Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Satu cabaran untuk tahun 2010..

Salam....

Hari ni hari pertama persekolahan. Nok kembalikan mod ke sekolah setelah 7 minggu berehat, popalih...payoh sangat rasanya.

Tapi nok taknok, terpaksa jugalah walaupun liatnya nak masuk kelas.

Dan untuk hari pertama dan minggu pertama persekolahan tahun ini, pihak pentadbiran memberi penghormatan buat koi berucap di perhimpunan sebagai guru bertugas mingguan.

Dengan bangganya koi menyampaikan ucapan yg sedikit tunggang langgang disebabkan suasana agak kelam kabut kerana perhimpunan dibuat di dalam dewan bukannya di tapak perhimpunan spt kebiasaannya kerana pagi tadi hujan turun. Tambahan pulak penjaga ramai yg menghantar anak dan berkumpul di luar dewan.

Itu tak kisah sgtlah sebab pengalaman berucap kat depan perhimpunan ni dah biasa koi lakukan. Cuma kelas yg diberikan utk koi ajar tahun ni penuh cabaran dan dugaan.

Apakan tidoknya, kesemua kelas yg diberikan adalah kelas nombor dua dan untuk kelas UPSR, koi ditugaskan ngajar kelas no 3 iaitu himpunan murid yg dikategorikan kumpulan amat lemah kerana separuh drpdnya mendapat 'E' dalam subjek penulisan. Kalau markah 'E' tu faham2 ajelah....menulis pun tunggang langgang dan membacapun sesetengahnya amat lemah.

Lagipun dah hampir 3 tahun koi tak ngajar kelas peperiksaan utama ni, tapi kali ni pihak sekolah menaruh kepercayaan yang tinggi kepada koi pulak.

Dua kelas lagi, takpelah sebab koi ajar subjek elektif iaitu Kajian Tempatan dan Muzik. Subjek yg tidak terlibat dengan subjek teras yang diambil kira peratus kelulusan dalam peperiksaan.

Dah di takdirkan gitu, nok buat macam mana, mungkin pengalaman koi yang dah hampir 10 tahun mengajar kelas peperiksaan menyebabkan kelas tersebut diberikan kepada koi. Dan sebagai guru " Saya yang menurut perintah" koi terima dengan hati yg terbuka.

Apa yg mampu koi cakap.....ianya satu cabaran dan andainya murid yang koi ajar tu semuanya lulus dalam UPSR nanti, merupakan satu kebanggaan dan kepuasan yang sgt tinggi nilainya.

Cuma yang mengembirakan hati ni, masa ngajar yang lebih sedikit berbanding guru2 yang lain itu hanya 16 waktu seminggu sahaja ( satu waktu bersamaan 30 minit ). Ini disebabkan jawatan Penyelaras Bestari yang memperuntukkan masa yang sedikit dan ada pekeliling mengenai masa mengajar tersebut.
Gambar ni lah kelas yg periksa yg koi ajar. Muridnya hanya ada 13 orang aje sebab murid2 ni merupakan insan yang terpilih di dalam kelas tersebut. Nampok gayanya koi kena kembali ke era "garang dan brutal" supaya kerja sekolah yg bakal diberikan dapat disiapkan mengikut tempoh.

Wassalam...

12 comments:

sha said...

kawan faham kegelisahan aok tuh..anggaplah aok cikgu yg "terpilih"..Selamat Bertugas..

hai said...

anak koi dulu penah gak jadi murid bermasalah..yang kelakonya cikgu dia kata,org lain saya suruh buat 10 soklan,tapi dia saya bagi 5 soklan je...janji dia buat latihan!!hmm...macam2 kesah cikgu terpaksa melayan kerenah bebudak ni..sian gak ke cikgu!!

Mybabah said...

Salam. Selamat bertugas cikgu. Masih ada ke murid-murid sebut macam zaman saya dulu-dulu, "bangun semua murid-murid,selamat pagi cikgu..". Takde cara ke nak ubah, supaya doa untuk cikgu sampai ke petang, bukan pagi sahaja. He..he..

Cikgu Jang .. said...

trend sekolah koi...mana2 cikgu yg masuk kelas akan beri salam...kemudian dikuti dgn bacaan doa..5 minit utk aktiviti sampingan dan baru belajar..

Che' Pit said...

hmm cabaran tu cgu jang.. kena kuat semangat nak didik insan2 terpilih tu agar berjaya..

Redz da Tsar said...

Selamat Bertugas demi agama, bangsa dan negara!!

JMR said...

salam cikgu...selamat berjuang..didiklah anak2 lemah sehingga mereka cemerlang...

abu muaz said...

Salam cikgu jang.

Cubaaaaannnnnn.

relevan said...

Langkah bergaya tu cikgu Hj..demi anak bangsa..

INTAN RH said...

Salam cikgu, ni la masanya tunjukkan kebolehan :)
Koi ingat ms koi jd GSTT kat sekolah ABS Mentakab, masa tu koi br grad dr U, umo muda lg. Tp GB bg koi jd guru kelas plg lemah.. (patut ke?)

Yg plg koi ingat, ank murid koi namanya Razak. Bdk ni klu dah siap keje skolah, dia baling jek buku dia dr tmpt duduk dia ke meja cikgu..hehe.

cemomoi said...

bukan senang nak jadik guru mursyid ni ye... takpe, tapi mudoh nak dapat sedekah amal jariah yang berpanjangan ni sebagai ganjaran... semoga berjaya mendidik anok bangsa insyaallah mana hok lemoh tapi dia berjaya sok dia akan cari cekgu nok ucap tima kasih

YASSIN SULAIMAN said...

Sesuatu yang baru itu mmg janggal...yang janggal juga alah bisenya bila tegal biasa...

Selamat memulakan tugas!