Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, November 17, 2009

Majlis Konvokesyen OUM kali ke 7..


Alhamdulillah...Pada petang tadi, tercapai sudah impian koi memiliki segulung ijazah setelah hampir 5 tahun nunggu.

Dan hari ini sekali lagi peristiwa penting tercatat dalam diari hidup koi dengan berlangsungnya majlis konvokesyen te tadi di PWTC.

Kome anak beranak datang ke KL ni pagi2 semalam dah. Sebabnya koi kena ambik jubah dulu di OUM pusat.

Petang tadi berlangsungnya konvo dan pagi2 esok kena pegi ambik pulak skrol dan transkip yang asal.

Kot mana pun, hanya gambar2 cikai aje yg dapat koi muatkan dalam post ni. Gambar rasmi masa terima sijil tu dari Pro Canselor belum lagi koi terima. Gamoknya esok siap kot.

Walaubagaimana pun , walaupun usia koi dah melebihi suku abad ni, tapi koi tetap berasa bangga dengan Ijazah Kepujian Teknologi Maklumat yg baru koi terima secara rasminya hari ni...

Dan harapan koi dengan adenya ijazah ni, mudah2an rezeki koi akan bertambahlah pulak....

Masa ambik jubah...sempat jugak bergambo...






Dah turun KL ni, apa lagi. ambik kesempatanlah pulak jalan2 bawak anak naik komuter...

Sekian wassalam...


22 comments:

Anonymous said...

tahniah bro...sy student OUM jugak..sem ni (sept 09) last..insyaAllah

Cikgu Jang .. said...

Ok...

Tahun depan merasalah pulak apa yg kome rase hari ni ye...

YASSIN said...

Tahniah juga drp kawan utk semua itu, diatas segala jerit perih dan pengorbanannya selama ini utk segulung ijazah, moga-moga impian juga bakal jadi kenyataan. Kerana kehidupan ini amat indah jika kita impikan dan lebih indah jika impian itu telah menjadi kenyataan selamat berjaya! by. AAP.

Cikgu Jang .. said...

terima kasih yassin....betul sgt kate dek awok te..

Redz da Tsar said...

Tahniah.. hehe.. Pengalaman + ijazah akan menjadi sesuatu yang manis... Aku belum punya rezeki untuk memegang ijazah... hhehe

abu muaz said...

Tahniah cikgu, tahniah. Sudah berbaloi pengorbanan selama ini . Jangan lupa jasa orang disebelah yg banyak berkorban tuuu...jang ooiii.

mazru said...

tahniah cikgu..mudahan selepas ni aok akan lebih gemilang dan lagi terbilang

endiem said...

Tahniah.. cik gu.

Saliza said...

Salam.
tahniah la Cikgu jang.
Kawan dulu sikit la pd aok.
Kawan sidang 4 ari ahad te.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, TAHNIAH cikgu Jang, kerana telah mendapat segulung Ijazah, kepujian lagi, lepas ni semakin meriahlah kehidupan cikgu. InsyaAllah...AMIN

Webmaster@Echam said...

Tahniah rodong....

relevan said...

Tahniah cikgu..naik gaji :)

zamtavac said...

tahniah hj jang ...
kawe pulok kena tunggu 2011 baru abih..insyaallah

INTAN RH said...

tahniah sbb dh dpt degree, tahniah sbb x lama lg naik gaji hehe..

ps: ngape masam ngat time bergmbo tuh..uhuhu

AzMas said...

tahniah cikgu..

Pengembara silam, said...

Tahniah le haji.. Keh dulu macam awok juge.Dah tua tua baru dapat ijazah..he he.. Semangat tu semanagt..

pahlawan said...

salam ...
semoga murah lagi rezeki lepas nie
tahniah cikgu jang....

syahbandar87 said...

tahniah untuk cikgu..bagi sy jika pelajar yg umno 30thn ke bawah yg konvo,itu perkara biasa..normal..namun jika golongan 30thn keatas dapat memiliki segulung ijazah dlm usia dia tu..hmm..mmg harus dibanggakan..bkn apa..kata orng bila dh berkeluarga dan juga dh berusia ni semangat nk blajar dh x de dh cam orng2 muda..duk bukak buku blaja cam muda2 dlu kan.bkn mudah tu.hehe...jadi cikgu ni dikira golongan yg hebat jgk lah sbb dpt melepasi ujian yg agak berat ini bagi golongan yg dh bekeluarga spt cikgu ni.tahniah untuk cikgu
:)

law said...

Ucapan tahniah wat ckgu jang atas kjyaan mndpt sekalung ijazah drpd warga uMp yg pernah ke sk purun..smoga murah rezeki slps mndpt ijazah ini..

Berhrp melalui blog ckgu dpt kmi mngetahui lebey berkaitan aktviti sk purun spya hbgn antara kte dpt berterusan..

Kirimkan salam sejahtra wat guru2 & adik2 sk purun.. =)

Pengembara silam, said...

Haji.. Acu awok kabo ke zul narin tu, ambik2 la ijazah dia kat upm tu..dah berkulat.

Cikgu Jang .. said...

time kasih rodong2.....doa awok semua mudah2an jadi kenyataan...amin...

buat law, rajin2 le jenguk infomasi berkenaan sk purun ni yg kadang2 koi muatkan ...

Cikgu Jang .. said...

buat pengembara silam.....akan ku kabo kat cikgu zul te....dia skrg dah guru besor, gamoknya dah selesa amat kedudukannya, sebb tu malas kot ambik ijazah die te...

kpd syahbandar . koi setuju dgn ulasan awok te, benda dah tua2 ni, bukan prentannya nak ngaji lagi....otak dah berkarat dah. cuma semangat aje yg lebih...