Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, August 30, 2011

Kisah di perkuburan petang raya...

Salam.....

Pukul 6 petang tadi sewaktu kome anak beranak dan keluarga berkesempatan menziarahi kubur Allahyarham ayahanda yang bersemadi dengan aman di alam barzakh, terjadi satu peristiwa yang menyentuh hati.

Kisahnye seorang pemuda menangisi tanah perkuburan yang masih merah dan kedengaran suara agak merintih2.

Kisah bagaimana pemuda tersebut merintih2 kesedihan seakan2 kisah dalam drama2 melayu yang pernah koi tonton di TV.

Kome biarkan pemuda tersebut di tanah perkuburan yang kome sendiri tidak pasti sama ada ayahnya atau atoknye. Tapi memang yang meninggal tu adalah lelaki dan berita kematiannya tak silap koi baru koi dengar dalam 2,3 hari lepas.

Semasa kome sekeluarga bertahlih di perkuburan Allahyarham ayahanda, si pemuda itu tadi masih lagi berada di sisi kubur dan selang berapa minit kemudian, sebuah kereta dan keluar beberapa orang datang menghampiri tanah perkuburan tersebut.

Yang datang terus memujuk si pemuda tadi untuk mententeramkan jiwanya yang koi rase mungkin bergolak dengan konflik2 jiwa yang koi tak pasti apa penyebabnya.

Tapi tengok kepada keadaannya memang agak besar konfliknya.

Walaupun sesiapa yang telah pergi dan tak kembali lagi ke dunia ini semoga roh2 mereka aman di alam tersebut.

Dan bagi si pemuda itu tadi, diharapkan agar tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Yang pastinya orang yang disayangi tak akan kembali lagi ke dunia ini.

Sebaik2nya sedekahkanlah Al Fatihah dan doa buat mereka....kerana antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah.

Sekian...


Hari raya tahun ini.

Salam Aidilfitri....

Allah maha Besar, Allah Maha Besar
Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Allah.

Cerita pagi raya yg tiada banyak beza dengan raya2 sebelum nih.

Selepas pagi raya, ahli jemaah surau di Blok 1 dan blok 8 akan bersama-sama mengunjungi rumah ke rumah jiran tetangga.

Adat menziarahi disertakan sekali dengan tahlil ringkas dan doa selamat untuk mendapat Rahmat Allah SWT.

Keknya bergantung kepada ahli jemaah yang turut serta atau wakilnya.

Bagi tiada wakil jemaah, rumah yang berkenaan tak disinggahi.

Selepas tahlil, bagi tuan rumah yang agak berduit, bukan sahaja kanak2, malah orang tuapun turut sama dapat duit raya dan sebaliknya bagi sesetengah rumah hanya kanak2 sahaja yang merasa duit raya berkenaan.

Walaupun hanya seringgit dua, itu sudah cukup menggembirakan ahli jemaah.

Tarikan duit raya sememangnya menjadi kelaziman pada hari mulia ini. Itulah keriangan kanak2 sebenarnya yang diasuh pengertian raya dengan mendapat duit raya.

Walau apa2 pun, bukan duit raya yang penting sebenarnya. Kemenangan melepasi cabaran berpuasa dengan godaan2 yang menjadikan hari ini hari kemenangan umat Islam amnya.

Namun begitu, pada masa inilah masa untuk menziarahi rumah sanak saudara dan jiran tetangga di samping merasa juadah yang kebanyakannya sama antara satu sama lain.

Dan Insyaalah, selepas asar nanti, kome sekeluarga akan ke pusara Allahyarham Ayahanda tercinta untuk menghadiahkan tahlil. Semoga Allahyarham Ayahanda ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal solleh.

Anak2 koi dan anak saudara bergambar kenang2an.

Pengunjung yang datang ke rumah mak koi bertahlil, berdoa dan menikmati hidangan yang kome anak beranak masak.

Sambung lagi sikit........

Rumah pertama, nampak masing2 cukup berselera makan dan minum, masuk rumah kedua, masih lagi ada selera...

Rumah ketiga, keempat dan seterusnya................toksoh cakak le, hanya air suku gelas je yang dihirup...nak makan ketupat, lemang, satay, atau seumpama dengannya, dah tokleh masuk dah...penuh....

Tapi, kalo jumpa hidangan yang luar biasa, mboh jugak nak merasa sikit...maklum le bukan ada juadah yang tak penah kita jumpapun ada disajikan.

Akhir sekali, walau apa2pun...................hari ini hari untuk bergembira dan makanlah sepuas2nya selagi ada selera...

Sekian....

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri...

Salam dan selamat berpuasa....

Daripada saya Hj. Saharul Nizam Bin Abd Mubin yang hampir satu bulan setengah menyepikan diri dari arena blog ini, memohon ampun dan maaf seandainya ada posting2 dalam blog ini secara langsung mahupun tidak ada menyebabkan sesiapa berasa hati, terluka, marah atau sebagainya.

Bukan niat untuk menyinggung mana2 pihak tetapi semuanya ke arah penceritaan semata2 untuk hiburan sahaja.

Dan buat teman2 blogger yang sekian lama bersama menyumbangkan idea dan ulasan bagi posting2 yang dikeluarkan, tetap diingati .

Begitu juga dengan pengunjung2 blog " KADANG-KADANG TERINGIN JUA " ini yang senantiasa ada online walaupun posting2 baru tidak lagi dikeluarkan tetap menjadi satu perhatian.

Akhirnya........................Salam Aidilfitri dan semoga hari raya kali ini menjadi lebih bermakna.

Jemput datang ke rumah seandainya ada yang mengenali lebih rapat.

Sekian terima kasih.