Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, February 8, 2010

Program Baru Untuk 2010


Salam.....

Tadi koi pegi mesyuarat Penyelaras Skim Tuisyen Felda Kat PPD Bera. Turut sama dipanggil ialah GPK Hem setiap sekolah Felda yang ada kat daerah ni. Mesyuaratnya dari pukul 8.30 pagi sehinggalah 4.00 petang.

Rupa2nya Kementerian nak perkenalkan satu program bagi membudayakan murid dan pelajar supaya dapat belajar secara sistematik dan teratur dengan bimbingan guru serta kawalan penjaga.

Jadi, dimintalah setiap sekolah Felda ni menjalankan program "Belajarlah Sayang" yang baru kome ditaklimatkan tadi.

Secara realitinya ianya merupakan satu program yang baik dan mudah dilaksanakan kalau di atas kertas tetapi sukar mendapatkan keberhasilannya andai tiada sokongan daripada semua pihak.

Kot manapun minggu ni, koi dan GPK Hem terpaksalah merangka perancangan agar program ni dapat dijalankan dengan mendapat kerjasama guru2 dan murid di tahun 4, 5 dan 6.

Perkara pertama yang mesti koi buat ialah mengubah menteliti guru2 agar menerima program ni bersama2 dan bukannya mengharapkan penyelaras STF menjalankannya walaupun program ni adalah kerjasama antara kementerian dengan pihak Felda.

Yang kedua....bagaimana nak ubah menteliti murid supaya dapat belajar dengan lebih sistematik berpandukan modul yang akan diterapkan nanti.

Yang ketiga ialah mengubah pula menteliti ibubapa / penjaga supaya dapat memberi tumpuan dan bekerjasama memberi laluan kepada anak2 belajar berdasarkan panduan yang dibekalkan.

Emmmm.....koi nampak agak sukar hendak menjalankan program yang baru. Tapi niat koi sekurang-kurangnya walaupun tidak 100% tercapai, sekurang2nya 70-80% pun itu adalah memadai buat tahun pertama ni.

Cuma yang penting sekali ialah peranan pentadbir serta sokongan guru2 dan penjaga terhadap program baru ni nanti....andainya semua pihak memberikan kerjasama....Insyaalah......semuanya akan berjalan dengan lancar...

Kot manapun memang kena jalankan jugak sebabnya program ni akan dipantau oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia....

Dan selaku guru yang dipertanggungjawabkan.....koi akan cuba menjalankannya nanti....

Sekian.... " Saya yang Menurut Perintah"...

5 comments:

Mybabah said...

Salam Cikgu Jang. Itu sebablah saya tak sanggup jadi guru, banyak sangat program, sedangkan program yang ada sudah tak tertanggung. Isteri saya guru, balik rumah sampai tengah malam tanda buku. Katil bersepah dengan buku...

Akuanakpahang said...

Berat juga mekala nok dipikirkan bender gini...apatah lagi nok membuatkannya....semoga berjaya juga hendaknya drp kawan utk semua yang terlibat didalam program ini.

Cikgu Jang .. said...

koi sebenornya kalau program yang jenis gini, suke nak jalankan tetapi dgn syarat semua warga sekolah beri kerjasama...tambahan pulak kalau program tu jenis tak mengaitkan data2...lagilah tak memeningkan kepala...

Pengembara silam, said...

Aji.. Kawan ari Jumaat ni baru ada taklimat STF Bacalah sayang di PPD Raub..

relevan said...

Kerja kome banyak juge program..program gotong royong..sekarang musim nyamok aedes menular..