Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, April 12, 2010

Salah sorang budak Bera yg hebat...

Salam..

Petikan Berita Harian Online kelmarin...

KUANTAN: Seorang pelajar pintar ditahan polis kelmarin selepas menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan gelaran ‘Tuan Muda’ sehingga berjaya memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri ini serta pegawai tinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Remaja berusia 18 tahun itu memperoleh 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, sebelum itu dipercayai menghantar sepucuk surat rasmi palsu berlambangkan istana ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang, Cherating memaklumkan mahu membuat lawatan rasmi ke kem itu. Berikutan itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil pergi ke Pahang, Isnin lalu dan ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, di sini disambut sendiri suspek sebelum mereka bertolak ke Kem Cahaya Gemilang.

Tadi semasa kat kantin sambil minum pagi, kome berborak le pasal budak yg menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang hingga memperdayakan seorang Exco Kerajaan Negeri serta pegawai di JLKN.

Menurut sorang rodong koi, budak tu masa bersekolah rendah, bapok le degilnya dan bersekolah rendah dan menengah di sekitar Felda sini.

Banyak jugalah kisah2 menarik yang pernah budak ni buat dengan cara menipu ni. Antaranya :

1. Menipu cikgu untuk mengikuti lawatan pengawas sekolah dengan menggunakan kepala surat dari Dato Ismail Sabri. Pada mulanya budak ni dilantik sebagai ketua pelajar tetapi meletakkan jawatan. Dan pada kebetulan pula pengawas sekolah ada mengadakan lawatan sambil belajar ke sesuatu tempat tetapi disebabkan budak ni dah letak jawatan, dia tidak dibenarkan pergi.

Oleh kerana gamoknya teringin hendak pergi, Dia kemudiannya memciplak surat dari YB untuk sokongan supaya dia dibenarkan pergi.

Nasib baik la, cikgu kat sekolah tu tidak mudah percaya dan sesuatu yang dibuat mestilah melalui saluran tertentu sebelum tindakan seterusnya dibuat.

2. Pernah menipu urusetia menguruskan bantuan banjir semasa banjir besar berlaku baru2 ni. Menggunakan leter head PBSM yang kononnya dia bahagian pengangkutan helikopter. Tujuan dia nanti supaya kalau ada kecemasan menggunakan penerbangan, dia akan bertugas sebagai pengiring. Tapi rasanya kantoi jugak sebab penerbangan tersebut tidak memerlukan tenaga pengiring yg ramai.

Banyak lagi kisah penipuan yang budak ni cipta untuk memperdayakan orang ramai. Ada yang berjaya dan ada yang kantoi.

Dan baru2 ni berita dia menipu menjadi anak angkat Tengku Mahkota menunjukkan bahawa pemikirannya bertambah advance . Dan yang peliknya, Pihak yg terlibat mudah sangat terpedaya dengan muslihat budak mentah dari Bera ni...hinggakan dilayan sebagai seorang VVIP.

Tak sangka juga ye.....seorang remaja dari Bera telah menjadi tajuk utama akhbar2 dengan berita sensasi yg tidak pernah orang lain buat dan fikirkan....

Cadangan koi................elok budak ni dilatih menjadi egen khas kerajaan dalam bidang penyamaran seperti FBI atau CIA ....sebab ada potensi dalam bidang penyamaran dan penipuan ni.

Itu menunjukkan yg budak2 zaman sari ni mempunyai kecerdikan luar biasa yang menyebabkan semua orang terkejut serta berani melakukan jenayah kolar putih tanpa memikirkan kesannya...

Dan harapan koi, janganlah lagi ada budak2 Bera yang melakukan perkara yang pelik lagi jelek ni semata2 untuk menikmati keistemewaan yang hanya sekadar angan2...

Sekian....


12 comments:

endiem said...

bagus cadangan aok cik gu..dia dah ada skill, teruskan je lah.

Aida Ali said...

Hebat budak ni tahap gaban... Silap-silap boleh jadi idola

zulkbo said...

salam..
koi budak gini koi respek juga ke dia
sema orang di pekenanya sebab dia cerdik
cuma harap besok bila beso tahulah dia kontrol
kecerdikannya..sekarang ni tak leh marah kedia
sebab budak..sema nak di cubanya..yang nyata budak ni jenis berani dan ada pandai sket..hu hu

Aku Anak Pahang said...

Hebat budak ini hebat dalam kerja pedeaohnya.. Agoknya buat kerje pedeoh nei best dpt macam2 tu pasal dia kenan sgt cumanya dia tak mikir kesannya atau implikasinya selepas itu..calang2 budak kurang bijak x mampu buat kerje ginei.

Nizam Awang Brahim said...

Pulok ter tak ande sape syak.Hebat benor weh

mazru said...

cekap budok gini..

Pacifist said...

masaloh yg timbul jika kepandaian digunakan dgn jln yg saloh.moge die x terpengaruh dgn pihak yg nok ambil kesempatan atas kecerdikan/kebodohan seseorang.kes terakhir die tahu,bile gune name istana,org doh kelam kabut.nok tanye kang,takut menyinggung istana.
-kwn setuju,elok beno die keje dgn cawangan khas.sbb die berjaye menghilangkan syak wasangke org pd die

CekWa said...

macam2 hal bebudak sekarang...

Relevan said...

Kisah paling lawak dalam abad ini.. Cuba kita ingati kembali bila Singapura dilanggar todak dan juga si luncai terjun dengan labu labunya..

al-mankaraqi said...

Salam cekgu,

koi memang tok setuju kalar tebi'at bebudok gini diagong2kan.

dalam pada ter, ander hikmohnyer, goner budok kenit gini dapat menembus kat tempat2 yang dikawal oleh orang yang mengaku cekap ngat memerintoh?

kelompen said...

budak gini ada sebab ngape dia berkelakuan gitu. cara dia dan kecekapan dia koi kagumi walaupun sesekali kantoi.

abu muaz said...

kalaulah arwah P.Ramlee masih ada!!!!