Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, January 9, 2010

Kembali bermain badminton..

Salam...

Setelah hampir 6 bulan koi tak menyentuh reket, malam tadi koi kembali berkecimpung dalam permainan badminton di dewan SM Purun.

Buat masa ni lebih kurang 10-12 orang pemainnya yg terdiri dari guru2, staff klinik dan generasi yg bermaustatin kat Purun ni.

Disebabkan rodong2 asyik nanya je kenapa koi lama tak turun, maka malam tadi ngacu jugaklah main walaupun badan masih lagi terasa sedikit keletihan disebabkan sebelah petangnya buat kerja2 di kebun sawit .

Lama dah niat nak mainnya dan pada sebelah siangnya lebih bersemangat tapi apabila menjelang malam je semangat tu terus hilang. Jadi nak taknak malam tadi koi gagahkan diri jugaklah turun bermain.

Disebabkan pemainnya tak berapa ramai dan dua gelanggang dibuka, dua game jugaklah koi main sehinggakan bangun padi tadi bapok le terasa letihnya dan sakit2 badan kerana sistem badan terkejut dengan aktiviti yg baru dijalankan.

Dan apabila koi dah mula bermain, tambahan pulak timbul rasa keseronokan yang dah lama menghilang, nampak gayanya 3 kali seminggu aktiviti bermain badminton tersebut akan terus koi sertai sama seperti musim awal tahun2 lepas.

Walaupun skill bermain taklah sehebat mana, tapi disebabkan pemain2 yang ada lebih kurang kita jugak mainnya yg menyebabkan permainan tersebut semakin hari semakin seronok. Tambahan pulak dengan main badminton ni, badan mengeluarkan peluh yang banyak.

Dan stat malam tadi, koi dah berura2 nak beli reket baru mengantikan reket yang dah 3 tahun koi guna selama ni. Tapi memikirkan budjet masih lagi belum cukup, terpaksalah guna hok lama lagi tapi niat murni nak dapatkan sebatang reket yg mahal akan tetap koi usahakan....

Sekian...

8 comments:

Pengembara silam, said...

Aji..Aok macam kawan gak..raket kawan dah berbulan perasap kemenyan...Hattar SM Purun tak main ke?

Cikgu Jang .. said...

dulu2 main jugak, ni dah jadi org besar kat sm purun tu, gamoknya mungkin takde masa kot....hehehe

Redz da Tsar said...

Hoho... Bagus le tue...

Kalau men badminton, buleh jugak la melawak dengan ghodong ye dok?

Kalo berkebun memanjang, gone nak berlawak dengan sawit?

sha said...

Bagus tuh cikgu...Minda yg Kuat adalah Badan yg Sihat..x gitu..

YASSIN SULAIMAN said...

Majulah sukan utk negara!

Cikgu Jang .. said...

betoi ngat kabo dek awok tu redza...kat kebun koi bercakap ngan anjing koi je...

yg sha kata tu lagilah betoinya...

tapi yassin sukan kat malaysia ni takmboh maju2...kejap je glamornya pas tu senyap je...

Mybabah said...

Salam Cikgu. Elok beriadah mengeluarkan peluh. Kalau tak, cepat boroi. Di rumah saya ada "complete set" alat-alat senaman bina badan. Tapi tak sama bermain di luar rumah. Saya sukan senaman berjalan. Sambil berjalan, sedut udara bersih. Kalau joging, lepas jog sakit lutut. Dah tua beb!

Che' Pit said...

esok ada kawan ajak main badminton.. bertahun dah x main.. tapi x dpt join sbb ada function, huhu..