Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

Jeep Cherokee untuk dijual di daerah Bera, Pahang ..

Salam...
Harga ditawarkan RM12000 sahaja. Tahun buatan 1996 dan regester tahun 1997. Menggunakan Patrol dan gear manual. 

Enjin masih dalam keadaan baik. Jarang berlaku kerosakan. Namun alat ganti juga mudah didapati disekitar Lembah Kelang.











Saturday, May 26, 2012

Cara mudah download fail youtube tak sampai satu minit satu video.


Salam....

Mungkin ada antara kita berminat nak save fail movie atau video dalam youtube tetapi nak kita download, tiada perisian atau perisian tersebut sudah tamat tempoh cuba.

Di sini koi bagi satu tutorial mudah bagaimana nak save fail tersebut tanpa perlu install perisian berkaitan dalam hardisk.

Ikuti langkah di bawah...









Pada menu download, pilih format apa yang kita nak simpan, sama ada MP4 atau FLV, atau MP3 atau sebagainya, bergantung perisian yang kita add dari store chrome tersebut.

Selain perisian yang koi tunjukkan tu. Terdapat beratus2 lagi perisian yang disediakan oleh chrome web ini. Hanya pilih dan add sahaja. Tetapi nak gunakannya mesti melalui browser chrome sahaja.

Harap2 ilmu yang sedikit ini dapat membantu rakan2 lain yang tercari2 bagaimana nak save video dr youtube...

Sekian....

Monday, March 12, 2012

Hakim, Nenek Dan Ubi Kayu


Salam....

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.


”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semua hasilnya kepada yang tertuduh”

sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.

xxxxxxx

Teringat masa koi kena saman 14 tahun yg lalu kerana kesalahan lesen tamat tempoh. Ada seorang pakcik yg sama hari kena saman turut dibacakan pertuduhan .....diakhir pertuduhan, mejestret akan bertanya adakah anda ingin membuat rayuan?....

Maka pakcik tupun rayulah dengan macam2 rayuan menagih simpati majestret...

Tengok gayanya memang pakcik tu orang susah, pakaiannya begitu lusuh, naik pulak honda cup buruk...

Tapi keputusan majestret tetap tegas.............RM200 setiap kesalahan, 2 kesalahan RM400 pakcik tu kena bayar.

Koi tengok menitis air mata pakcik tu...........

Dalam hati koi................baik takyah tanya kalo nak denda banyak tu.....tahap maksimum ke tu namanya....

Nasib yg samapun menimpa koi.....RM400 terbang hari tu.............


Sekian....

Monday, November 21, 2011

Malaysia juara...

Salam...


Tahniah Harimau Muda, perlawanan yg menghiburkan ..............kita menang emas ibu segala sukan....

Sunday, November 13, 2011

Dah jadi hobilah pulok...

Salam....

Semenjak beli TV baru 42 inci dgn HDD Media Palyer baru ni, koi mula terjebak dgn aktiviti mendonwload filem dari internet.

Setakat nih, rasenyer banyok dah filem yang koi save....dalam sari te, dapat le se filem.

Gitu le lebih kurang...kalo hari tu tak sibuk.

Setakat nih, filem2 melayu je yg banyoknyer sebb anak2 koi suka layan filem tu. Kekadang tu sampei 3,4 kali tonton bende yg same...

Kalo sesape berminat nak link kat filem tu di ade hplink kt bawah...

Sempoi gitu

Ohsyok

Direct Donwload Movie

Walopun nak ke tengok cerite tu, paling kurang pun 3-5 jam baru siap download bergantung kpd acces internet.

Makakan koi guna streamyx murah, terpakse le bior komputer terpasang berjam2 lamanyer bagi sudoh kerja2 download cerite tu..

Keknyer, dari koi beli VCD atau DVD baik koi pilih je cerite mane yg berkenan. Ande ratusnyer cerite, pilih je mana nok...

Sekian....

Sunday, September 18, 2011

Ubi kayu gergasi...

Salam....

Kerap dah nengok ke ubi kayu nih, keknyer jarang amat bertemu yang dah tak berapa gaya ubi, dah gaye banir kayu nyudohnyer.

Hari ni, toh macamne, kejiranan kuarters blok koi duduk nih beriye nak gali ubi yang dah ditanam dek salah sorang penghuni di lereng bukit ngadap kuaters nih.

Dan Tetiba tergali le ubi gergasi yang kalo ditimbang mboh lebih sepuloh kilo gamoknyer.

Keknyer gamoknyer bile dah lama dalam tanah tu, ubi yg besor tu dah tak molek dah isinyer. Dah buruk.....

Ni tuan yg tanam ubi ter....

Sedang2 gini pun dah tak berape sedap dah makannyer, dah ganyut rasenyer. Tapi pade buang je, boleh jugak dibuat tapai ke, dibuat lepat ke, pengat ke.....ikut rajin le ape nak buat. Paling tidokpun goreng je .........petang2 dimakan bersama kopi o...ce gone?

Betoi le pepatah ngatakan, diam2 besi berkarat....diam2 ubi berisi.....

Tapi kalo lama sgt diamnyer, buruk jugak jadinyer.....

Sekian....

Thursday, September 15, 2011

Mengapa ekor kucing bengkok di sebelah hujung sekali...

Salam...

Hari ini berakhirnyer UPSR. Maka secara tak langsungnyer tugas koi sbg s/u kecemerlangan UPSRpun dah nak sampei ke penghujungnyer.

Yg ade debaran menanti gone gamoknyer keputusan tahun nih. Ramalan kome gaye2nyer mboh pecah rekod. Koi punyer target kuantiti 70% dan Kualiti 10 org 5A.

Ramalan tu bukannyer ramalan bodo je, koi analisis berdasarkan headcount drpd 7 kali ujian dijalankan.

Setakat paling tinggi, penah capai 70% lulus dan 4 org dah penah capai 5A. Yg lain tu, sangkut sikit2 je....

Bukan pasei UPSR koi nak cerite tapi satu kisah mengape setiap ekor kucing di bahagian hujungnyer pasti bengkok. Takde rasenyer kucing yg mempunyai ekor 100% lurus . Kalo tak caye ce tengok ....pasti ade bahagian bengkok di hujungnyer.

Menurut pakar kucing yg tak berape pakar, iaitu salah sorang rodong koi ...........kisahnyer bermula.............

Pada zaman dulu, kucing dan beruang duduk berjiran. Si beruang pulok rajin mencari madu dan diletakkan di dalam sebatang pokok besar.

Yang si kucing nih pulok agak pemalas, cuma tahu meminta je daripada si beruang tu.

Sebab senalo mintak madu yang dikumpul dek beruang, si beruang mula merase muak dan hamun. Manakan tidak, dier susoh payoh cari, si kucing pulak asyik mintak je..

Disebabkan beruang dah tak bagi , si kucing mula mencari ikhtiar utk dapatkan madu tu dengan apa cara sekalipun.

Setelah berhari2 mengintip tempat simpan madu, kucingpun mula ambil langkah dengan menebuk lubang kat batang pokok tu supaye dapat korek madu tu.

Disebabkan hanye boleh telus ekor je, kucingpun menggunakan kemahirannyer mencolek madu dengan hujung ekor dan dapat sikit, dijilat pulak.

Lama juge le kegiatan kucing tu sehinggakan simpanan madu beruang semakin lama semakin susut. Mula le si beruang merase pelik dan mencari puncenyer.

Setelah diintai, baru le tahu yang kucing curi madu simpanannyer.

Satu hari tu, ditunggu je kucing menjulurkan ekor nak colek madu, pastu beruang nih nampak, ditariknyer ekor tu dan disimpul jadi simpul mati.

Apa nak kabor le si kucing, meraung sakan le sebab hujung ekor dah kena simpul. Lari lintang pukang, terlompat sane sini sebab sakit.

Dan akhirnyer setelah berhempas pulas, dapat le kucing ni buka simpul mati tu tapi sampei sekarang ekornyer tetap bengkok.

Gitulah cerite yang koi dengor...............

Tuesday, August 30, 2011

Kisah di perkuburan petang raya...

Salam.....

Pukul 6 petang tadi sewaktu kome anak beranak dan keluarga berkesempatan menziarahi kubur Allahyarham ayahanda yang bersemadi dengan aman di alam barzakh, terjadi satu peristiwa yang menyentuh hati.

Kisahnye seorang pemuda menangisi tanah perkuburan yang masih merah dan kedengaran suara agak merintih2.

Kisah bagaimana pemuda tersebut merintih2 kesedihan seakan2 kisah dalam drama2 melayu yang pernah koi tonton di TV.

Kome biarkan pemuda tersebut di tanah perkuburan yang kome sendiri tidak pasti sama ada ayahnya atau atoknye. Tapi memang yang meninggal tu adalah lelaki dan berita kematiannya tak silap koi baru koi dengar dalam 2,3 hari lepas.

Semasa kome sekeluarga bertahlih di perkuburan Allahyarham ayahanda, si pemuda itu tadi masih lagi berada di sisi kubur dan selang berapa minit kemudian, sebuah kereta dan keluar beberapa orang datang menghampiri tanah perkuburan tersebut.

Yang datang terus memujuk si pemuda tadi untuk mententeramkan jiwanya yang koi rase mungkin bergolak dengan konflik2 jiwa yang koi tak pasti apa penyebabnya.

Tapi tengok kepada keadaannya memang agak besar konfliknya.

Walaupun sesiapa yang telah pergi dan tak kembali lagi ke dunia ini semoga roh2 mereka aman di alam tersebut.

Dan bagi si pemuda itu tadi, diharapkan agar tabah menghadapi dugaan yang menimpa. Yang pastinya orang yang disayangi tak akan kembali lagi ke dunia ini.

Sebaik2nya sedekahkanlah Al Fatihah dan doa buat mereka....kerana antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak yang soleh dan solehah.

Sekian...


Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri...

Salam dan selamat berpuasa....

Daripada saya Hj. Saharul Nizam Bin Abd Mubin yang hampir satu bulan setengah menyepikan diri dari arena blog ini, memohon ampun dan maaf seandainya ada posting2 dalam blog ini secara langsung mahupun tidak ada menyebabkan sesiapa berasa hati, terluka, marah atau sebagainya.

Bukan niat untuk menyinggung mana2 pihak tetapi semuanya ke arah penceritaan semata2 untuk hiburan sahaja.

Dan buat teman2 blogger yang sekian lama bersama menyumbangkan idea dan ulasan bagi posting2 yang dikeluarkan, tetap diingati .

Begitu juga dengan pengunjung2 blog " KADANG-KADANG TERINGIN JUA " ini yang senantiasa ada online walaupun posting2 baru tidak lagi dikeluarkan tetap menjadi satu perhatian.

Akhirnya........................Salam Aidilfitri dan semoga hari raya kali ini menjadi lebih bermakna.

Jemput datang ke rumah seandainya ada yang mengenali lebih rapat.

Sekian terima kasih.

Friday, June 24, 2011

Mimpi rupanya..

Salam.....

Tak ingat balik dari mana, singgah kat satu tempat, parking jeep kat satu tempat.

Tetiba masa nak balik, tengok takde dah jeep tu. Bertanye kepade sorang rodong yang sama-sama naik jeep ke mana peginya jeep koi tu.

Dijawabnyer, la tadi ade sorang asli bawak pegi lalu depan dier.

Ngape tak dihalangnye..................

Saje malas....jawab si rodong tu.

Sorang lagi rodong pulak kata dier kenal asli tu, tinggal kat kampung di daerah Maran. Pegi je kampung dier, ade le jeep tu kat situ.

Dah biase orang asli tu curi kerete orang bawak balik umah....

Punyer le cemas koi mase tu......rase nak nangis.

Koi cakak, nak wat laporan polis.

Rodong tu pulok cakak, hari dah petang, balai polis tutup.

Dan tetiba..................koi dengor satu suara berkate..

Ce aok bangun tidur, gerenti selesai masalah........

Sedor je...............

Laaa............mimpi rupanye............lega....

Nasib baik le mimpi je..............

Sekian...

Thursday, June 9, 2011

Penjaja yang habat...

Salam....

Mase nak balik dari mem"parok"kan duit kat padang besar dulu, kome duduk dalam bas nunggu ahli rombongan yang tak tiba lagi.

Mase tu le naik beberape penjaja kalo tak silap koi org siam menjaja makanan sampei dalam bas. Mase tu dikeceknye kite supaye membeli barang dier sampei kome betoi2 hamun menengok nyer.

Punyer le suruh kite beli, merayu2 sampei kita rase nak marah dibuatnyer.

Dah le dalam bas tu sempit, dengan org nak masuk lagi, dengan dier tercegat kat kite lagi, punyer le serabut beruk jadinyer.

Nok je koi bagi penampor sedas due, keknyer tak sanggup pulak sebab yang niage tu org pompuan. Nanti tak pasei2 kome duduk dalam lokap jadinyer.

Tak reti2 bahase langsung, orang dah kate tok sei, tok sei loh. Ni keceknyer kite lagi....bapok le geramnyer.

Bukannyer sorang yang naik, penah satu2 mase tu sampei 5,6 orang sekali gus...kecek lagi suruh kite beli.

Rase koi punyer le merayu kat kite tu, dengan muke kesian, langsung tak tahu malu. Dah berape kali kite kata tak nak, dok ehh...kecek lagi suruh kite beli....

Last2 koi pejam mate buat2 tidor.....baru le tak kecek kite lagi...

Memang pelik lagi aneh tektik niage deme nih....sanggup hilangkan rase malu semata2 nak suruh kite beli...

Tak penah lagi koi kene gitu, biase2nyer kat kawasan luar je dan bukannyer dalam bas....

Ni kene halau keluor bas baru mboh keluo.....

Popalih...............

Saturday, June 4, 2011

Kisah Benar, Berfikir Dengan Bijak Sebelum Bertindak

Salam.....

Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.

Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.

Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.

Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun”.

KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.


Friday, June 3, 2011

The wedding of the year- Purun 2011

Salam...

Kalo orang luar Purun datang pasar malam sini dan lalu tepi padang awam Purun pasti akan tertanya2, ade program ape kat sini.

Sebabnyer, sekali pandang macam kenduri, dua kali pandang macam ade pesta dan tiga kali pandang, macam ade konsert.

Rupa2nyer, sorang peneroka sini yang merupakan tokey lembu dan tokey kedai runcit telah mengadakan kenduri kawin anak sulungnyer secara besar-besaran selama 3 hari 2 malam dengan 16 ekor lembu ditumbangkan dijadikan lauk sepanjang majlis tersebut berlangsung.

Se lagi, untuk menambahkan keluarbiasaan dan kehangatan kenduri nih lagi, persembahan wayang kulit turut diadekan selama 2 malam berturut2.

Dan petang tadi, koi berkesempatan singgah merasa sup lembu panas dan menengok persiapan yang sedang rancak dijalankan untuk persembahan malam nih.

Jadinyer, untuk rekod bagi perkahwinan 2011 di Purun nih, secara peribadinyer, koi letakkan Saudara Mat Zin dan keluargenyer memenangi anugerah " The wedding of the year- Purun 2011".....

Tahniah utuk tuan rumah, dan boleh le kome anak beranak menonton persembahan yang disediakan malam ini secara percuma serta dapat menambahkan lagi pengetahuan anak2 tentang apa itu wayang kulit....




Tapi untuk menghadiri kenduri sebenar pada Ahad nih, kome tak dapat sebab mase tu Insyaalah....kome dah berada di Langkawi.....

Wassalam....

Tuesday, May 31, 2011

Ngape hanya yang positif je disiarkan...

Salam...

Nengok Buletin utama, isu kenaikan tarif elektrik........

Temu bual dgn beberape orang....

takde yg negatifnyer, semua positif...

Ayatnyer..

bagus le kerajaan........................

sepatutnyer begitu le kerajaan buat.................untuk rakyat .........

langkah yang bagus tu.............bagi rakyat .........

Macam2 le............

Takde disiarkan hok betoinyer.semua hipokrit.....


Oppp.........kalo yg negatif ..........usah harap le nak kuar tv kan............hehehe


Satu2 dinaikkan.........

Esok lusa, apa le pulak nak dinaikkan...........

Gaji.........?????

Allahualam..........




Wednesday, May 18, 2011

Nanti dah siap, payoh dah nak masuk ninjau2...

Salam....

Petang Sabtu, bebudak buat aktiviti, rodong2 lain keluar jalan2 cari makan, 2 orang lagi cikgu tidur dalam bilik. Koi dan GPK 1 tak reti nak buat benda...

Terpandang motor jaga dan sekaligus terlintas nak pinjam pegi ngeteh.

Selesai ngeteh, masa balik tersalah simpang masuk dan terus nampak kawasan pembinaan yang cukup unik.

Disebabkan rasa teruja dan ingin tahu, kome menanyakan jaga di situ, untuk apa bangunan seperti istana dibina.

Tanggapan kome betoi rupenyer. Sebuah istana dibina di lereng bukit dengan keluasan yang menganggumkan.

Dengan keizinan jaga di situ, kome meronda kawsan istana tersebut dan amat teruja sekali melihatkan rupa bentuk yang begitu cantik dan unik.

Di hadapan balairong raja yang kayu jati tergantung di setiap tiang utama.

Pintu masuk ke dalam istana.

Istana tempat menginap yang dalam pembinaan di lereng bukit.

Pemandangan dari atas bukit mengadap ke kawasan sekitar lanskap sebelah bawah.



Tasik buatan dan terowong bawah tanah juga dibina di situ.

Menurut maklumat yang koi cari dalam internet, rekabentuk istana tersebut bercirikan senibina Islam dan arkiteknye dari Thailand.

Gamoknyer kalau dah siap sepenuhnyer, rase koi lagi le cantiknyer memandangkan apa yang disajikan itupun dah membuatkan kome tak habis2 memuji betapa hebatnyer tempat tinggal sultan di sini.

Dan kira2nye kome bertuah jugak le sebab tersalah masuk simpang dan terus berjumpa dengan istana tersebut.

Nanti kalo dah siappun, tak merase dah nak masuk situ.....lagipun orang Terengganupun ramei lagi yang tak tahu kewujudan istana baru ter, apatah lagi meninjau dari dekat seperti yang kome lakukan petang tu.....

Sekian....

Wednesday, April 13, 2011

Itu le sebab berebut2 nak jadi pemimpin nih...

Salam....

Kalo betoi spt apa fakta yang kat bawah nih, patut2lah aki tu bagi can kat org pulak lain ngumpul herta.

Org lainpun nak jugak walopun ade antara kita yang makan nasi lauk kicap je...

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.

Rumah sederhana aki taib mahmud di Kanada

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi binAbdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).

14. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).

15. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Rumah rakyat Sarawak yang mewah.

16. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

17. 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

18. 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

19. 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

20. 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

21. 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

22. 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

23. 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

24. 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.

25. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

26. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

28. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).


Kereta kancil taib mahmud

29. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

30. 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

31. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

32. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

33. 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

34. 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

35. 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

36. 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).

37. 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

38. 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

39. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

40. 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

41. 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

42. 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

43. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

44. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

45. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

46. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

47. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

48. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

49. 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

50. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

51. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.

Jumlah keluasan tanah yang dikumpul oleh Taib, keluarga dan kroninya berdasarkan senarai di atas ialah 352,563 hektar atau 871,202 ekar. Keluasan ini menyamai lebih daripada 2 kali ganda keluasan negeri Melaka atau lebih daripada 3 kali ganda keluasan negeri Pulau Pinang atau lebih daripada 10 kali ganda keluasan Wilayah Persekutuan

sumber--- farizmusa.blogspot

kita nak dapat tanah sekangkang beruk pun puas lalu ngejasnyer....