Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, November 19, 2009

Hari anugerah kecemerlangan Pendidikan dan graduasi Pra Sekolah

Salam...

Setelah 3 hari bercuti, hari ni kat sekolah koi diadakan pulak Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi Pra Sekolah atau kalau bahasa kampungnya, hari penyampaian hadiah.

Tugas koi awal2 lagi dah selesai iaitu bahagian publisiti, tukang buat banner. Waktu majlis te berlangsung, koi kena tolong jugak bahagian siaraya dan sepenuhnya koi ditugaskan mengambil video aje. Antara tugas yg kira2 mudahlah jugak..

Oh ya....hari ini jugak diumumkan keputusan UPSR bagi tahun 2009 ni. Sekolah koi setanding dengan kelompok sekolah2 berhampiran sini.

Calon yg mendapat 5A hanya 3 orang aje, manakala peratus keseluruhan 65.8%. berbanding dengan tahun lepas murid sekolah ni seramai 6 orang mendapat 5A.

Yang agak mengecewakan sikit, jumlah calon yg mendapat 4A1B seramai 11 orang, manakala 4A1C seramai 3 orang dan 3A2B pulak seramai 3 orang.

Kebanyakan calon bersilang mata pelajaran sains dan BI. Calon BI mendapat A seramai 6 orang . Tapi 3 orang te pulak dapat B sains..

Gitulah gayanya tiap2 tahun. Tahun lepas kome hebat, tapi tahun ni kurang pulak hebatnya pulak. Entoh2 tahun depan pulak luck bebudak ni terserlahlah pulak macam tahun2 lepas yg senarionya turun naik....

Tapi, rata2 banyak sekolah kat sini pencapaian macam kat Purun jugaklah, tak banyak sangat perbezaannya...

walaubagaimanapun, kome tetap bersyukur dengan pencapai 3 orang 5A tersebut iaitu :
1. Nurain Ikram anak GPK Hem SM Purun
2. Nur Atirah Zamri anak generasi kedua yg bekerja sebagai buruh
3. Wan Amera wan Amri anak generasi yg juga bekerja sebagai buruh..

Namun begitu, kemeriahan hari ni tetap menjadi kenangan buat semua warga Purun ....nak2 pulak setiap kelas perlu membuat sekurang2nya satu persembahan kepada ibubapa masing2....






























Sekian....

9 comments:

Redz da Tsar said...

Prospek Masa Depan

mazru said...

pelapis generasi bera..tahniah

tinta kasturi said...

seronok tengok anak-anak
seronok tengok org yg berpeluang mendidik anak2 ni
seronok berkawan dgn pendidik2 anak

tugas yang sangat besar sebenarnya
tugas yang mulia
tugas yang tak semua org terdaya melaksanakan

syabas cikgu2 semua
terutama buat cikgu Jang
seorang sahabat maya.

YASSIN said...

Berucap sudah beri hadiah dah sudah maka tutuplah kira-kira hok tahun nie.Jaga diri berlake jumpa tahun depan pulok.

INTAN RH said...

Amboi...meriahnya persiapan..terharu koi bila banding dgn persiapan kat skoloh anok koi...huhu

endiem said...

tahniah jugalah.. Cik gu. Aok dah beseha kuat, tapi Tuhan juga yang menentukannya

pahlawan said...

ermmmmm hak pelajornya yg cemerlang koi tak kenal, tapi kalau cikgu ikram gpk HEM purun te kenal sangat koi. cikgu koi jugak te tahun 06/07. walao macam mana pun tahnioh la ke oak cikgu jang yang buat persiapan yang menarik dan boleh dikatakan berjaya 100% te.

Cikgu Jang .. said...

buat rodong2....time kasih atad sokongan anda..
sokolah koi ni ginilah sokmo, meraikan sangat tetamu yg datang.....

relevan said...

Tahniah pada yang berjaya..jumpa lagi UPSr tahun depan..