Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Pergi tak kembali

Salam...

Minggu lepas negara kita dikejutkan dengan kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Selepas tu berita kematian Tun Ghazali Syafie...

Dan pada malam semalam salah seorang peneroka di sinipun turut sama pergi ke alam barzah buat selama-lamanya.

Ketika mendengar berita kematiannya lebih kurang jam 10 malam, koi agak terkejut kerana sebelum ni Allahyarham kelihatan sihat dan selalu berselisih sewaktu menunggang motor.

Dengar2 malam tadi dah tiada......satu perkhabaran yang mengejutkan juga...

Sewaktu menziarahi jenazahnya pagi tadi....terasa sebak di hati......itu giliran dia.........giliran kita tah bila dan macammana?

Semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...Amin...

Sessungguhnya kematian seseorang tu sebagai satu peringatan kepada yang masih hidup....

Wassalam..

5 comments:

YASSIN SULAIMAN said...

Alfatihah dan salam takziah juga drp saya.

Pengembara silam, said...

Alfatihah..Teringat keh King Ghaz berkempen pilihanraya di rumoh ayoh keh di K.lanar

kakcikseroja said...

Mudah2an kita tidak dijemput kembali dalam keadaan yang meng'aibkan. Amin..

cemomoi said...

ramai jemaoh yang semayangkan jenazoh... cukup pat puloh moga makbul doa ahli qarioh ter... innalillah... koi penoh jumpa tun ghazali dengo dia cerita macam-macam hei negara

relevan said...

Al Fatihah..