Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, November 5, 2009

Satu permulaan yang baik.

Salam...

Petang tadi kat sekolah tadika tempat anak koi sekolah, berlangsung majlis penyampaian sjil dan mini graduasi. Koi laki bini tak ketinggalan pegi tengok sambil mencuba handycam baru hok sekolah ter..

Kembang juga lubang hidung koi bila anak lelaki koi diumumkan pelajar terbaik umur 6 tahun kat kelas bunga matahari ( kelas tempat dia belajor) manakala si adiknya pelajar terbaik umur 5 tahun di kelas yg sama.

Yang koi gembira dan bangga sebagai seorang ayah, apabila si abangnya satu2 peserta tunggal membuat persembahan membaca buku cerita dengan lancar walaupun bunyi sebutannya dan intonasinya kuat ke loghat Pahang. Habis satu buku yang koi kira hampir 15 minit dibacanya.

Manakala si adiknya pulak masuk persembahan hafazan dengan membaca surrah Fatihah. Walaupun habis bacaannya tapi dari segi tajwidnya kurang lagilah betulnya, padanlah dengan umur 5 tahun..

Harapan koi biarlah permulaan tersebut akan lebih berkembang di sekolah rendah, menengah, dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi..Insyaalah..


Antara pelajar yg menunggu giliran membuat persembahan...termasuk anak koi....Yg depan tudung merah jambu namanya Fatinah Husna manakala yang baju lengan panjang warna merah tu Haris Syamil...

Koi tak sempat ngambil gambar anak koi baca surrah, sebab leka setting handycam...cuma sempat ambik gambar kawan die je tengah buat persembahan.

Si abang sedang membaca buku dengan penuh semangat..

Sibuk lalu 3 beradik tu bukak hadiah, riuh rendah jadinya...suka sangat dapat hadiah...

7 comments:

YASSIN said...

Alhamdulillah dpt anok2 bijok gitu cikgu. Kawan ttp mendoakan jua anak-anak bangsa kita terus berjaya dan terus memartabatkan bangsanya.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Alhamdulillah lah fasa pertama dah menjadi, harap2 fasa kedua dan seterusnya terus menjadi..Amin..

tinta kasturi said...

Syabas!

mazru(9m2mzr) said...

tahniah la weh,nampoknye bebudok sekarang ni mmg pintar belaka,mungkin mewarisi kepintaran org tuenye jugek tu...hehehe handy cam te HD ke cikgu?

kakcikseroja said...

Alhamdulillah.. kecik2 dah terserlah kecerdikan mereka. Tahniah cikgu. :)

relevan said...

Yer..cikgu Hj Jang..moga2 setiap permulaan yang baik itu akan berterusan hingga penghujungnye...
Tahniah aok cikgu..

Cikgu Jang .. said...

Amin.....moga2 masin mulut rodong2 ye...