Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, October 12, 2014

Kursus dan santai


Assalam....


Lama dah tak update blog...kesibukan masa ditambah dengan kemalasan berganda serta ditokok pulak takde cerite menarik untuk dipaparkan.

Kebetulan minggu lepas koi ade mengikuti program Pusat Kokurikulum daerah Bera berkursus di kawasan yg langsung tiada liputan talian. 

Tambahan pula selama 4 hari 3 malam di situ terasa bapok lamanye sebab aktiviti yg dijalankan lebih kepada santai serta menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan.

Hampir 3 tahun bersara dari arena jurulatih, apabila berada dalam alam perkhemahan begitu mengamit kenangan lama semasa aktif berkecimpung dalam dunia pendidikan luar. Banyak tempat yg sudah dijejaki, kawasan hutan, air terjun, laut, bukit dan sewaktu dengannya.

Tempat yang ditujui baru2 ini memang satu tempat yg menarik untuk dikunjungi..perjalanan dari Pekan Sg Lembing lebih kurang satu jam perjalanan menaiki 4x4 memang mencemuskan...bagi yg belum biasa dgn keadaan jalan berliku berbatu memang teruja..tapi bagi kita yg selalu menjelajah destinasi lubuk ikan sudah sinonim dgn keadaan begitu.

Malas nak cerita panjang....tengok jelah gambar yg ada dalam handset koi untuk diterjemahkan kedalam bentuk alam maya...

Pertengahan jalan melalui resort yg dikhaskan utk aktiviti outdoor

berhenti seketika berehat...

memang cantik resort ni...kalau diadakan aktiviti  utk pelajar memang sesuai

Lokasi perkhemahan yg terletak betul2 tebing  sungai.

Ada kawasan yang dalam serta lubuk

antara kenderaan yg pergi termasuk JPAM

lokasi penginapan 



Pagi rabu.....memulakan aktiviti menjala dan menahan jaring...walaupun air sungai sejuk tapi disebabkan seronok langsung tak kisah...

ikan yg didapati daripada hasil menjaring dan  menjala digoreng garing2 ...

Ingat nak merasa ikan kelah....tapi yg banyaknya spesis tengas....adik beradik kelah

tempat mandi memang best ....

ikan yg ditangkap....apa2 hal siang dulu utnuk dijadikan lauk makan tengah hari

dah siap mandi...

aktiviti hari khamis traking ke air terjun pelangi...di samping itu aktiviti dijalankan menuruni bukit dengan menggunakan tali


kena rentas sungai
bergambar kenag-kenangan di situ..

memang tinggi air terjun ni...

berehat sebelum memulakan aktiviti

sedang menjalankan aktviti

bagi yg dah biasa, hanya cabaran kecil walaupun batu licin




balik dari air terjun, tengok dah ada ikan siap dibakar

dan sedia untuk digoreng...kesemuanya ikan tengas...

makan selagi ada

penghujung rancangan....masa untuk pulang

sesi bergambar beramai-ramai

keadaan jalan semasa pulang lebih teruk dari sebelum pergi disebabkan hujan pada hari pertama perkhemahan

yg mahir 4x4 tiada masalah melaluinya...

dapatlah sijil penyertaan....bolehlah dimasukkan ke dalam bilangan hari kursus untuk mencukupkan 7 hari setahun.

Semasa berada di sana, banyaklah ilmu serta pengetahuan yg diperolehi...dan yang paling penting kome dah dapat satu lokasi baru untuk memburu ikan ...

Lokasi ini selepas ini akan disenaraikan dalam list lokasi menarik memburu hasil sungai utk dilaksanakan oleh ahli kelab di Felda Purun ini.


Wednesday, June 11, 2014

Mencari barang hutan

Assalam...

Kebetulan cuti sekolah ni, takde bende nak buat, rodong ngajok ke kawasan kebun getah lama keknya baru ditoreh mencari barang hutan yg bermain kat situ.

Sambil2 berkhemah, jenguk2 jugak paya kat situ, popalih....banyoknye ikan paya nangkak...lalu bercadang nak tahan jaring...tengok ke kawasan paya tu...terus batal hasrat...papalih semaknya ...


Rehat2 sambil nunggu hari malam...

Denai menghala ke paya dan barang hutan 

Fiber ande senalo

kali ni masok guna dapur kayu...kehabisan gas...

Letih jugak le meronda dalam kawasan tinggalan kebun getah lama pada malam tu, nasib baik le ande sikit rezeki Allah Taala beri...bolahlah merasa...

Sekian...

Sunday, March 30, 2014

Mengejar seluang

Assalam...


Minggu lepas, tempat yg sama kome pergi sekali lagi tahan jaring. Kali ni jaring seluang dan jaring saiz xxl. keknya kali ni kome berdua je sebab rodong lain ade hal belaka.


Kawasan air yg semakin hendak kering adalah masa yg sesuai ngaruk ngalau ikan ke jaring. Dan hasilnya amat berbaloi.

Spt biasa, dpt banyok dan tak larat nak siang ikan, eksport je kat Mayam, minta tolong mak siangkan...



Malangnya ikan besor2 3 ekor je dapat, ikan haruan yng lain banyoknya seluang je....

Sekian......

Friday, March 28, 2014

Menjelajah I-City dan Pusat Sains Negara

Assalam...


Kebetulan cuti sekoloh ni, terasa nak pegi bercuti di area KL....

Pastu diaorg nak pegi Pusat Sains Negara. Ikutkan kalo pegi KL, memang buta terus, nasib baik ade GPS tolong tunjukkan jalan. Itupun toh berape kali tersasul hingga sampai Klang. 


Sesampai di Klang, tengok ande I-city tak berape jauh dari bandar Klang, petang tu berangkat ke situ...petama kali masuk tempat ais...












































Pagi Khamis tu pulak, menghala ke Pusat Sains Negara melihat pameran 1001 kegemilangan Islam dan meninjau misteri rumah hantu...






Selesai misi ke situ....ade pulak yg ngajok pegi Planeterium dan tugu negara....nanti le kalo cuti akan datang....


Sekian....