, menunjukkan batu tersebut adalah istemewa.

Itu antara aura tertentu yang ada pada batu delima merah tersebut yang dikatakan ada penjaganya. Begitu juga alat lain atau barang2 lama yg ada unsur2 luar biasa.

Proses seterusnya, golongan yg dah ada 'barang' ni, akan mencari tok guru atau org yang mahir akan ilmu tarik duit ni. Biasanya tok2 guru yang mahir akan membaca doa2 dan amalan tertentu bagi upacara menarik duit yang dijalankan di suatu tempat tertentu.

Biasanya org2 yg ada ilmu tarik duit ni, dia dapat secara tak sengaja sama ada melalui mimpi atau ilmu turunan tok guru terdahulu.

Jika barang perantara yg dijanjikan tersebut mempunyai keistemewaan, proses menarik duit tersebut tidak akan mengambil masa yg lama. Paling lamapun sehingga 44 hari dan paling cepat ialah 24 jam.

Satu lagi, barang perantara yg digunakan boleh digunakan sehingga 7 kali utk proses tarik duit dan jumlah duit yang ditarik akan bertambah dari mula , kedua, ketiga dan seterusnya.

Biasanya jumlah duit yang ditarik mencecah jutaan ringgit dan pernah rodong koi cerite penah dulu sampai 18 juta jumlah RM nya.

Koi tanya kat dia, duit siapa sebenarnya yang ditarik. Katanya, duit tersebut adalah duit zakat dari alam bunian. Maksudnya duit tersebut adalah duit orang bunian dan akan diberikan jika kite pandai memintanya.

Seterusnya duit yg ditarik tu hendaklah dibahagikan sama rata mengikut sesiapa yg terlibat secara langsung dalam aktiviti tersebut tanpa ada perasaan tamak.

Kata dek rodong koi ni lagi, dalam masa terdekat ni, dia dan group2 dia dah jumpa barang batu delima merah. Mungkin dalam seminggu dua ni, dia orang ni akan menjalankan proses tarik duit ni tak lama lagi.

Koi dan beberapa rodong lain yg ada kat situ koi hanya mendegar, tunggu dan lihatlah apa yg berlaku kat rodong koi ni. Andainya betul katanya, mungkin jutawanlah dianya nanti. Mudah2an kome tumpang gembira.

Kalau apa yg dikatakan tu pedooh semata2 anggaplah hanya borak kosong semata2.

Balik je kat rumah, koi teringat akan batu delima merah yg koi beli semasa kat Mekah dulu. Koipun ambiklah batu tu dan rendam di dalam gelas berisi air. Memang betul ada warna merah, tapi bukannya air, tapi batu tu.....

Nasib baiklah batu tu hanya batu delima biasa je, kalau tak....usah ceritalah..mungkin salah sorang ahli tarik duit ni gamoknya adalah koi sendiri...hehehe

Wassalam...


24 comments:

Anonymous said...

molek weh...dengar boleh...percaya jangan...mende2 gini byk karut nye...buat mende laa mintok ngan mende xpasai gitu...kan molek mintok ngan ALLAH...koi nasihat jer...koi xkabo aok ngikut sama buat mende xmolek te.

saharul said...

koi bab tarik duit, sokmo buat....sebab duit tu dalam dompet, makakan kalau nak keluarkan memang le kena tarik, kalu tak takmboh keluar.....
Tapi bab alam mistik ni, popalih....kalau betoi....ramai dah rakyat malaysia yg kaya rayenya. tak perlu kerja teruk2...

amalhaj said...

"nyarm nyarm nyram batu azimat,
dapatkan aku tiga ratus lima puluh ringgit, aku cium........"
salam ziarah dari teman.

mazru said...

hahahha..rm18 juta ah.

terokai seni said...

lawok tul koi baca tang duit zakat bunian tu, gamoknya tau le dek pengerusi zakat bunian tu org yg meminta kat dia tu miskin ya amat. ace khabo kat ghodong tu kalu nok meroh lagi tambah aje sirap bole buat ber'tong2 macam musim kenduri kawin ni

Anonymous said...

cikgu, sdp ke sisha tuh?

Hanisham Ab Halim said...

hahhahaha.. kalo aok dpat bolehlah hadiah ke koi satu set pancing yer....

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,

Keh selalu juga tarik duit yang keh simpan bawoh tilam...tu kala masa kecemasan aja..hehehe

saharul said...

hahaha.....kalo koi dpt duit juta2 tu....wokme popalih.......bukan setakat pancing echam, bapok segala pancing koi beli....

utk pengetahuan awok intan, memang sedap shisa ni, nak2 pulak semasa pekena tu, dengor cerite karut marut....lagilah ralitnya..

Redz da Tsar said...

hehe... Kalau boleh tarik duit, dah lama bomoh tue kaye, takpun dah ramai orang melayu kaya... Bukan kaya jadinya, kayap ade la~ hehe

endiem said...

antara alat alat untuk tarik duit ialah talam tembaga, duit rm 10.00 gambar kerbau , botol tonik cap gajah dan macam macam lagi perkara yg payah jumpa masa ini.

Anonymous said...

Satu perkara dlm Dunia nie yang org tak percaya bila tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Benda benda yang pelik.
Adakah kita pernah melihat yang menjadikan dunia nie. Melainkan dunia ni dah wujud.

Adakah kita dapat melihat jalur/gelombang yang membuatkan TV diumah kita ada gambar?.

Tapi kita percaya TV tu bole ada gambar dan dengar suara.

Adakah kita dapat melihat jalur/gelombang Handphone kita?.

Tapi kita percaya dengan handphone tu kita bole dengar orang bercakap dan sekarang bole melihat dgn cara MMS.

Mcm mane pulak dgn jalur/gelombang Broadband untuk kita layari internet.

Pernah ke kita melihatnya...Tapi kenapa kita percaya dan berusaha untuk mendapatkan nya. Malahan peralatan tu sanggup dibeli dengan harga yang mahal mahal.

Begitu juga dgn isu diatas. Ianya hanya alat atau objek pengantara. Jika kejadian itu benar...Itu adalah jalur/gelombang yang memang telah wujud...dan kita tidak nampak.

TETAPI SEMUA ITU ADALAH KUASA MUTLAK ALLAH S.W.T. INGAT JIKA ALLAH BERKEHENDAK SESUATU ITU..IANYA AKAN JADI.

Kita sahaja yang perlu membezakan yang baik atau buruk. YANG DATANG DARI ALLAH S.W.T SEMUA ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KITA.
YANG BURUK ITU DATANG DARI KITA SENDIRI.

Fikir2 kan lah.

Anonymous said...

Kuwan rasa pedooh je (loghat pekan, sebab kuwan org pekan), kuwan ada dulang tembaga 21inci, kuwan cabor diaorg yang kate terer buat tarik duit ni tapi semua pedooh, tapi kalu ada yang betulboleh tarik guna talam tembaga 21inci ni roger kat kuwan hehehehehehe

Anonymous said...

koje gile...belum pernah aku dengar ada yang penah dapat duit tarik ni.klu betul...bomoh tu yg kaya raya raya raya dulu.

Anonymous said...

Cerita tarik duit ni memang benar2 berlaku dan ia adalah anugerah Allah SWT kepada hambanya yg beramal soleh dan bertakwa,cth pengantaranya adalah seperti barang kebal umum iaitu potong rambut tak putus,keris berdiri sendiri dan sebagainya..tetapi yang sudah berjaya ni ramai menyembunyikan diri..bahaya kalau orang lain tahu..elakkan sifat riak dan sombong...

Aril said...

orang yang x tahu akn bercakap banyak tetapi kekuasaan Allah swt sape yg tahu..hanya hambanya yang serius berdoa dan ikhlas akan dapat segalanya.....proses tarik duit alam ghaib ni betul dan benar2 wujud cuma pihak berkenaan tidak mahu expose dan meriak2...tq

Mohd Faris Wazien said...

aku rasa, kalau tak pernah lihat atau mengalami perkara ini , memang kita akan cakap benda yang tak betul...tapi bagi aku, memang aku waras ketika itu, masih dalam dunia yang nyata ini, dan aku melihatkan dengan mata kepala aku bahawa misi tarik duit itu berjaya....di buat pada malam jumaat, duit yang datang itu berbau pelik(tak sedap la)...tapi memang duit RM....byk tak byk..aku tak boleh crita...tapi memang betul itu adalah duit RM.......

Anonymous said...

betul2,sume nya kuasa ALLAH,

Anonymous said...

saya guna delima merah atau keris hidup je,yg lain2 xpnh dgr lg.tp sume atas kehendak tuhan gak,lau kita rjin usaha n berzikir,

Anonymous said...

yer betul2,kebanyakkan nya riak tu yang xdapat.

Unknown said...

menipu je tu.mana ada orang bunian dlm dunia ni.kalau kita ni berilmu dan ada agama,cuba cari dalam al-quran pasal orang bunian ni.al quran kan panduan hidup kita.tak ada satu ayat pun yang menceritakan pasal orang bunian ini.orang bodoh lagi jahil saje yang percaya orang bunian ini.semuanya percaya bulat2 tanpa usul periksa.orang bunian yg kita selalu sebut2 tu adalah golongan jin yg mahu menyesatkat akidah kita umat islam.buat kita percaya pada batu(geliga),keris,dll yg mengatakan benda itu ada kuasa.kuasa yg boleh memberi rezeki.kuasa selain Allah taala.itu kan syirik.menyekutukan Allah tanpa kita sedari.

findingmyself said...

Sesiapa nak duit syiling yassin 7 rama-rama, saya ada.. betul kata wan saya, letak je dalam wallet rezeki murah. apa lagi nak guna untuk tarik duit. sila hubungi 0174392905. sms/call saja. whatsapp tak terima

Unknown said...

saya sham dari sg petani kedah.saya ada dulang tembaga yang saya simpan sekian lama.mohon sapa2 yang boleh bagi pencerahan samada boleh di gunakan atau tidak.email sy lyx8113@yahoo.com

Unknown said...

Kira kuasa minda ke ni admin?

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]