Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, January 21, 2010

Kisah jual bayi...


Salam...

Biarpun cerita kat bawah ni dikategorikan cerita lucu, tapi disebaliknya tersirat seribu makna buat insan yg bergelar anak2...

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE....

Che gone rodong2....mboh kite membiorkan ayah mok kite terkontang kanting kat umah2 org tua nun...fikir2kanlah...

Wassalam...

7 comments:

Che' Pit said...

dalam lawak ada pengajaran.. mmg x patut ler buat mcm tu..

YASSIN SULAIMAN said...

Pendek kata mekala sesiapa yang ada mengantor mak bapak ke rumah org-org tua tersebut sila ambil perhatian atau membiarkan mok ayah dema melara gitu jgn pandang remeh bender ini. Ingat dema pulok esok akan dibuat oleh anak2 pulok gitu.

Mybabah said...

Salam Cikgu. Sebenarnya cerita ini bukan cerita kelakar, tetapi cerita sedih...

al-mankaraqi said...

macam2 akhir zaman ni yak..........

cemomoi said...

gitu le gayanya, kecik-kecik dema ni kita nganto ke rumah orang, doh beso dema ni pulok nganto kita ke rumah orang tua-tua... bersedia aje le dengan keadaan akhir zaman ni

relevan said...

Tu dia cikgu..me tau lah bila dah besor perangai anak masing2..siap!

Pengembara silam, said...

Dunia dah nak terlingkup weh..Jangan la jadi pada kite..