Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, November 14, 2009

Cerite pasal daun ketum


Salam...

Buletin utama tadi menyiarkan tentang pokok ketum setingggi bangunan 4 tingkat telah ditebang oleh pihak berkuasa. Alasan yg diberi , pokok tersebut menjadi tempat penagih melepaskan gian dan mengambil minuman air rebusan ketum menggantikan bekalan dadah yg semakin mahal.


Rase koi la, tindakan pihak berkuasa berkenaan boleh dikatakan kurang bijak. Alasan koi, dengan mengambil air ketum, secara tidak langsung tumpuan kepada bekalan dadah semakin berkurangan. Dengan kata lain air ketum digunakan untuk merawat ketagihan.


Lagipun , pokok ketum ni merupakan tumbuhan yg habitatnya berasal dari sini, memang banyak di kawasan sekitar tanah berpaya. Disebabkan untuk mendapatkannya percuma, para penagih tidak memerlukan banyak duit untuk mendapatkannya.


Secara tidak langsung, aktiviti pecah rumah, mencuri harta benda orang lain tidak berlaku jika bekalan daun ketum mudah diperolehi.


Fakta ini buka tidak berasas. Ramai antara penduduk di sekitar sini sudah mula melupakan ketagihan dadah disebabkan dengan meminum air ketum ni. Jadi, memang terbukti, air rebusan daum ketum merupakan altenatif yang bagus untuk merawat ketagihan berpunca daripada dadah.


Kesimpulannya, dengan menghapuskan pokok ketum, secara tidak langsung kerajaan menggalakkan lagi penagihan dadah yg semakin hari semakin berluasa di negara kita sekarang ni..


Seharusnya, kerajaan memandang senario yg berlaku ni dengan lebih positif dan bukannya menyebabkan para penagih dadah ni meneruskan ketagihan dengan mendapatkan bekalan dadah yg semakin mahal. Secara tidak langsung untuk mendapatkan duit adalah dengan cara menyusahkan orang lain...



Berikut adalah fakta berkenaan pokok ketum yang dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikatpula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003


Masa depan pokok Ketum

Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.

Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menetukannya.

Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.

Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah di Malaysia, sungguhpun ia berasal di sini..


Wassalam..


P/s : koi penah jugak merasa air ketum ni masa koi demam dulu...popalih pahitnya. Tapi pagi esoknya demam koi terus kebah.....kira2nya handei jugek le daum ketum ni...tapi dok le koi minum sokmo...mase2 badan tak sihat aje..


10 comments:

Kakcik Seroja said...

salam Cikgu..

popalih tu mende ek? :)

saharul said...

salam kembalik kakcik..

Perkataan popalih merupakan kata seru dalam loghat pahang yang menggambarkan:

1. perasaan agak terkejut terhadap sesuatu
kejadian yg tidak disangka berlaku.
2. perasaan teruja terhadap sesuatu perkara dan
peristiwa
3. suasana yang berlaku diluar jangkaan
4. satu sindiran terhadap perkara yang berlaku.

Itu mengikut pemahaman koi (saya). Kot2 ande rodong2 (kawan2) yg boleh memberikan tafsiran lain, silakan....

mazru said...

cikgu jang yg dihormati,

koi bukannye setuju sgt jugek kerajaan menghapuskan pokok-pokok ketum,betui kata aok te..koi nengok kat kg koi ni ade juge penagih dadah kembali normal hasil pengambilan air ketum utk mengelak dan menghilangkan ketagihan,agoknye kerajaan ni ingat org kite ni duit banyok sangat sampai sengaja suh diaorg ni pg ambik dadah gantian di klinik swasta..kalo dah dadah tu tetap la dadah jugek,buat ape nak halalkan dgn cara dijual oleh doktor bertauliah sekalipun.

jalan terbaik dan kurang kos adalah air ketum..kecoh-kecoh sampai masuk tv kononnye membanteras,tp hakikatnye tambah burukkan lg keadaan.

ade satu org tua di KG koi minum air ketum buat ubat kencing Manis,memang mujarab sgt katanye..

takde penambahan lagi ngenai makna pohpalih td tu.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, Apa ke salohnya pihak berkenaan buat satu kajian tentang keberkesanan extract daun ketum ni sebagai bahan detoksifikasi dadah, kala berjaya tak ke malaysia juge yang kaya, boleh jadi pengeksport daun ketum terbeso di dunia...

Unknown said...

Salam Cikgu, bukankah isu mengenai pokok ketum ini muncul beberapa tahun lalu. Mengapa sekarang baru nak basmi? Di Malaysia selalu berlaku "lagu" ni. Bila dah serius baru bertindak. Itupun masih nakkan publisiti...Wallahualam.

saharul said...

Salam kembali....

Rata2 org yg menggulas isu pokokm ketum ni semuanya tdk bersetuju dgn pihak kerajaan menghapuskannya nak2 pulak golongan tua yg mengamalkan meminum air ni sebagai ubat-ubatan tradisianal..

Alasan lain, mengkala penagih boleh melupakan ketagihan dgn meminum airnya.....biarkanlah...lama-kelamaan hilang terus minat kpd benda haram te...

Koi pelik dngn kerajaan kite ni....hanya mendengar pandangan satu pihak sahaja terutama org2 bandar yg tdk berminat dgn ciptaan Allah SWT yg bernilai utk kesihatan...

Satu lagi, menurut otai2 yg mengamalkan minum air ni....minum sikit jadi ubat, minum banyak jadi racun.....gitulah...

Relevan said...

Daun ketum boleh bagi tambah power..`

Hanisham Ab Halim said...

Daun ketum ni mmg blh jd penawar utk ketagihan dadah...

saharul said...

betu tu....relevan dan echam.....yg bab power telah koi tak tahannya....memang power...tak caya....cuba try..

Ajoy said...

apa nak dibuat....x diharam kan nnt kesian lak kat peniaga singseh cina malaysia ni kedai diorang dah kurang pelanggan melayu sejak tau khasiat air ni..
btul x cikgu?