Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

Alhamdulillah .....hujan jugak sebentar tadi..

Salam....

Pada hari semalam, cuaca menampakkan sedikit perubahan dari musim kemarau ke riak2 nak hujan.

Sebabnya dalam pukul 2 lebih petang semalam, hujan sudah turun walaupun tak beberapa lebat namun cukup mencuci ruang angkasa yang dipenuhi debu2 halus.

Pagi tadi pula cuaca mengizinkan warga sekolah mengadakan perarakan Sambutan Maulidur Rasul dengan jayanya tidak seperti tahun lepas yang setiap warga sekolah basah kuyup ditimpa hujan.

Dan sebentar tadi sewaktu koi dan anak sulung berjemaah di masjid, tiba2 aje hujan turun dengan lebat dalam masa lebih kurang 10 minit.

Nampak gayanya di ruang angkasa, langit masih lagi gelap tanpa bintang dan kemungkinan besar hujan akan turun lagi.

Kehadiran hujan membasahi bumi amat ditunggu2 apatah lagi penanam sawit kecil-kecilan macam koi ni yang masih belum hilang pening kepala memikirkan betapa kian sehari ke sehari anak sawit menunjukkan kelayuan yang amat ketara kerana kurangnya bekalan air.

Dan sempena cuti sekolah seminggu ni memberi peluang kepada koi membereskan kerja2 di kebun sawit yang buat masa ini jarang2 koi kunjungi disebabkan kesibukan aktiviti mencari ikan dan persekolahan.

Walau apa2pun pengeluaran kali kedua sawit koi telah selamat dijalankan walaupun hanya 301 kg tetapi berpadanlah dengan umurnya yang akan menjangkau 3 tahun pada bulan 7 nanti.

Akhirnya...buat murid2 dan guru2.............selamat bercuti. Dan jangan lupa bawa keluarga bercuti agar kepala yang berserabut dengan tugas2 guru yang semakin hari semakin melambak dapat dikurangkan kerana pertambahan tugas dijangka akan berlaku selepas cuti ini nanti...

Jadi, kalau rasa kepala berserabut masa ni.....moh tengok video lawak kat bawah ni...


Sekian....

11 comments:

Miecyber @ Sudu said...

Alhamdullillah...

Pengembara silam, said...

Kat sini dah 2 ari berurut-turut ujan..

Akuanakpahang said...

Tempat kawan ada juga nak hujan, keknya hujan kejap amat..mengkala lebat sikit molek juga.

piewahid said...

raban kala jadi mcm dlm youtube tu weh..

cemomoi said...

pakar kaji coca kabo kat cemomoi tengoh hujan lebat di sesetengoh rumoh, pas tu berenti pulok, hujan balik tu le kijanya

al-mankaraqi said...

purun dulu lar ujan kalar gitu yak.........

Che' Pit said...

semalam masa balik dari alor star, hujan lebat kat area mana entah, luper lak ngeh ngeh ngeh.. sbb org lain yg bawa keter, CP duk belakang tdo

Mazru Majid said...

Kerayong belah ptg ckit baru hujan nye..turun sane dulu...

zulkbo said...

salam cikgu..
rahmat tuhan turun jua akhirnya..
alhamdulillah..

relevan said...

Alhamdullilah..selamat bercuti cikgu..selalu selalulah mencari ikan mungkus..pekasam jangan lupa kome..

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛