Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

Papan tanda menuju Shah Homestay di Temerloh Pahang

Salam...

Hari ni siap sudah fasa terakhir iaitu memacak papan tanda di hadapan simpang menuju Taman Jaya 6. 

Dengan itu juga papan tanda hadapan rumahpun siap dipasang dan tiada masalah jika ada yg berminat nak menginap di situ.
Ni kalo arah dari Temerloh 

Dari arah Maran 

Betul2 hadapan homestay


Pandangan keseluruhan hadapan homestay.

Untuk melihat kemudahan yang disediakan silalah klik url di bawah:


Buat rodong2 yang ada niat nak mencari homestay di kawasan situ, helo2 le ke koi...boleh tolong2 rodong yak...Ce gone?...

sekian...

Sunday, July 15, 2012

Rezeki durian.

Salam...
Pagi tadi berkesempatan pegi ziarah kebun durian kat ladang felda mak mertua yg ada le sikit pokok durian yg ditanam di situ.
Alhamdulillah, ingatkan tak banyok buah yg gugur. Himpun punye himpun...popalih.....senget jeep koi ter membawoknyer...

Memang tahun ni, tahun durian le ....biase2 tak le banyok sgt buohnyer, keknyer kali  nih, sampei tupaipun tak termakan banyoknyer...

Harap2 biar le pokok ter berbuoh cam gitu tiap2 tahun...




 Setiap batang, macam pokok balak...patut le buohnyer banyok. 


 Merioh weh ngutip nyer...

 Bukti yg koi sendiri pegi ngutip...

 Ni kalo juei, ratus dah duitnyer...



Siap berkhelah lagi...

Merioh...merioh....

Kalo sesiapa berminat nak beli durian kampung, boleh le contac koi, hargenyer jauh lebih murah dari pekan sari punyer...

Sekian...

Thursday, July 5, 2012

Demi kepuasan dan keperluan.

Salam...

Serantai ( 20 meter ) upahnya RM180. Ukur punya ukur 4 meter lebih sikit. Maka kosnya RM720.
Itulah harga excavator sekarang ni. Dulu kosnya RM600 sehari. Sekarang ni kalau dikira hari mahu mencecah RM1200 sehari.

Itulah hakikatnya kalau berniat nak buka kebun baru yang memerlukan longkang sempadan untuk pengaliran air. 

Tapi kali ni longkang yang diservis boleh dikelaskan gred A sebab kedalamannya memyebabkan kerbau atau lembu berfikir banyak kali untuk cuba menyeberangi sempadan.







Tapi nasib baiklah, usia pokok yang semakin memberi rezeki walaupun sikit namun boleh menampung keperluan semasa memerlukannya.



Harap2 rezeki hasil berbudi dengan tanah dapat mengubah nasib si penjayanya...Insyaalah...

Sekian...

Sunday, July 1, 2012

Homestay di Temerloh Pahang.


Salam...

Kepada sesiapa yang berminat nak mencari homestay di Temerloh, berhampiran dengan Hospital, saya ada menyediakan sebuah rumah semi D yang dijadikan homestay dan sesuai untuk bilangan keluarga yang ramai.


Untuk melihat gambar-gambar kemudahan yang disediakan, bolehlah melayari link di bawah.

Link :http://homestayshah.blogspot.com/




Panduan untuk pengguna GPS


Address: No 26 jalan jaya 6/1 Taman jaya 6 Temerloh Pahang Malaysia
Latitude: 3.4586°
Longitude: 102.4578°
Satellite: 91W GALAXY 17 (G-17) | NIMIQ 1 | NIMIQ 2
Elevation: -77.9°
Azimuth (true): 255.8°
Azimuth (magn.): 256.1°