Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, October 27, 2010

Baju cinta.....satu pendekatan baru...

Kadang-kadang waktu2 bosan, mboh jugak koi membaca buku mastika walaupun keluaran tu tu dah keluar berbulan2 lamanya.

Dalam ruangan 'joke' di dalam majalah tersebut, hanya satu cerita yang masih koi ingat dan tetap koi ingat sampai bila2....


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya.

Disebabkan malu, diberinya alasan bahawa dia sedang memakai baju cinta.

"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..

"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek.

"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.

"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....

"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.

"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA???...... Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnyer....."sambil berlalu ke dapur.....

Hehehe.....


Monday, October 25, 2010

Sedak le borok..

Salam....

Semenjak harge buah sawit mahei nih, koi tengok peneroka yg usaha ladang sendiri popalih gembirenyer. Sengih senalo .

Apekan tidok. Hari nihpun hargenyer mencecah RM675 setan. Esok lusa sampai bulan 12 ni mboh sampai 800 setan berdasarkan ramalan pakar2 sawit yg dok kedai kopi pagi, petang dan malam.

Pantang ditanyer dek kite. Lancor je jawabnyer. Bersemangat nok kabo yang dier dah juei buah sawit dapat bertan2. Komepun numpang tuwi jugak le . Pekena teh secawan dgn roti canei merasa duit buah mahei.

Nak banding dgn gaji cikgu, jauh sgt bezanyer. Dier kerje tak payoh susoh2, pakai remote je. Mase musim juei buoh, sampai 5-7 ribu ringgit, sesetengahnyer tu dapat.

Yg kome cikgu nih, ngajor hari2 tolak hari cuti. Pinjam sana, hutang sini.....bersih adalah dalam seribu lebih sikit.

Bile bercampur dgn peneroka yg mewah2 nih, bab duit pakat diam ajelah. Jgn beta. Kalo boleh jek lagi bior deme nih happy dan senang hati.

Ialahkan.....bukannye sokmo deme nih merase harge cam gitu. Kebetulan dgn harge yg mehei bersamaan pulak dgn hasil yang banyak. Memang patut le deme nih merase setelah sekian lama menyerahkan hasil kepada Felda.

Pokok dah mencecah 8-10 tahun. Patut le ambik balik. Kalo masih serah kat felda, jawabnye terima ajelah RM1500 sebulan tu.

Tapi koi sokmo memberi ingatan kat rodong2 dan juge keluarge koi agar terus berjimat dan menabung sementara ade duit lebih nih.

Manalah tahu esok luse, harge menjunam dan buah sawit melawas....jerih jugak nak cari duit. Paling tidakpun mesti 1000 lebih sebulan untuk kos mantanace terutama baja dan racun.

Sebabnya sawit nih, kita baja tahun nih, tahun depan baru nampak hasilnya. Tak heran le kalo hujung2 tahun ni buah sawit banyok sebab sebelum ambil ladang tu, pengurusan felda menguruskan dgn baik dari segi pembajaan yg mengikut jadualnya.

Andainye pokok tak berbaja, maka kurang le hasilnyer.

Macam manusia jugak...kalo tak diberi makan, manalah badan nak membesar dengan sihat dan kuat....

Sekian....

Saturday, October 23, 2010

Kisah bomoh yang menyeramkan...

Salam....

Ikutilah kisah benar yang diceritakan oleh saudara Umar berkenaan dengan pengalaman beliau ternampak bomoh berinteraksi dengan makhluk halus secara tidak sengaja.....

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Siantan Butan di Daerah xxxxxxx. Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.

Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar.

Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..??????....

Heheheee...

Friday, October 22, 2010

Cerita di Pekan Sari Temerloh...

Salam....


Setelah puas mengelilingi Pekan Sehari Temerloh yang panjang, seorang pengunjung singgah di gerai menjual telur.

Memandangkan gerai tersebut menjual telur dalam kuantiti yang banyak, beliau berhasrat untuk membeli telur. Mungkin harganya lebih murah daripada harga telur di pasaraya.


Pembeli: “Dik, telo sesarang berape?”


Penjual: “Telo ayam ker telo itik?”


Pembeli: “Telo ayam la.”


Penjual: “Telo ayam bese ke telo ayam kampung?”


Pembeli: “Ayam bese la,banyok pulok tanye budok ni..” (Dalam hati : Nok nege ke dok?)


Penjual: “Yang tempatan ke yang import?”


Pembeli: “Yg tempatan laaaaaa (bengang).”


Penjual: “Yang tempatan.. Emm.. hok yang dari Ceno ke Temerloh ke Bera? Hok Maran pun ander..”


Pembeli: “Yang Ceno pon boleh lah...” (Sambil terlihat kesal).


Penjual: “Hok yang Ceno tebing ke darat, ke hok seberang sane?”


Pembeli: “Aok nie nak njual telo ke nak mmbuat pedo’oh?”


Penjual: “Pak cik, koi ni jual mee rebus kat sebeloh ter. Kebetulan hok jual telo pergi makan. Nyer suruh koi melayan orang nok membeli sampai dia datang. Dia tok suruh koi juei pon.. Koi layan je la… Tu la paseinyer.. Hehehe …”


Pembeli: “Ander jugek yak bertelo daie ni karang….”


Gitulah adernyer....


Sekian....


Sumber : http://www.facebook.com/ILOVEPAHANG

Thursday, October 21, 2010

Kalo dah gile ke nombo ekor....

Salam....

Kekadang ter, moh nok koi kabo kat rodong2 sesame melepak tu toksoh le nambohkan lagi dosa yg sedia ade dengan dose2 baru.

Keknyer, tak kesampaian pulok bile hajat koi tu nok disampaikan kat rodong2 ter.

Maklum le sesetengoh tu dan nak masuk maghrib dah usianyer tapi berkenan sangat nikam judi ekor nih.

Karang, kalo koi ngabor gitu, mboh tak bertegur sape sampai bertahun2. Maklum le golongan tua nih bapok le sensitif orangnyer..

Koi rase pelik sangat bile dosa judi nih tok dianggap bukan dose malah bangga sangat kalo nombo ditikam ter mengene walaupon dapat hanya 2,3 ratus tapi hok yg dah habisnyer toh berape ribu dah.

Nok2 pulok kalo miss satu nombo, popalih.......bukanyer main riuh lagi bercerite....siap dengan gaye lagi sampai tersembur air liur kat kome nih....semangat ngat nak kabo kat orang yg dier tikam hanya salah satu nombor aje...

Se lagi , bile nombo motor dier naik tepat dan pade mase yg same die tak beli nombor tu. usoh cakak le riuhnyer....kalo boleh satu Purun ni nok kabo yg nombo moto dier naik

Senalonyer ambik sokmo keknyer toh ari tu terlupa gamoknyer. Pastu pulok keluor pulok nombo tu ......org lain pun sibuk le nanye berape tikam dan berapa dapat duitnyer..

Yang menyedihkannyer, golongan peminat judi nombor ni, dari le bebudok belasan tahun, sampai le bebudok yang dah nak masuk 60 tahun....takmboh beruboh lalu feelnyer...kusmangat....

Se lagi yg koi harunyer, tukang tulih nombor tu pulok bebudok melayu yang jadi balaci cine ni. Toh berape le cine tu bayo kat dier tukang tulih nombor tu...

Duit tu pulok, buat beri makan anak bini......jadi tok heran le kalo anak dier ngajor seratus kali bende yg samepun, toknyer kedapat-dapat.....

Babel sangat kate orang Pahang ter....

Gamoknyer bile le MAIP nak membenteras gejala judi yg bukan nyer baru berusia 2 tahun, keknyer dah menjangkau puluhan tahun berkalu kat sini....

Harap2 org jabatan agama nun pekalah sikit bior tak semua dihapuskan, sekurang2nyer mengurangkanpun dah dikire bagus sangat dah....

Sebab koi kesian dengan generasi yang akan berlaku seandainyer kegiatan gini berterusan berlaku.....nok2 pulok duit haram yg dimenangi tu digunakan untuk menyara keluarge...

Sekian.....


Wednesday, October 20, 2010

Padan muka , belagok amat...

Salam...

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.


Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.


Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…


Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...


Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…


Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…


Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....


Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…


Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te.. sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…


Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….


Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…


Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..


Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…


Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?


Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..

Dari jauh terdengar suara gadis tersebut meraung kat dapur. Kedua ibubapanya menepuk dahi masing-masing…


sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=165820190097214


Sekian....

Thursday, October 14, 2010

Dasyat...memang dasyat....

Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan.

Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih.

Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!

Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!



Binatang-binatang yang melakukan perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut. Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan menjerit. Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya. Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.



Bale.....teruk seteruknya..............



Friday, October 8, 2010

Kena tangkap juga si Toyol tu...

Salam...

Malam tadi sekitar jam 9.30 malam, koi pegi lalu kat kawasan perniagaan Purun nih, koi tengok ramei org berkumpul.

Apabila hampiri, barulah koi tahu si toyol yang sedang mengganas ter telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Triang.

Mengikut cerita yg koi dengo campur penyedap rase, budak tu kantoi apabila kelibatnye orang nampak berada di dalam kalbot ( saluran konkrit longkang) besar berhampiran dengan umah atuknye.

Rupa2nyer, di situlah tempat dier bersembunyi dan tidur.

Sebelum tu, sekitar dalam pukul 11 pagi, dah ade beberapa orang mengejarnya tapi tak dapat. Pas tu pulak sekitar jam 6.30 petang, sekali lagi die dikejar dek orang ramai, juga terlepas.

Tapi nak malangnya apabila dier bersembunyi kat situ, apabila orang ramai kepung jalan masuk, akhirnya dier terpaksa menyerah diri dan dibawa ke rumah atuknya untuk mengelakkan daripada dipukul orang ramai yg begitu geram dengan tabiat suka mencuri tu.

Semasa disoal siasat, habis diceritakan dek budak tu. Duit2 yang ada pada dier lebih kurang 800 lebihpun dipulangkan kepada pihak polis yang menangkapnya tetapi tak tahulah duit tu akhirnya ke mana. Jadi bahan bukti atau tidak.

Dengan penangkapan si toyol tu, aman le sikit kawasan kampung ni. Kalo tak kome yang duduk kat kuarters guru ni bapok le risaunya sewaktu pergi keje. Maklum le hampir 97 % penghuni di sini bekerja.

Harap2 lepas kejadian spt tu menjadi pengajaran buat remaja2 yg bermasalah kat sini. Sebabnya pepatah ada mengatakan " Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua"..

Dan kemungkinan besar, budak tu akan dihantar ke sekolah juvana yang sememangnya itulah tempat dier boleh bersekolah.

Sekian..

Thursday, October 7, 2010

Toyol Purun

Salam...

Beberapa hari nih heboh ngat diperkate dek org pasei sorang budok yg suka naik umah org ngambil herte org kat umah ter.

Budok tu memang cukup koi kenei. Memang bermasalah. Mase kat sekolah sinipun dah macam2 kisoh ditimbulkan.

Kes mula2 pecah umah org nih, rasenye minggu lalu dah. Dier naik umah tu dan kebas duit Rm400 mase tuan rumah pegi keje.

Disebabkan belum terer mencuri, akhirnya kantoi. Kena tangkap dek orang ramai beberapa hari lepas tu.

Yang tak beshnyer pulok, ade pulok yg jamin supaya jangan dimasukkan ke dalam lokap. Kononnya budok tu dier bela dan jaga macam anak sendiri.

Pas tu, terbaru yang koi dengor, lebih kurang 6 buah rumah telah dimasuki oleh budok tu. Dua hari lepas, siap masak daging burger kat umah yg dimasukinyer. Mungkin lapor sangat kot sebab takde orang jaga dier dah. Yg ngaku pelihara dier dulupun mungkin dah tak larat kot sebab makin ganas dan liar jadinyer.

Yang terbaru dengar ceritanya petang semalam sewaktu hujan lebat kat sini, 4 buah rumah dimasukinya dah barang yang hilang termasuk le natebook, handphone, duit tunai, VCD dan lain2 lagilah kot .

Ade pulok yang kate seluar, baju, kasut ghaib dalam sari dua nih. Suspek utamanyer tak lain tak bukan budok tulah.

Baru berusia 13 tahun tu, dah terer mencuri. Esok lusa dah besar dan banyak pengalaman, mboh rompak , samun , cabul, rogol dan tah apa2 lagi kot yang boleh dilakukannya.

Yg peliknya, budok nih tak kisah lalu tidur kat mana. Kalo dengo orang cakap, kat bawah rumah , kat rumah2 kosong, bawah lori, dalam ladang sawit. atau kat mana2 saja dier boleh tidur.

Malam tadi pun kat 20 orang pegi cari dier, haram tak jumpa. kalo jumpapun, bukan senang nak tangkap sebab kelecekan dia cukup hebat meloloskan diri.

Sebab itulah gelaran yang diberi kat budak tu " TOYOL "...

Sekian....

Tuesday, October 5, 2010

Kalo gini tiap2 bulan, bapok le beshnyer...

Salam....

Memang adat le bile dah habis UPSR takde dah nak ke belajonyer bebudok tahun 6 nih. Yang datang sekolahpun tak sampai 80% kehadiran.

Kalo kelas hujung yg koi ngajar tu, toksoh cerite le. Sebelum UPSR dulupun sokmo tak hadir, ni pulak dah habis pekse, lagilah teruknyer.

Senario gini memang saban tahun berlaku. Lepas peksa je, pihak sekolah akan aturkan program2 utk bebudak nih mengikut arahan JPN ataupun PPD.

Besa2nyer, belah ke pagi tu, aktiviti permainan je. Hok laki2 main bola sepak, dan perempuan pulak main bola jaring berlawan sesama sendiri. Pas tu diselang seli pulak dgn bola tampar utk menambahkan masa bermain.

Mengikut arahan yg diterima, banyak jugak program kena buat utk pelajar ni sementara nunggu ke habis sekolah ni. Program yg disyorkan nampak gayanya seimbang termasuk riadah, kerohanian, motivasi dan ilmu pengetahuan utk persediaan ke sekolah menengah nanti.

Keknyer, sekolah kome masih dalam peringkat perancangan. Esok lusa gamoknye bermula dah kot aktiviti tu.

Yg besnyer, dulu sebelum pekse bapok le tensionnyer masuk kelas ngajor bebudak kelas ujung tu, tapi dah habis peksa nih, jadi seronok pulak masuk kelas tu main sesama deme.

Kelas tu memang koi letakkan set Sahiba dan Catur bagi bebudak tu guna, keknyer kalo catur tu, takde yg betoi2 boleh main. Setakat gerakkan buah je, nak rancang strategi, langsung tak pandai.

Yg menghairankan koi lagi, ade beberapa pelajar tu pulak, sebelum peksa jarang2 datang sekolah, tapi bile diajak main2, boleh dikatakan tiap2 hari datang sekolah. memang dasar kaki main betoi lah budak tu.

Kot manepun, dalam mase tak sampai 2 bulan lagi nih, banyak le mase utk kome cikgu2 tahun 6 nih melepaskan penat lelah setelah bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada pelajar tersebut dan hampir2 nak cuti nanti, pastinya jantung kome akan berdegup lebih kencang drpd sediakala.

Sekian....


Monday, October 4, 2010

Ingat nak tolong sesama melayu,rupanya kena tipu.

Salam...

Bapok le kecewanya bile nak ngidupkan roadtax, dalam sistem takde rekod insuran padahal belum cukup setahunpun lagi insuran kete tu expired.

Bila telefon tanya pade org yg uruskan dulu, runner ( pihak ketiga) yg uruskan suruh kerani pejabat pos cek pada no siri kat geran kete sebab dah tukar geran baru.

Tapi bile tanya kat kerani pulak, nak masuk sistem bukan pakai no siri geran. Hanya masukkan no pendaftaran kete je.

Dah le punya ramai pelangan kat pejabat pos tu, nak tunggu giliran kita, bapok le cemusnya. Sampai2 kat kaunter , tak boleh hidup roadtax pulak.

Hangatlah hati bile kene tipu. Kali kedua tak boleh lagi, cube pulak hubungi incas yg uruskan tukar nama kete tu dulu, keknya langsung takmboh jawab telefon. Nampok sgt nak lari daripada tanggungjawab.

Nampak gayenye kene buat insuran baru la. Yg baki 6 bulan insuran lama tu, anggap burn jelah. Gonekan, takkan nak pegi serang pulak runner yg loklak nipu kite tu dulu.

Inilah susahnya bile berurusan dgn org kita nih. Ingatkan nak tolong sesama melayu, keknyer melayu makan melayu. Memang tak patut betoilah....

Lain kali kena beringatlah...baik berurusan dgn cina, gerenti puas hati.

Sekian....

Saturday, October 2, 2010

Akibat pinjam tak bayar...

Salam....

Beberapa tahun dulu, ramai peneroka yg meminjam bank utk membiayai kos tanam semula sawit apabila tidak terikat dengan Felda.

Dengan mudahnya bankpun meluluskan RM20 ribu pinjaman bercagarkan tanah ladang seluas 10 ekar.

Apabila individu berkenaan meminjam duit bank, maka Felda secara automatiknya mengganggap tuan tanah terkeluar dari Felda.

Kini setelah 8 tahun berlalu, timbul pula kisah 4 lot ladang di sini akan dilelong oleh mahkamah setelah pinjaman dari bank langsung tak berbayar.

Daripada nilai 20 ribu, kemungkinan mencecah kepada 25 ribu lebih kurang.

Proses lelongnya belum bermula tetapi dengar cerita daripada pihak pejabat Felda, 4 lot tersebut akan dilelong cuma tarikhnya saja yang belum ditentukan.

Penilai tanah akan menilai berapa nilai 10 ekar tersebut, pihak bank cuma akan ambil bahagiannya saja dan baki akan diserahkan kepada tuan tanah.

Anggaran koi dalam 10 ekar tu hampir mencecah RM200,000 pada masa sekarang. Tak tahulah jika penilai tanah menilai lebih daripada tu.

Dengan 10 ekar, kalau sawit berusia 8 tahun, pokoknya sihat alfiat, diuruskan dengan baik pula, setakat 2-5 ribu sebulan tu takde masalah hasilnya. Tapi kena tunggu setahun dua baru sawit tersebut boleh dipulihkan.

Tapi nak cari duit sebanyak 200,000 tu yg masalahnya. Kalau nak pinjam bankpun, setakat 100,000 pun belum pasti boleh dapat.

Itu masalah kalau nak cuba nasib membeli lot yg dilelong tu. Masalah bagi tuan tanah lagilah parahnya.

Andainya betul tanah mereka dilelong, tak tahulah nasib seterusnya. Hasil pencarian utama dah takde, kena berusaha kerja lainlah pula bagi menampung keluarga.

Mengikut maklumat yang koi dapat, ada antara tuan tanah dari 4 orang tu mempunyai masalah keluarga yang kritikal.

Anak2 lelaki terjerumus dalam kegiatan dadah, manakala sesetengah tu pula, anak2 yg sudah besar panjang bekerja kampung sebagai buruh yang langsung tidak dapat membantu menyelesaikan hutang.

3 dari tuan empunya taanah, memang koi kenal tapi, yg peliknya, ngape hutang bank tak boleh dibayar sedangkan gaya kehidupannya bukanlah dikategorikan susah sangatpun.

Mungkin sesaja taknak bayar atau sesaja menunggu pihak mahkamah mengambil tindakan.

Rasa koi lah..............