Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Sunday, January 10, 2010

Liyana memalukan keluarga.

Salam...

Semoga cerita kat bawah ni menjadi pengajaran buat anak2 dara yg kat luar sana tu...

"Sungguh memalukan!!"

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."

"Nak bincang aper lagi? … anak awak nie dah mengaku… … issshhh… … ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi… . jadilah… .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat… .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!… … .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!", dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut… .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya… . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani… . dia dah boleh terbang…

hehehhee..


Sekian...


9 comments:

Redz da Tsar said...

Hampeh~ Hehe...

Inagtkan ape tadi.. patut la ade gambo burung

Mybabah said...

Salam Cikgu. Yang cikgu cerita ni species burung ke? Nama burung Liana (nama bekas makwe saya). Bikin suspen je...

abu muaz said...

oh Liana!

YASSIN SULAIMAN said...

Kawan ingat liana dahnya keje dik mamat mana tadi, haru kawan mikikrkan...kut dia menconteng arang ke muka ayah dia hehehehe...

Pengembara silam, said...

Ciss..nyaris terpedaya..he he

Cikgu Jang .. said...

Salam rodong2..

Kadang-kadang teringin jua nak pekenakan wokme...hehehe

pahlawan said...

nyaris2 nak marah tadi.... tapi takpe cite burung rupenya......

kakcikseroja said...

hehehe... tumpang gelak sumbang :)

relevan said...

Lor yak?..