Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 15, 2011

Sabungan Medan dalam kenangan..

Salam....

Program di Danau Toba hanya lepak2 kat resort situ dan pergi nak speed boat ke Pulau Samosir lebih kurang 20 minit.

Sampai aje kat situ, naik je kat jeti dah kena pau dek orang sana, katanya nak masuk kena bayar 10000 sorang.

Nak tak nak, tempat orang, kena hulur jugak le. Pas tu tetiba je muncul pemandu pelancong iring kome melawat sekitar situ.

Tak mintak pun khidmat pemandu pelancong tapi dah dier beriye nak bawak kitaorang jalan2, nak buat macam mana. Ikut jelah.


Rumah tradsional kaum batak . Ada show patung menari lagenda kaum batak kat situ.


Ingatkan pakai magik, rupanya ade tukang gerakkan...



Selepas tu, dibawa ke perkuburan Raja2 Batak dari generasi pertama hingga seterusnya. Ada pulak cerita kat situ.

Patutlah di situ mojariti kristian, sebab raja diaorang yang ketiga dulu memeluk agama tu.


Lawatan terakhir, ke musium batak. Tempat menyimpan khazanah macam2 jenis. Dari ukiran kayu hinggakan seenjata, peralatan dan sebagainya.

Berpeluanglah bergambar kononnya jadi raja batak. Sebagai kenang-kenangan.

Dan cukup masanya, kome berlapanpun bergerak pulang ke Malaysia setelah melaui macam2 perkara menarik dan yg tak menariknya.

Cuma yg kome masih terkejut dengan budaya 'Suap' di situ. Tipa kali melalui pintu yg ada pegawai tak kiralah kastam ke, imegrasin ke, memang kena hulur. kalo tak, ade je masalahnya.

Dah memang budaya di situ....ikut jelah.....

Insyaalah, setelah Medan nih, bolehlah kumpul duit lagi, pergi Batam pulak.....

Sekian.....

Wednesday, December 14, 2011

Medan dalam kenangan...


Lama dah pakatnyer nak pegi bercuti kat sane, keknyer payoh amat ngejas mase dan waktu.

Disababkan dah pasang niat nak ke sane, akhirnyer jadi jugak kome berlapan pergi walopon sorang menarik diri kerana masalah kesihatan.

Dengan tiket tambang murah yang ditempah bulan julai lalu, berangkatlah kome ke Medan dan melancong ke Tasik Danau Toba selama 4 hari 3 malam.

Kali ketiga koi menjejaki negara orang, kali pertama dulu pergi handyai, kedua menunaikan haji dan ketiga merasa pulak pergi Indonesia sebuah negara yang berbeza dengan negara kita.


Lapangan terbang di Medan, ternyata berbeza....

Menginap di Hotel Danau Toba di Medan, 2 malam dengan hotelnya bertaraf 4 bintang. Tapi kalo di Malaysia mungkin 3 bintang kot...

Bergambar bersama pemandu pelancong yang telah memberi khidmat terbaik sepanjang kome berada di situ. Memang bagus amat orangnye..


Pagi kedua bersiap nak berangkat ke Danau Toba yang terletak lebih kurang 180 km dari bandar Medan. Menaiki 2 buah kereta. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan jalan raya yang penuh kenderaan dan jugak laluannya kecil.

Sepanjang perjalanan rasa koi mboh ratus kali gamoknyer hon kereta dibunyikan. Dan memang keadaan jalan raya di sana penuh meriah dengan bunyi hon kenderaan serta kaedah pemanduan yang jauh berbeza di sini.



Penggangkutan untuk golongan miskin dan sederhana yang dipanggil "becak" memang banyak terdapat di sini . Juga van penggangkut yang diubah suai menjadi teksi.



Antara restoran eksklusif yang menjadi tempat persinggah kome. Menyajikan makanan yang takde dijual di sini. Juga kaedah hidangan yang begitu menerujakan bagi kome yang buat pertama kali ke sana.


Apabila sampai je, pelayan akan mengidangkan bekas air basuh tangan setiap orang beserta air kosong. Kemudiaan disajikan pula pelbagai jenis lauk pauk di dalam piring atau mangkuk yang kalo dikira hampir 20 jenis atau mungkin lebih.

Kaedahnya, mana lauk yang kita usik atau makan, itulah yang akan dicas bayaran. Manakala lauk yang tak diusik tidak akan dikira.


Yang menarik perhatian kome burung wak-wak goreng dan bebek goreng sejenis itik yang dagingnya lembut sekali.


Yang ni dipanggil nasi capcai....sayur yang dimasak bersama telur hancur....kurang kena dengan selera koi....



Menikmati panorama di tasik Danau Toba iaitu antara tempat yang tersenarai di dunia antara kejadian alam yang cantik di dunia. Terbentuk daripada kawah gunung berapi sekitar 15000 tahun yang lalu. mempunyai kepanjangan seluas 98 km dan kedalalaman mencecah 400m.


Sampai di Pulau samosir yang penug dengan cerita rakyat Kaum Batak. Juga tempat membeli belah yang menyebabkan kome termenung atas bot apabila pulang dari situ setelah kena tuba dek peniaga di Danau Toba...

Apakan tidaknya, sorang2 berbelanja sampai lupa diri, hingga terpaksa menukar duit simpanan lain untuk meneruskan aktiviti yang berbaki 2 hari lagi...

Sambung....




Sunday, December 4, 2011

Tak surut lagi.

Salam....

Hari nih dah masuk minggu kedua, air limpahan sungai palas bertakung kat projek kedua koi tu. Nasib baiklah bahagian bawah je yang ampuh.

Harap2 cuaca semakin panas biar cepat air di situ surut.

Kalau tak, lama terendam mengakibatkan tumbesaran anak pokok tu terencat. Itu nasib baik tak tenggelam habis. Kalau tak, boleh mati anak sawit tu kalau terendam sampai 3 minggu.

Tengok ke air paya tu, hitam legam warnanya. Baunya pula masam semacam je. Banyak sangat campuran2 yang terhasil daripada getah2 pokok yang baru ditebang oleh pengusaha balak di belakang projek tu.


Anak sawit tu baru nak kembali segar setelah hampir setahun dibiarkan menderita di bawah rimbunan semak samun. Nasib baiklah tokey balak tu nak guna jalan kat situ dan sebagai balasannya koi minta tolong terangkan kebun tu menggunakan mesin jentolak. Inipun semak samun tu dah mula membiak kembali, keknya taklah separoh dulu.

Harap2 biarlah air hanya setakat itu je. Jangan sampai terjadi seperti tahun 2007 dulu yang mana hampir 95% kawasan projek di situ ditengelami air banjir yang menyebabkan kerugian ribuan ringgit.

Harap2 janganlah.....

Saturday, December 3, 2011

Orang dah jenuh ikan, kome baru nak pegi...

Salam....

Payoh amat nak cari mase utk menjalankan aktiviti menjaring.

Tatkala orang lain dah toh berape kilo punggoh ikan, kome hanye melihat dan mendengor je.

Bapok le teringinnyer nak pegi. Keknyer tak pegi2 jugak.

Kebetulan pagi semalam, tengoh berborak2, ade sorang ahli kelab menyampaikan berite yg ade sorang kaki jaring tu dah 3,4 hari punggah ikan sampei beratus dapat duit hasil jualan.

Dengor kabonyer baung baye2 betis dewasa, tenggalan sekilo lebih dier bawak balik. Gecor jugak koi mendengonyer lantas terus ngajok pegi selepas Solat Jumaat.

Janjipun dibuat, koipun gerak mencari ahli tetap, telepon sane telepon sini, ade le 7 orang yg nak pegi. Nampok ke janjinyer bersungguhlah nak peginyer.

Selepas Solat Jumaat, berkumpul tempat biase menunggu ahli, dan akhirnyer kome berempat jugak yang jadinyer.

3 orang lagi tu, hempuras betoi. Janji toh ape2. Janji tinggal janji. Baik tak payah berjanji. Buat menyakit hati je.

Kome tak kiralah. 4 orangpun jadi, lagi senang gerak. Muat satu jeep.

Tanggapan kome air paya di Peringkat 4, lokasi biase kome ke situ memang air melaut. Kalo pokok putat yang berada di tengah paya tu hanya nampok pucuk je. Air bapok le dalamnyer.

Masepun dah hampir petang, tanpa membuang mase, yang mana menahan jaring terus ambil jaring dan bergerak naik fiber.

Manakala kawasan tohor, boleh jugak le dalam 8 utas pasang berhampiran tebing.



Musim air besar, sebijik macam tasik luasnyer kawasan paye tu. keknyer kalo air surut, boleh mengaruk je dalamnyer.

Seperti biasa, kelengkapan memasak kome sediakan. Setakat nak bermalam 3,4 haripun takde masalah.

Ikan yang kena jaring sebelah petang, jadi hidangan makan malam. Disebabkan kome tak ramei, 4 ekor anak tenggalanpun dah memadai.

Sardin tu kena standby jugak. Takut takde rezeki lauk lain. Sekurang2nya ade jugak penyedap utk makan nasi.

Kalo ke sini, ulam pucuk putat memang banyak tumbuh meliar. Buat penambah selera. Cicah dengan budu...

Bukan kome je nak ke ikan2 kat situ. Ulor airpun teringin jugak. Keknyer dengan dier2 jadi mangsa..


Kira2nya tak padan lalu dengan jumlah jaring yang kome pasang tu. Nak dapat penuh setong putihpun seksa. Memang kurang ikan kat situ. Mungkin ikan tu dah pegi tempat lain atau memang dah takde ikan sebenarnyer.


Pengubat duka. Baung yang hampir sekilo. Jadi le daripada tak merase langsung.

Keknyer, anak tenggalan, memang banyok. Ingatkan nak perangkap bapok dier. Rupanyer anak2 je. Toh mane peginyer bapok dierpun kome tak tahu. Biase2 kalo ade bapok dier, paling tidokpun sekilo ke atas le .

Kome sebenornyer redha dengan rezeki Allah SWT bagi. Yg pentingnyer kome telah berusaha. Dapat tak dapat, lain cerite.

Rezeki yang kome dapat hari nihpun dah dikira bagus. Kalo nak beli ikan tenggalan nih. main puluh ringgit sekilo. Sebab ikan nih memang sedap.

Dan Insyaalah, kalo ade mase dan lokasi sesuai, sempena cuti sekolah nih, bolehlah kome meneruskan lagi aktiviti berkhemah sambil mencari rezeki. Insyaalah....

Sekian....