Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, March 3, 2010

Taklimat Program Belajar Sayang kat bebudak....

Salam...

Program tu ditaklimatkan kat koi pade 8 Feb dulu. Lepas tu koi bawak pulak dalam mesyuarat AJK PIBG pada 11 Feb untuk koi dapatkan bajet mencetak kertas dan lain2 kos berkaitan dg program te.

Dalam mesyuarat tu jugak koi sarankan agar diadakan majlis pelancaran program tu sempena dgn kehadiran penjaga dalam mesyuarat Agong PIBG tu nanti..

Minggu berikutnya koi taklimatkan pulak kepada Guru Besar sebagai prosedur biasa guru dengan pihak pentadbir.

Lepas tu hari semalam pulak kebetulan ade mesyuarat guru, guru besar dengan sendiri taklimatkan secara ringkas program tu kepada guru2.

Dan pade hari ni, selepas rehat koi pulak taklimatkan kepada semua murid Tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6 yang lebih kurang seramai 150 orang.

Koi jugak siap tulis kat papan kenyataan yang meminta mana2 guru yang terlibat dengan P&P di kelas tersebut pada waktu tu, dapat berada di dewan membantu.

Tadi semase taklimat tu hanya ade lebih kurang 4 orang guru aje membantu. Sepatutnya ade 8 orang guru di situ kalo diikutkan mengajar 8 buah kelas Tahap 2...... Yang 4 orang lagi wallahualam, tak tahu kone peginye....

Mungkin yg 4 orang lagi tu gamoknya sibuk sgt kot sebab itulah nak jengok ke dewan pun takdan. Maklum le program yang bukan dipertanggungjawabkan kepada mereka......tak kisah pun takpe, lebih baik buat keje lain atau duduk berborak.......( maaf la ye, sikit terkasar )....

Nasib baik le yang 4 orang lagi tu dapat membantu koi tadi...lega jugak rasenya...dan koi amat berterima kasih kerana 4 orang tu memberi kerjasama yang koi kira amat baik...

Ni gambo koi tengah beri taklimat tu tadi....hehehe

2 orang cikgu yg baru berkhidmat disekolah ni membantu mengedarkan kertas....tahniah kepada mereka berdua. Insyaalah, nanti kalo dua org ni mintak pertolongan koi, dengan hati yang senang koi akan bantu mereka pulak.....

Setiap pelajar dibekalkan modul tersebut sebagai panduan untuk belajar dengan lebih sistematik....

Hari Jumaat ni pulak majlis pelancaran program tu akan diadakan dan disekalikan dengan taklimat kepada penjaga yang berkaitan.

Dan harap2 penjaga mendapat penerangan yang jelas bagaimana program ni dilaksanakan dan mudah2an program ni nanti dapat membantu sekolah ni ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Insyaalah.....

Sekian..


9 comments:

al-mankaraqi said...

salam cekgu,

jaman koi kerijer dulu, koi suker sangat bagi taklimat kat orang nih hehehehehe......

syahbandar87 said...

salam cikgu..nk mintak pendapat..tapi saya tak tau sejauh mana kebenarannya..

kini banyak cikgu sandaran yang tak terlatih..malah saya difahamkan mudah2 je apply..dan bila dapat dengan tampa persediaan apa2 terus suruh mengajar..kadang2 pula mengajar subjek yang dia tidak tau menahu..bukan bidang dia dan sebagainya..dan ini bagi saya sedikit sebanyak memberikan hasil yang tidak memuskan pada kualiti pelajar..kerana cikgu yang mengajar sendri tak terlatih..malah tidak berpengalaman untuk subjek yang diajar.

difahamkan ada juga sekolah yang ramai cikgu sandaran.jadi cane nk melahirkan pelajar yg berkualiti jika perkara ini berteruusan dan tak dipandang serius..sekurang2nya bagi cikgu sandaran ni,sebulan sebelum mengajar kena dlu ada kursus ke..ataupun pendedahan jangka masa pendek untuk subjek yang diajar..ini tidak,dapat je tawaran mengajar esoknya terus kena mengajar tampa apa2 persediaan..

apa pendapat cikgu?

Pengembara silam, said...

Aji..Kawan pun baru taklimat semalam..Permulaan ni kawan buat untuk kelas depan dulu..Kelas belakang tu nanti dulu,bimbang buku tu nye buat bungkus belacan..Pening nok menyediakan untk 900 org budok..Bimbang nye bawok balik cuti ni buat bungkus petai..Ishh tak pe la cikgu, saya datang sekolah tahun depan la je..

Mybabah said...

Salam Cikgu Jang. Baharulah saya tahu mengapa hampir setiap hujung minggu cikgu menghabiskan masa menenangkan fikiran dengan aktiviti kegemaran cikgu. Banyaknya kerja! Apa-apapun, permata yang tertanam di dalam lumpur, jika digilap akan terserlah jua kilatannya. Saya yakin, permata itu adalah cikgu.

Aida Ali said...

Salam cikgu. Projek yang bagus tu. Semoga berjaya melonjakkan kecemerlangan anak-anak murid sekolah cikgu

tinta kasturi said...

saya peminat cikgu berdedikasi

tahniah!

zulkbo said...

Salam Cikgu Jang..
"projek belajar sayang"..Salah tafsir kaco gini..he he..nak ajo mende sayang lagi,tapi koi faham tajuk nak bagi umppp...

endiem said...

tahniah.. projek yang bagus.

Cikgu Jang .. said...

salam....

mengenai pendapat pasal guru sandaran yg mengajar tu, memang betul apa yg diutarakan oleh syahbandar. mereka yg diambil mengajar tu kadang2 menimbulkan kesulitan kpd sekolah apabila kemahiran yg sepatutnya diberikan kpd pelajar tidak dpt dikuasi sepenuhnya. Mungkin ada guru sandaran yg mahir sesuatu subjek tetapi pedogoginya pula yg out.
Tetapi bagi sekolah, lebih baik ada guru sandaran berbanding dengan penambahan tugas guru sedia ada untuk mengambil alih kelas yg tidak cukup guru mengajar.

Buat babah.....terima kasih la kerana memahami..

Yang lain, juga diucapkan terima kasih kerana memberi ulasan yg positif....tq