Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

Seluang juga yg sedapnya...

Salam....

Kalau tanya ikan apa yg sedapnya, koi akan jawab tentulah ikan seluang.

Biarpun spesis lain seperti baung, terbul, sebarau, lampam, haruan, bujuk, temperas, potok, keli, toman, tembakang, lome, lembat, susur batang, mengkawan, nyet2, puyu, kepar, tilan, tapah dan lain2.....ikan seluang jugalah yang paling sedap.

Ikan kedua kegemaran koi ialah laih. Tapi spesis ni payah sikit nak dapat. Kena bawak joran mancing belah2 petang baru mboh makan.

Gitulah kalau dah sokmo cari ikan. Kurang dah seleranya. Tapi nak dibandingkan dengan ayam....biar ikan jenis ni. paling tidakpun ikan ni tak makan palet spt yg diberi pada ayam tu.

Biarpun badan letih, tapi kalau dah minat ........memang tak kaji dah....janji seronok dan dapat mereleskan tension sewaktu kerja....

Ikan seluang yang sudah dikumpul setempat.

Ikan baung yang masih ada di situ. Yang besar2 rasa koi lari ke tempat lubuk yg dalam kot, sebab yang ada banyak baya2 tu je..


Ikan tapah pandan. Spesis ni tak besar spt tapah kat Sungai Bera atau tasik Bera. Paling besarpun baya2 tapak tangan dewasa je.

Spesis ikan bulat. Haruan dan bujuk .....antara ikan yang koi tak gemar memakannya. Seekorpun koi tak ambil bawa balik..

Ikan paling banyak kat sungai2 kecil. Mana2 kalau pergi ke sungai2 yang kecil....ikan inilah yang paling banyak cuma saiz je berbeza. Dulu2 koi minat amat kat terbul dan temperas ni, Tapi dah selalu makan, selera semakin berkurangan dah.

Ikan sebarau. Antara ikan pilihan bagi penggemar ikan sungai. Tapi kat situ takde dah yang besarnya. Mungkin dah berpindah ke tempat lain sebab ikan ni antara spesis yang pantas berenang.

Gelaran diberi adalah ikan patung atau nama universalnya ikan kepar.....Siripnya tajam...kalau tersilap pegang , silap2 berdarah jugalah tangan...


Ikan nyek2.......biarpun kecil, tapi sengatnya bapok le tajamnya.....kalau kena kat tangan, berdenyut2 jugalah....

Di atas tu antara spesis yang kome tangkap hari semalam tu. Yang koi simpan dalam peti setelah dibahagi kepada 6 bahagian, cuma seluang je. Yang lain tu, koi bagi kat emak koi suruh simpan kot2 adik beradik yang lain balik, bolehlah merasa ikan sungai jasa koi mencarinya.

Minggu depan, tak tahu lagi gone gayanya....Silap2 mboh kome pergi lagi tapi mungkin di lokasi yang agak jauh. Sebabnya sungai2 berhampiran memang dah habis ikan dikerjakan dek orang di kawasan sini.

Kira2nya, sape cepat, dialah yang mewah....kena pandai cari tempat yang orang tak pergi lagi, barulah merasa nak dapat ikan sekurang2nya bawa balik 2-4 kg seorang.

Sekian....

Sekian....

14 comments:

zulkbo said...

salam cikgu..
aok ni memang pakar bab ikan ni
bertuah rasanya seorang guru boleh
kenal belaka ikan..kalau koi ikan kembung jer
koi kenal..he he..tunggu orang goreng koi makan jer..hu hu

danishharith said...
This comment has been removed by the author.
piewahid said...

demeh ni mewah ngat ikan sebenornya cikgu.
sebarau tu koi suka ngat buat gulai masam pedas2 campur belimbing...

akuanakpahang said...

Agok kawan mekala dekat kita dpt berkawan jenuh kawan makan ikan agoknya hehehe.. maka kawan dpt dengor cerita ikan aje sedak dah hehehe...

kakcikseroja said...

Dulu-dulu, zaman kakcik masih di kampung, sesekali kakcik akan mengail seluang menggunakan batang tepus sebagai batang pancing dan cacing sebagai umpan... kenangan yang tak mungkin berulang...

Anak Ulu Cheka said...

deme dah tahap memerang dah ni...agok2nye memerang x leh cari makan dah kala deme ande nih heheheh

Mazru Majid said...

salam cikgu,

amboi..sedat ngat goreng garing te..ratah je kala koi..huih...lama tak makan weh..

Mokde said...

salam , mokde dah berzaman tak jumpa ikan kepar tu, ingat dah pupus, kalau dekat mau jer borong sikit
apapun terima kasih kongsi info disini

relevan said...

Moh en Yassin..kita serbu rumah cikgu Hj Jang ni..

endiem said...

banyak weh..macam macam jenih, ikan laih sedap goring garing.

cemomoi said...

pekasam sedak nihhh.. amboih keco air lio nengok pendapatan cekgu ni

pakcik kordi said...

assalamualaikum,cikgu jang,kome nk tye cikgu..ngail kt mana ni?sama la taste kite!kome minat ikan seluang jugek!

Cikgu Jang .. said...

salam rodong...

Antara istemewa duudk kat felda ni dan join group mencari ikan serta mempunyai minat dan komitmen yaang tinggi....

Buat pertanyaan pakcik kordi tu.....jawapannya adalah rahsia.....kome bukan ngail dan bukan juga menuba dan bukan juga mengebom....ikan yg kome dapat adalah halal, bersih suci dan segar serta selamat untuk dimakan....hehehehe

pakcik kordi said...

hahaa...ok la..buat la berahsia gitu..haha...komen ngail kt jmbtn patoh aje..hehe..