Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, January 6, 2010

Orang baru...hargapun baru..

Salam..

Hari ni dah masuk hari yg ke tiga hari persekolahan. Dan hari ni jugak cikgu2 sudah mula merungut harga makanan di kantin sekolah mahal berbanding dengan tahun2 lalu.

Pengusaha baru... servis baru... dan hargapun baru jugak. Kalau nak dibandingkan dengan pengusaha lama, memanglah yang ni lebih mantap maklum la....orang baru. Tetapi harga makanan yang dijual setanding dengan makan di restoran2 atau kedai2 makan yang berada di luar Purun ni.

Sebagai contoh....hari pertama koi makan nasi lemak lauk sambal kerang dan teh panas cawan. Waktu balik koi makan nasi bersama anak lelaki koi yg darjah satu berlaukan ayam dan sedikit sayur....jumlah semuanya lebih kurang RM 10.00.

Tengah hari tadi koi makan nasi, seketul ikan bawal masak pedas, sedikit sayur campur , semangkuk tomyam dan minum air bandung. Harganya RM 6.00 utk semua itu.

Dalam hati, koi berkata...popalih mahalnya..macam makan kat Temerloh pulak. Lagipun tomyam semangkuk tu bukanlah tomyam yang dimasak asing2 tetapi tomyam yang dimasak seperiuk menggunakan perencah kiub.

Ingin sekali koi merungut kat rodong2 tapi takut pulak dikatakan kita ni jenis omeh ( banyak mulut ). Tapi apabila berborak dengan rodong2 pasal hal tersebut, masing2 juga mengatakan hal yg sama dan sesetengah tu sampai RM 20.00 lebih sehari untuk makanan bersama 2 orang anaknya.

Kalau dulu, biasanya koi peruntukan RM 5-8 sehari untuk 3 kali makan di situ seorang, dengan pengusaha baru ni, nampak gayanya peruntukan terpaksa ditambah ke RM 10-15 sehari.

Kalau berniaga di luar, adat la harga makanan tersebut kerana pelangannya tidak tetap. Ini adalah kantin sekolah yang mana pelangan yang sama hari2, sekurang2nya kenakanlah harga berpatutan dan janganlah mengambil untung yang terlalu lebih sedangkan pengusaha yang dulu pun boleh untung tiap2 bulan drpd hasil jualan kepada pelangan tetap iaitu murid dan guru walaupun dengan harga yg rendah.

Bukan sahaja cikgu2 di sekolah ni yg terkejut, malah cikgu2 sekolah lain pun terperanjat dgn harga yg dikenakan. Ini menunjukkan ada perbezaan yg ketara daripada segi harga berbanding dgn kantin di sekolah lain.

Tengok la hari esok mesyuarat AJK kantin diadakan. Koi dah syorkan kepada guru2 yang terlibat membawa hal ini di dalam mesyuarat dan menyemak kembali harga tender semasa permohanan dibuat oleh pengusaha kantin tersebut.

Kalau perkara begini masih tak berubah....kemungkinan besar koi akan cari makanan di kedai2 yg ada kat Purun ni dengan harga yang lebih rendah.

Bukannya jenis kedekut....tetapi langkah berjimat cermat. Maklum la gajipun bukannya besar sgtpun dan kita ada banyak pilihan lain......

Wassalam..

14 comments:

sayalahfaizul said...

buat pilihan yang terbaik, cikgu... kat kampus pun begitulah, tapi bernasib baik sebab mereka bersaing harga dengan kedai lain... tapi masih mahal... rm10 sehari memang macam air...

Redz da Tsar said...

Hehe... Biase la... Segalanya sebab harga barang dan naik...

Kalau harga barang turun, taknak pulak turunkan...

kakcikseroja said...

Tahun baru... harga pun baru...

relevan said...

Harap yuran sekolah tak naik..

YASSIN SULAIMAN said...

Terkadang org terlalu mencari keuntungan dalam ertikata terlalu berkira...betullah barang mahal berlake...kadang mekala melanpar mahal.. kita sebagai pengguna bosan juge...kawan kat Cafe pejabat kawan ini boleh tahan juge mahalnya...hok lagi maru lain org lain kiranya, sakit...suka dema aje tak de satu rege standart.

Webmaster@Echam said...

Masuk sekoloh aok ni dah 2 sekoloh koi dengor rege makanan naik bila tukor pengusaha baru. Nape jadi camtu???

cemomoi said...

tahun baru takan sema baru ye dok... koi ingat gini aje le cekgu, bawok beke aje le makan bawoh pokok dengan anok-anok rasa macam bekeloh sikik, kalo ramei ngikut sok lagi merioh

Che' Pit said...

waa makan mcm tu dah RM6?
mmg mahal.. ngalahkan sy kat PJ ni..

hmm bawak bekal? jimat n gerenti sedap sbb air tangan org rumah ngeh ngeh ngeh..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Meneliti rega makanan yang cikgu makan tengaharai rega 6 ringgit tuh keh rasa standard rega testoren dah tuh.
Tapi tak kata ke dia juga cikgu, rega barang naik seme, kalau jual murah harus meniaga buluh kasap dia, cuma kalau dia pandai, dia boleh untung dengan cara penyediaannya aja, potong ayam misalnya kecilkan sikit, boleh jual murah sikit, ikan pun sama, begitu juga yang lain2.
Sekadar pandangan, hasil dari pengalaman berkantin di sekolah.

Mybabah said...

Salam Cikgu. Boikot jangan tak boikot! Kalau nak lebih jimat, tak payah cari kedai lain, bawa aje makanan dari rumah...

Cikgu Jang .. said...

hahaha.....menkala bawak bekal, naya pulak ke org umah kena bagun awal pagi masak makanan...takpelah..bior perabih duit sikit, janji hati bahagia dan tak membebankan kerja org umah, ialah dua2 keje, nak gosok pakaian lagi, nak urus anak2 lagi, macam2 lagila rutin hariannya....

Mungkin pengusaha tu tak sedar yg harga makanan tu mahal. Maklum la....tiada pengalaman lagi jadi tokey ni...nanti gamoknya bila banyak rungutan, mungkin ada tolak ansur kot....

Aida Ali said...

Memang kena dikomplen kalau gitu mencekiknya. Kalau tak berubah juga, boikot jelah pengusaha tu.

abu muaz said...

kesian,kesian.... kita semua ni adalah mangsa keadaan.

Anonymous said...

sokong cadangan mybabah!