Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, November 20, 2009

Apabila cuti panjang bermula...

Salam...

Hari ni menkala ditanya sama ada budak2 atau cikgu, takde yg mengatakan tak seronok bercuti.

Sampai tukang kebun dan jaga sekolah sekalipun turut meraikan cuti sekolah ni dengan harapan bolehlah berehat dan ngelat sikit-sikit.

Maklumlah kat sekolah lenggang takde murid dan guru. Hanya staff sokongan aje yg tah berapa kerat te ande.

Pagi2 tadi koi dah bereskan segala serahan tugas yg sepatutnya diserahkan. Yg penting2 koi serahkan kepada pihak pentadbiran. Bukannya ape, bagi koi bab menyelesaikan kerja terawal tidak meletihkan di kemudian hari. Sebab tulah kebanyakan tugasan yg diberi, kalau boleh koi nak siap dan hantar hari te juga.

Sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah kepada murid2, koi buatkan satu banner khusus mengucapkan selamat bercuti kpd murid2.

Sebelum bukak sekolah nanti, satu lagi banner yg akan koi siapkan berkenaan dgn makluman kepada ibubapa / penjaga program permulaan sekolah terutama bab orentasi Tahun 1, Pra Sekolah, mengambil buku teks dan pembayaran yuran persekolahan.

Bagi koi, cuti sekolah yg paling panjang ni merupakan hari yg ditunggu2. Banyak benda koi boleh buat sebab tak terikat dengan tugasan sekolah. Selain menyibukkan diri dengan projek koi yg tak sudah2 tu, cuti ni jugak memberi kesempatan untuk kome anak beranak pegi jalan2 sambil melancong. Di samping itu jugak, masa inilah kome geng2 mencari ikan ni pergi bermalam sambil menahan jaring di lokasi2 yang dikenalpasti banyak ikan.

Walau apa2 pun, start hari ni, koi malas dah nak fikirkan hal2 persekolahan. Perkara yg sedei2 yg belum koi bereskan lagi tu, minggu depan masih ande masa. Kalau boleh sepanjang 6 minggu ni, koi nak cuti sepenuhnya kerana minggu ke tujuh akhir cuti nanti dah terang2 seminggu kena berada di sekolah membereskan persiapan untuk tahun hadapan.

Oleh itu, ...................................Buat semua insan bergelar pelajar dan guru2 sekolah tu......"Selamat Bercuti Sakanlah Kite"...

He he he he.......

Inilah tempat semua banner yang koi buat untuk pihak sekolah diletakkan. Antara salah satu projek khusus yg koi usahakan supaya sekolah koi mempunyai tredmark tersendiri iaitu antara sekolah yg paling kerap mengisi banner setiap kali program sekolah diadakan. Rasa koi dah berbelas2 dah banner yg koi siap buatkan dan gantung di menara letak banner tersebut.


Oh ye....sempena cuti ni, koi nak bagi satu lagi teka teki sempoi yg rase2nya ramai dah tahu. Teka teki ni saje je koi bagi supaya rodong2 kat luar sane tu boleh memerah otak mencari jawapannya...

Teka tekinya : Dalam banyak2 binatang, binatang apa yg paling kurang ajar dan ngepe pulak binatang tu kurang ajar kat manusia ?....



7 comments:

Aku Anak Pahang said...

Selamat bercoti juge drp koi...utk seme murid2 ngan guru me sekali..mmg berbudak kala bercoti koi dpt numpang senang getek..tak payoh nok bersusoh payah mcm hari sekolah, silap2 masuk opis pun lambat sikit sebab x ande bender nok di loratkan..keknya berbudok mekala duk dirumah nyer bantai berkelahi sokmo mamum kawan mikirkan... pendek kata senang ande susoh pun ande mekala deme bercoti. keknya kawan lebih suka sikit dema sekolah dok pening ngat kepala koi mikirkan. itu anje ucapan koi.

Bab teke teki te.. koi belum dpt jawab kena perati dulu mana hok baik mana hok jahat baru koi jawab.

Anonymous said...

jawapannya kutu kot cikgu..hehehe..sbb dia duk pijak pale orang..nimy..

abu muaz said...

selamat bercuti panjang.

mazru said...

selamat bercuti cikgu jang..ander masa kite ajok fadh,usop pg ngeteh..

ayam dak..sebab dia berok taik ayam munei merata-rata

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, selamat bercuti cikgu dan pelajo2, sedaklah deme cuti 6 minggu haaa..buleh buat menda yang deme suka...

Relevan said...

Selamat bercuti cikgu..air naik boleh njaring kita..

saharul said...

salam...

air start naik dah ni....tak sabor betul koi nak nahan jaring.....mengkala hujan cam gini 2,3 hari lg..harus melimpah air sungi pahang ni....