Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, April 30, 2010

Larian Perdana dan Sukan PK

Salam...

Hari ini di SK Purun berlangsungnya acara Larian Perdana dan Kejohanan Sukan Pendidikan Khas.

Acara hari ini bolehlah dikatakan agak meriah dengan pelbagai aksi menarik dan tertarik yang ditunjukkan oleh sesetengah peserta.

Walaupun jarak larian lebih kurang 2.8 km bagi lelaki dan 2 km bagi perempuan, namun bukan senang dapat berlari dalam trek sebenar biarpun setiap petang diadakan latihan.

Dengan berakhirnya acara pagi tadi, maka selesailah sudah salah satu komponen wajib dalam temasya sukan yang akan diadakan pada 13 Mei nanti.



Sebelum berlari, semua murid dikerahkan menjalani senamrobik yang dipimpin oleh sebahagian anak2 dara yang ada di sekolah ni.

Yang kecil tu salah seorang pak lawak dari kelas PK



Acara perlepasan dilakukan oleh GB

Bunyi je hon pelepas....macam kerbau keluar kandang lajunya....

Cek point satu...menerima getah gelang sebagai tiket..
Tu dah tak larat sangat dah tu....pakat jalan2 jelah...
1 KM pertama.....semangatnya mengalahkan peserta dunia lajunya.
Salah seorang peserta tua yang sengaja menguji stamina dengan larian yang mengacam.
Antara masyal yang ditugaskan meronda dengan minyak motor tangung sendiri.
Kalau depan kamera, lagaknya macam star....belakang kemera ....jalannya lebih banyak daripada berlari.
RELA Purun yang tetap rela mengorbankan masa menyertai aktiviti sekolah.
Penyokong kelas Pra Sekolah hanya duduk saja melihat peserta yang sampai ke garisan penamat kerana cikgunya sibuk menguruskan kejohanan.

Senario sukan PK dengan penuh kemeriahan. Kali pertama dianjurkan pada tahun ini.

GB turut serta mengambil bahagian dalam acara guru dan murid melakukan aksi memindahkan getah gelang melalui straw dengan menggunakan mulut.


Pemenang acara larian perdana dan acara sukan PK menerima hadiah.

Murid PK yang semakin hari semakin manja dengan guru2nya.

INI...................aksi tukang ambil video yang saja2 menyibukkan diri membuat rakaman bagi setiap apa jua aktiviti sekolah,.....

Dengan berakhirnya program hari ni, masih lagi ada lagi program besar yang menunggu pada bulan Mei nanti.

Cadangnya kejohanan tu nanti diadakan besar-besaran dan pihak sekolah juga menjemput Unit Tambor dari Rejemen Renjer Diraja Kem Batu Lima untuk membuat pertunjukan semasa kejohanan nanti diadakan.

Sekian daripada wartawan bebas yang tak dibayar gaji untuk buat kerja ini....


Wednesday, April 28, 2010

Antara Telinga Kuali dengan Telinga Tempayan...

Salam....

Dalam soalan BM Pemahaman P2 baru2 ni ada satu soalan aras sukar yang berkait dengan soalan simpulan bahasa.

Soalannya mengelirukan hingga koi terpaksa merujuk skema jawapan bagi memastikan mana satu jawapan yang betul.

Soalan yang dikatakan tu ialah mengenai seseorang yang tidak mahu mendengar cakap atau degil.

Antara 2 pilihan jawapan yang mengelirukan ialah antara 'Telinga Kuali' ataupun 'Telinga Tempayan'.

Mula2nya koi sasarkan jawapan 'telinga kuali' sebab itulah pemahaman yang koi faham bagi makna simpulan bahasa merujuk kepada seseorang yang tidak dengar cakap.

Tetapi apabila koi rujuk skema jawapan, jawapan yang sebenarnya ialah 'telinga tempayan'.

Memang pelik jawapannya kerana simpulan 'telinga tempayan' tidak pernah koi dengar berbanding dengan 'telinga kuali' yang kerap kali didengar atau dibaca.

Bagi memastikan jawapan yang lebih tepat, dan tidak mudah melatah serta ingin meleraikan kesangsian, koi terus mencari makna sebenar kedua-dua simpulan bahasa tersebut di dalam internet dan merujuk kamus dewan.

Cari punya cari, rupa2nya jawapan telinga tempayanlah yang lebih tepat sebenarnya berbanding dengan sangkaan koi dan rakan2 yang lain.

Yang menjadikan koi tersenyum sendiri pula, ialah apabila pagi tadi seorang guru BM di sekolah ni menyuruh koi betulkan balik jawapan tersebut kerana beliau sudah bertanyakan guru2 BM di sekitar Felda sini tentang soalan tersebut.

Rata2 mengatakan skema jawapan yang diberi adalah salah dan jawapan yang betul adalah telinga kuali berdasarkan pemahaman sendiri tanpa merujuk mana2 rujukan.

Koi dengan selamba meminta guru BM tadi beritahu balik guru BM sekolah lain tu supaya cari makna sebenar simpulan bahasa dalam kamus dewan ataupun rujukan lain. Jangan hanya tidak pernah mendengar, tetapi cepat membuat andaian jawapan tersebut adalah salah.

Bagi koi, BM ni suatu subjek yang susah sebenarnya. Tanpa rujukan sahih, janganlah kita memandai memberi jawapan yang hanya berdasarkan pemahaman sendiri.

Satu lagi ingatan buat diri sendiri dan kawan-kawan yang lain, janganlah kita bersikap terlampau tahu sehingga mempertikaikan jawapan kawan lain kerana kononnya akulah guru BM yang berpengalaman belasan tahun dalam mengajar subjek ini......

Walaupun soalan tersebut tidak sesuai dengan aras pelajar UPSR, tetapi secara peribadinya, koi tetap solute kepada yang membuat soalan tersebut kerana berjaya mengecohkan bukan sahaja murid, malah dengan cikgu2 BM nya sekali.

Sekian....

Nota kaki :

Telinga kuali - orang yang tahan hati walaupun dimarahi dan dikatai oleh orang lain.
Telinga tempayan - orang yang tidak mahu mendengar.

( Rujukan : Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka )

Tuesday, April 27, 2010

Uwan oh Uwan....

Salam....

Hari ni koi rase agak lege sikit bile kertas pekse anok didik koi tadi menunjukkan peningkatan yg ketara.

Hehehehe...bangga jugak bile time gitu.

Disebabkan koi gembira, koi nok ajok wokme sume gembire cam koi jugak.

Ape kate moh kite bace cerite pasei uwan ( nenek) kene tipu dek cucunye sendiri...

Kisohnye pasei sorang gadis jadi pelacur dan kene tangkap dek polis. Mase kene tangkap tu, berbaris le satu barisan kerane polis nak ambik steatmen kes tu.

Kebetulan pulak lalulah uwan budak pompuan tadi dan terkejut le nengok ke cucunye sedang berbaris kat situ. Ditanyelah dek uwan tu ngape berbaris.....

Disebabkan taknok uwannye tahu yang die kantoi, diberitahu yang die berbaris kat situ sebab ade dermawan nak beri buah oren sorang sebakul pade hari te.

Kemudian, uwan itupun beredar le dari situ dan tok sedor yg cucu die dah buat pedo'oh kat die.

Sampai kat barisan ujung sekali, teringat pulak kat cucu yg lain kat umah. Terlintas le uwan ni tadi nak join same terime buah oren ni supaye ade le buah tangan dibawa balik untuk cucu2nye nanti.

Tunggu punye tunggu, tibe le seorang polis tu ambik steatmen sampai kat uwan ni tadi. Punye le terkejut polis tu nengok ade sorang nenek yang dah tua bangka, muke berkerut sejuta, badan bongkok, dan keadaan nampok sgt tok rhotnye ade di kalangan pelacur2 yang ditahan.

Ditanye dek polis tu tadi, " la, nenek ni....macam mana nenek lakukan pekerjaan tu ?

Yang uwan ni ingatkan gone care nak makan oren nih, lalu dijawab dek uwan ni....

Ooooooooo...sedei sangat.....koi cabut je gigi palsu, pastu koi sedut sampai kering airnye....

Polis ni......tadi tak reti cakap ape2 dah.......dalam hatinye cume kate, sapelah yang malang kene sedut air sampai kering oleh nenek ni.....

Hehehehe....

Begitu le cerite pedo'oh yang koi buat untuk wokme bace hari nih....

Monday, April 26, 2010

Tibalah mase ujian pulak....

Salam..

Hari esok budok2 Tahun 6 dah ambik Penilaian 2 selama 3 hari.

Dan dengan secara kiraan matematinye, selama 3 hari itulah, koi tok perlu masuk kelas ngajor bende yg senalo diajor tapi sokmo payoh nok dapat kecuali bile koi gune 'anak jin' buat bantuan.

Mase P1 dulu, kelas koi ajor tu, popalih tenatnye. Kalo penulisan tu hampir separuh dapat "E".

Gone koi nok bagi markah mengkala perkataan yg ditulih tu, banyak lagi bilangan jari yg koi ade.

Yg Pemahaman pulak, buat koi sakit hati je. Apa ke tidoknye, soalan yg koi rase anak koipun boleh jawab, itupun tak reti.

Puas jugak le koi bertepis dalam meeting kurikulum bile ditanya ke gone gayenye boleh dapat keputusan gitu.

Nasib baik le, cepat je koi cari jalan gone nok selesaikan masalah nih dengan strategi2 yg koi sendiripun tok tahu sejauh mane hasilnye.

Tengok le esok camne gayenye budok2 tu jawab pekse BM ni nanti. Kalo diberi latihan tu, mboh pulak siapnye. Takut nanti bile beri je kertas soalan, ilang semua ape yg koi ajor dalam kelas tu.

Rasenye kaedah paling mudoh dah koi ajor supaye lulus. Kalo tok reti2 jugak...rasenye bukan saloh koi doh tu. Gamoknye mungkin masalah genetik kot....

Risau mikirkan. Andainye takde peningkatan......susoh le koi nanti. Bende pulak le nok koi beri alasannye nanti.

Tapi mengikut ramalan koi yg kadang2 jadi dan kadang2 tidak nih....rase koi akan berlaku peningkatan biorpun tak ketara, tapi itu doh cukup membuatkan koi sedap hati dan mengurangkan kerisauan yang dah mule koi rase bile mule2 koi dipertanggungjawab mengajor kelas ter....

Biorpun UPSR lambat lagi, tapi menkala pencapaian setakat gitu je....gone nak capai sasaran.

Walau ape2 pun koi yakin dan tetap percaye, akan berlaku peningkatan yg ketara andainye segala strategi dan kaedah yg koi buat dapat diikuti oleh bebudok tu.

Tengok le nanti gone gayenye....

Wassalam..

Saturday, April 24, 2010

Erti Politik ???

Salam....

Musim pilihanraya, kadang2 koi jadi menyampah giler mendengornye.Macam2 cerite kuar. macam2 kisah dipersembahkan....

Tapi, kite tengok le parti mana yg menang, parti mana yg kalah....dan kite tengok lagilah apa yg kerajaan sediakan untuk kebajikan rakyat...

Apa2 hei...moh bace kisah "apa itu politik ni dari satu sudut yg mengarut."...


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh.


Ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.

Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

“Politik adalah hal di mana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Begitulah adenye.....

Friday, April 23, 2010

Satu lagi program untuk ibubapa...

Salam....

Nama program ni, program motivasi penjaga tahun 6.

Penceramahnya En. Saruci Bin Sawal, pegawai dari JPNP.

Kehadiran penjaga, alhamdulillah....hampir 90% datang. Sebabnya kalau tak hadir, nanti menimbulkan masalah kepada pelajar.

Koi malas nak ulas panjang2 pasal program ni. Cukup la kalau koi beritahu yang penyampaian penceramah amat baik sekali.

Andainya seseorang penjaga itu adalah normal, nescaya ilmu yang didapati pagi tadi boleh mengubah anaknya dari tak meningkat kepada ada peningkatan.

Tengok la sejauh mana hasilnya. Mengikut pengalaman koi lepas2, peringkat awal je bermotivasinya tapi lama2........serupa itulah jugak.

Minta2 tahun ni, penjaga kepada calon UPSR ni, lebih cakna dan turut mengambil bahagian dalam mencemerlangkan anak2 supaya semua pihak mendapat faedahnya.

Penceramah yang handsome lagi penuh keceriaan...diselang-seli dengan lawak2...

Sebahagian daripada penjaga yang hadir pada pagi tadi.

Sekian...