Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, February 12, 2012

Ikan tidak akan habislah....

Salam...

Sape kate ikan mboh abis kalo aktiviti menangkapnya secara intensif.

Pedooh je...

Buktinya ada dalam gambar kat bawah nih.

Boleh dikatakan tiap2 tahun ikan di situ memang banyok tu jugak walopun diserang dek manusia2 yang inginkan keseronokan ni memburu hasil sungai tu berkali2.

Kali ni, kome cuba tektik biasa, tahan jaring sambil ngaruk air halau ikan tu ke jaring. Dan hasilnya, bukan setakat dimakan, boleh urusniaga lagi....




Menanggalkan ikan pada jaring antara aktiviti yang menyeksakan. Bila nak pasang, bapok le mudohnyer. Keknye bila dah banyok mengena...kusmangat.....

Tanggal kemudian himpun satu tempat...

Spesis toman hampir seko2 mencecah hampir 2 kg tewas di tangan kome..



Banyok sangat jaring pasangnya, patut le hasil hampir mencecah 100kg..




Rodong tegar kalo mencari ikan....

Kali ni antara spesis gred B yang paling banyok kome dapat ialah baung, tembakang, sebarau, toman, terbul, hatruan, keli, lembat dan yang paling best sekali ialah.....seluang....

Sekeian...