Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, January 13, 2010

Tak sangka ada sarang lebah rupanya...

Salam...

Di dalam Al-Quran pada surah "An-Nahl" (lebah) telah menceritakan tentang kewujudan lebah madu. Sebagaimana firman Allah S.W.T. di dalam ayat 68-69 surah "An-Nahl" yang bermaksud :

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang
bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat
yang boleh menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya yang demikian itu, benar-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang
yang memikirkannya.


Petang semalam, tengoh koi ralit ngambik daun palas nak buat peneduh anak pokok durian, tiba2 koi tersentak dan terkejut apabila ternampok sarang lebah yang betul2 berada dekat sangat dengan koi. Nasib baik la koi tak libas parang dalam semak ter. Kalau tak harus menciput koi lari dikejar dek lebah yang sarangnya sebesar tayar kereta.

Mulanya terdetik juga koi nak ambik gambor sarang lebah ter, tapi bila koi dekat aje, ada satu bunyi yang mengerunkan keluar dari sarang ter. Koi ingat lebah tu marah, jadi takut jugak la koi nak dekat. Karang dihambatnya ...tak cukup tanah koi lari. Dah le sorang2 kat situ.

Balik dari kebun tu, koi singgah rumah abang Li sekejap, maka koi kabor kat dia yang koi jumpe sarang lebah. Kata dek abang Li, memang pesen lebah ada bunyi ganjil gitu. Setakat nak rapat dengan sarang dia, takde hal langsung. Jangan dikacau sudah sarang tu.

Tujuan koi beritahu abang Li tu bukannya apa, biasalah orang lama, dah tu biasa pulak ngusung sarang lebah nak ambik madu, jadi koi ngajaklah dia petang tadi pegi tengok sama ada dah ada madu ke belum.

Petang tadi, setelah diperiksa dengan nyucuk sebatang kayu ke sarang lebah tu, memang betullah lebah tu betul2 buat sarang dan bukannya tempat persinggahan cuma madunya masih belum ada.

Kabor dek abang Li tu, mungkin dalam seminggu lebih lagi, tualah agaknya madu kat sarang tu dan bolehlah kome nak ngusung sarang tu nak ambik madu yang ade.

Dapat sebotol mineral 1.5 literpun dah memadai, sebabnya payah nak cari madu lebah yang betul2 ori. Kalau beli yang orang jual kat kaki lima atau yg datang berjual tu....tak boleh diharap sgt kepercayaan yang betul2 aslinya sebab kita tak nampak ke gone gayanya dia dapat madu tu. Silap2 dicampur dengan gula merah atau gula kabung. Kita mana tahu sebab tak nampak.

Biasa2nya dulu2 kalau madu di dalam botol sebesar botol kicap, kaki2 cari madu ni jual RM20 ke atas. Tapi sekarang ni, kaki2 cari madu ni dah semakin berkurangan dan banyak yang cari keja lain disebabkan nak cari sarang lebah cukup payah pada musim sekarang ni.


Pandangan dari luar, memang tak perasan ada sarang lebah yang betul2 berada di tengah kebun baru koi tu.
Tapi apabila dibelek kat dalam semak tu, tu dia.....besar weh sarangnya. Gerun jugaklah nak tengok dari jarak dekat.
Tapi, sebab konsep dia jangan dikacau sarangnya, dan setakat dekat takde masalah, koi letak handpon koi betul2 dekat dgn sarang tu supaya jelas gambo yang ditangkap.

Tengok le gone gayanya nanti....harap2 lebah2 tu tak lari ketempat lain sebelum koi dan abang Li dapat ngambik madunya. Dan selepas diambil madunya nanti, harap2lah pulak lebah tu kembali semula ke tempat tu untuk buat sarang lagi....

Dan lepas dapat madunya nanti........bertambah lagilah "power" nya koi esok .....hehehehe..

Wassalam...

7 comments:

Mazru Majid said...

lama dah tak makan madu asli nih..mmg elok sgt buat penawar dan tenaga,utk buat ubat batuk campur kan dgn setitik air perahan limau nipis@kasturi dgn secamca madu asli...

JOHN DOE said...

POWER yg mcm mane tu cikgu???hehehe....

cemomoi said...

baye betoi entri kedua ni... lepas bagitau sebab suami benci, cekgu jang cerita pulok pase madu... hee ander mende le ni... apapon kalu ander lebih... koi nok sebotoi

YASSIN SULAIMAN said...

Mekala beloh ulu tembeling nun botol sekati te.. tak kurang 80 hinggit katas doh sekati, mekala dah ande madu kena cari telur ayam pulok....dalam gitu enjin kena chek juga bimbang tak larat nok gohet hehehe.......maru.

relevan said...

Ada pula telor ayam kampung 2 butir..power..

LIPISLADY said...

assalamualaikum,

ada juga orang kata madu ni pahit, betul ke cikgu jang

Cikgu Jang .. said...

salam rodong...

Mazru- koi setuju ngan awok
John doe- Power hok yg tu lah...
Cemomoi -tengok le nanti yek
Yassin- enjin koi elok lagi...tak penah averhole pun
Relevan- susoh jugak cari telur ayam kg ni...telor ayam bandarpun boleh kot..
Lipislady- yg pahit tu org pompuan je...laki2 manis sokmo rasanya...