Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, March 4, 2010

Musim permainan dah bermula...

Salam...

Petang semalam, ngacu jugak la main bola sesama budak2 sekolah ni sempena melatih pemain sebagai persiapan nak pegi berlawan pada bulan 4 nanti antara sekolah.

Lame sangat dah koi tak main bolanya. Kasut bola yg koi beli jaman belum kawin dulu sampai reput tapaknya disebabkan lama tak gune. Kena ganti tapak baru pulak baru boleh gune.

Nak main dengan remaja kat Purun ni di padang awam, badan dah tak rhot. Ialah dah tua. Jadi dapat main ngan bebudakpun dah kira ok. Sambil2 melepaskan gian dan mengeluarkan peluh.

Koi sebenornya salah sorang jurulatih bola ni kat sekolah. Nak taknak, petang2 kena turun jugaklah membantu. Maklum la, cikgu2 lelaki tak ramai....jadi sebagai menunaikan tanggungjawab yg diberi elok lah bersama2 jurulatih lain turun padang melatih budak2.

Kome start latih baru 2,3 hari....masih kelam kabut dengan bebudak ni sebab ramai sgt yang berminat nak mainnya. Ingat minggu depan kome dah start pilih lebih kurang 22 orang dulu sebelum pemain sebenar seramai 16 orang yang akan dipilih mewakili sekolah ke pertandingan peringkat zon Bera nanti.

Tahun lepas, kome kalah dalam pusingan kedua. Tahun ni, kome dah mula awal berlatih....paling tidakpun dpt masuk akhir. Sekurang2nya kome dapat menyaingi pasukan hoki lelaki yg dah jadi johan.

Tapi, nak ke ceritekan pasal budak2 ni...popalih......walaupun masih bebudak, tapi kederat deme banyak.......takleh lalu mengelit sikit, pantang pegang bola lama sikit, bertalu2 datang kaki bebudak ni kat kita. Silap2 berbirat kat tulang kering dilanggarnya..

Jadinya sesekali main dgn bebudak sekolah rendah ni, dikira baik sgt dah tu. Sesekali boleh jugak tunjuk skill lama menggelecek sambil turunkan ilmu...

Gitulah sokmo..........masuk je antara bulan 2-4, takde musim lainlah.....kebanyakan sekolah akan turun padanglah melatih, tak kiralah permainan apa tetapi yang akan dipertandingkan....

Tapi apabile lama tak main, dpt sepak bola sekali, jadi seronok pulak dah...... Sebab itulah koi dah jarang2 pegi ke kebun sebelah petang sebab ada perkara yg lebih seronok lagi....




Sekian...

7 comments:

al-mankaraqi said...

salam cekgu,

bapok berbahangnyer tengoh panaih ter dak? ketnyer bebudok tak der hei lalu, terbakor padang ter dayer lagi maen hahahaha

Relevan said...

Kome tak berapa daya nak berbolo dah cikgu...takat main bolo lisut boleh lagi..

zulkbo said...

salam Cikgu Jang..
musim paneh ni aok berjemur yek..
sihat la tu berpeluh..jangan lupa refill balik
air minum mau 2 botol..hu hu..tapi kalu koi memang serender la..pancit rasanya main bolo nie..

ummu said...

Salam Cikgu Jang
Cikgu seorang yang dedikasi
cuaca panas begini pun
cikgu jalankan amanah
tahniah

saharul said...

salam...

kome main bolo pun dah hampir pukul 6...tak le panas sgtnye...lagipun kat padang tu, ande bahagian yg redup sikitnye...

piewahid said...

jgn sampai sakit urat membongkor satu badan dah la cikgu...maklum lah, dh masuk alam veteran ni

mazru said...

selamat musim sukan cikgu..hehe