Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, November 25, 2009

Payoh weh buat video ni...

Salam...

Masa Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan kat sekolah koi Khamis dulu, koi ade ambik gambar guna handycam yg baru ter. Konon2nya nak cuba berjinak-jinak dalam dunia video ni.

Selepas habis je program te, koi mintak pengacara majlis umumkan kpd hadirin yg datang menkala nak dapatkan video program tersebut, boleh buat tempahan DVD dgn harga RM 10.00.

Sehingga hari Isnin baru ni, koi dah menerima tempahan sebanyak 13 unit yg mana koi rasakan satu permulaan yg baik utk koi dan juruteknik komputer sekolah koi mencari duit untuk poket sendiri selain dimasukkan ke tabung ICT sekolah.

Yg menjadi masalahnya, saiz video tu bapoklah besornya sehingga mencecah 11 gigabait. Utk mengurangkan saiz terlampau besar tu, kome convertkan ke dalam format MPG dgn menggunakan software FormatFactory.

Dari saiz 11 gb, akhirnya kome dapat kecikkan sehingga 2.60 gb. itupun banyak part2 yg koi kira tak perlu dimasukkan telah koi cut.

Dari saiz tersebut, koi kira bolehlah koi burnkan terus ke dalam DVD tanpa edit menggunakan software lain. Sebabnya kome berdua ni langsung buta buat movie guna perisian yg khusus buat video.

Kome ingat nak terus burn saje ke DVD, sebabnya DVD akan dapat membaca apa saja format video sama ada format WMV, MPG. MKV, 3GP, RMVB, AVI, MP4 dan lain2.

Lepas semua fail dah kome convert dan joinkan semua fail, kome pun cubalah nak burn terus ke DVD-W.

Jenuh lalu kome cuba pelbagai format yg ada dengan tah berapa kali convert fail tersebut.

Buat punya buat, dengan macam2 kemahiran yg ade kome guna, tapi hasilnya bila nak cuba mainkan balik, langsung tak menjadi.

Yg kome guna ialah burn melalui Window DVD Marker , Window media player dan burnkan direct ke DVD drive kemudian write file yg ade.

Setelah 2, 3 hari bertungkus lumus......namun kome masih lagi tak berjaya jugak.

Kome naik pening dah mikirkan, ngape takmboh lalu dengan menggunakan DVD ni. Mengkala pakai CD je, takde masalah. Memang biasa kome buat.

Jadi, nok taknok....nampok gayanya minggu depan terpaksalah kome berguru dengan staff PKG Bera, mintak tolong selesaikan masalah kome ni.

Lagipun koi dah janji dengan coustomer, hari Selasa boleh ambik DVD yg dah siap te.

Tapi sebenornya, memang kome berdua nak sangat belajar buat video ni. Dengan handycam yg ade, nanti kome boleh cari duit poket tambahan .

Lagipun, masa ucapan Guru Besar semasa hari anugerah tu, gb siap promosikan kepada penjaga sesiapa memerlukan khidmat ambik gambar utk majlis kenduri kawin boleh berhubung dengan kome berdua dengan bayaran berpatutan.

Yg menjadi masalahnya.....kome perlu memahirkan diri dengan kemahiran buat video ni sebelum menjadikan satu kerjaya tambahan....

Kot2 sesiapa boleh berikan panduan macam mana cara mudah nak burn DVD ni, koi amat alu2 kan..maklumlah kome berdua spt pantun melayu ter...." buah cempedak diluar pagar"..

Wassalam..


7 comments:

Redz da Tsar said...

Hehe... cube gune perisian 'Nero'... Boleh je kot... Kalau burn gune My Computer tak boleh ke?

saharul said...

nero ....kome tak cuba lagi, baru nak cari software te.....takut2 bila nak main ke dvd, x jadi pulak sebab x setting dlm software buat movie yg betul...

kuina said...

practice make perfect!

guna media player pun ok..senang tp latest version la .. tak salah media player ver.10...leh download kat microsft donwload

Kakcik Seroja said...

Tak pe.. cikgu, benda baru mmg kena belajo kan? nak kenal ABC pun kena belajo dulu, tak gitu?? :)

Relevan said...

Kawan langsung tak reti benda dengan video audio DVD..handy cam..nangkap gambo guna kamera bateri 2 butir boleh lah..

hisham said...

salam terhah...nice blog n N3
salam aidiladha...tk cre

mazru said...

guna software NERO...

slm aidiladha dari koi sekeluarge..