Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2010

Bela nok, jaga malas..

Salam...

Pagi tadi semasa koi turun nok pegi keje, terkejut nengok ke anak sawit yang koi baru letak kat bawah kompleks ni habis gonggot dimakan dek lembu.

Silap koi jugak, dah beli tapi tak sempat nak pegi tanam sebab prentan ni sibuk senalo dengan aktiviti2 yang kadang2 tu di luar jangkaan.

Bior punya bior...dekat separuh pelepah anak sawit tu kena ragut...panas jugak le hati ni...nak juga nyumpah kat lembu tu, tapi binatang tu bukannya tahu ape2. Kang dikabor dek jiran2 yang koi ni dah sasau..pada hal kecik sangat bendanya.

Memang koi syak kerja lembu dah..sebabnya 2,3 hari ni koi nampok sangat tahinya bertaburan atas jalan kat depan kompleks guru ni. Toh masa bila masuknya , tak dapat koi pastikan. Gamoknye beloh2 awal pagi kot.

Hok yang peliknya kat kawasan kompleks gurupun lembu tu sampai, sedangkan jarak dengan ladang bukannya dekat. Ini menunjukkan betapa banyaknya lembu yang dah mula merayau2 kat kawasan kampung ni.

Yang hairannya lagi, ngapelah tuan lembu tu tak cakne langsung....bela nok, jaga malas..Takkan tak tahu kot lembu dia masuk kampung. Mungkin nak tunggu orang kampung tangkap dan sembelih baru nak ambik tindakan.

Kalau bela kat ladang sawit tu, tak le heran sangat..lantok le...ini bahannya masuk kampung dan makan tanaman orang, pastu pulak dilepaskannya tahi merata2.....

Hah ye .....gone yek perasaan tuannya...pakat bior je bior orang kampung nyumpah atau lagi suka sebab lembu tu jadi sebahagian dari penduduk kat sini....

Entah la.....koi ingat nak siasat jugak le lembu sape yang suka merayau2 kat dalam kampung ni. pastu dah pasti tuannya, koi ingat kalo ade terjumpa kat kedai2 kopi, koi nak bukak cerita berbentuk sedikit sindiran....bukannya teguran...

Sebab itulah, koi tak minat nak menanam sayur-sayuran kat tepi kompleks ni sebab salah satu sebabnya takut dimakan dek lembu tu....



Kesian kat anak pokok tu...dah le baru nak kenei hidup dah tercedera.....his his his....


Kesian....

5 comments:

Che' Pit said...

dulu2 org tua sekalu kata

"mcm lembu, tak sekolah"

tu yg agaknya skrg ni depa dah sedar, nak p sekolah lak.. tak dapt masuk sekolah, tu yg p depan kompleks guru, ngeh ngeh ngeh..

RMY-Abelitokjoro said...

salam dari bukit istana.. lama betul koi tak menjenguk disini.tuan rumah sihat ke.... tak tau perkembangan terkini...
kena buat link. kat blog. kite... cerita bab lembu.. 7hari 7 mlm tak emboh habis..
taun bila lembu makan tanaman org tak ngaku lembu dia.. bila lembu kena laanggar ..bila nak sembeleh terus ngaku... cuba.. hayati lirik ini..
LEMBU..
lembu sapa dia..
lepas siang malm
pergi rata-rata
macam tak ada tuan
berak depan tanga
serata tengah jalan
masuk pagar saya
makan anak pisang..
lembu sapo dia..

ingat sakit hati
saya nak pakat pitas
jerut dengan tali
ambo nak pakat berkas
pelihara saja reti
tambat kenapa malas
baik muat lori
bagi makan harimau serkas

bukan sekali dua
saya dah cakap
kalau kamu nak pelihara
mintak tolong lah tambat
lembu berak rata
najis dia lekat
kena kereta saya
kereta baru naik karat

hari berganti minggu
orang kampung dok gege
awak pelihara lembu
malas buat kandang
mari deru-deru
masuk pagar saya
anak durian duku
habis licin tinggal dahan
awak kena tahu awak kena faham
awak pelihara lembu
makan tanaman orang
lembu harga beribu
jual buat korban
duit jual lembu
haram awak makan


lirik ini asa sambungan lagi

Mazru Majid said...

baru nak nyanyi dikir te abeli dah nynyi dulu..

sabo je lah weh..kala x bleh sabo gek sembelih je lembu te..paste buat kenduri ajak tuannye sekali berjamu...huhuuh

cemomoi said...

tangkak je cekgu letok dalam kompleks tu garaj kete buleh buat ke kandang dia.. tiga jemaat isytihar tok ander sapa ngaku , semelih buat jual kat pekan sari

endiem said...

pawah dengan tuan lembu, kira bagi 2