Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, January 5, 2010

kalau hidup belaka, jenuh makan ...

Salam...

Petang tadi selesai dah koi menanam pokok durian sebanyak 14 pokok.

Selain tu ada juga dua anak petai yg turut koi tanam . Anak pokok lain setakat ni tak mencari lagi, mungkin tak berjumpa lagi. Dan masa nak pegi nuseri tempat semai anak pokok buah2an tu setakat ni koi tak usha lagi...

Target koi dalam 50 anak pokok buah boleh ditanam di kawasan yg asalnya koi nak penuhkan anak sawit, tapi fikir2 elok juga tanam pokok buah ni, nanti berbuah dan ada rezeki boleh makan hasilnya.

Kalau berborak dengan orang, buat apa tanam kat tepi hutan tu. Kera, tupai, beruk, semua ada.
Jawab koi pulak.....kalau ada rezeki tak ke mana. Yang penting ada pokok tu, ada jugak harapan...pada tak tanam langsung...

Biarpun nak tunggu pokok tu berbuah lambat lagi, tapi......sekurang2nya koi berminat utk bertanam dan koi cuba menjaganya....

Tapi, ada jugak koi terfikir......masa musim hujan ni takpelah, takut nanti tiba musim kemarau...nanti mati pulak pokok tu....kalau nak siram hari2...popalih, tak jadi kerja lain.

Tapi bila fikirkan yg positifnya, manalah tahu ke semua anak durian tu hidup dan mengeluarkan buah yg banyak....silap2 gayanya boleh koi berjual pulak.....

Harap2 gitulah...

11 comments:

Redz da Tsar said...

Ye.. betoi tue Chegu... Kalu sawit je seme payoh jugok nak bawok anak2 jalan kebun... Kalau ada buah-buah, baru semangat deme nak datang...

Hehe...
Buleh la tingkatkan ukhwah kalu buah menjadi dengan anak-anak...

Mybabah said...

Salam Jang. Kalau haiwan memakan buah-buahan itu, kita sanggup menghalalkan. Apa kata budak-budak dadah datang pungut dan jual tepi jalan. Apa Jang nak buat? Panggillah saya, sama-sama kita belasah. Lepas tu boleh saya bawa balik KL sikit. He..he..

YASSIN SULAIMAN said...

Kawan suka cara aok tu mekala kita tak ada niat macam tu, masakan nenek moyang kita dulu menanam pokok anak cucu dapat juge merasa...

Cikgu Jang .. said...

Salam rodong...

kalau haiwan makan, ada ubatnya sebab binatang tu tak berakal, tapi kalau bab binatang kepala hitam dan pakai seluar baju tu....hai entah le..mungkin esok2 koi bela serigala kot jaga buah2an tu...

satu lagi....kalau umur rodong2 panjang, pastu pokok tu menjadi....nanti koi jemput makan free kat sini...sambil2 boleh santai dgn cari ikan sebab sungai belakang tu je...gone ??

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, cikgu jang, pokok manggis tak tanam kee, duku kee, pulasan kee..nampok macam buah2 tu dah nok memupus aja, tak banyok dah dijual kala musim buoh...

abu muaz said...

tak apa semua itu untuk anak cucu tuan akan datang. Tuan seorang datuk yg berpandangan jauh.

cemomoi said...

pesan oghang-oghang tua bila nok nanam ter niatkan sedekah jariah ke anok cucu. jeles koi nengok oak ander tanoh nok berkebun, tok ander lagi ke untuk koi balik ke pahang sok sok

Webmaster@Echam said...

Elok ngatlah tu.. Jangan dengo sgt kata2 negatif dari org sekeliling tu. Banyak ngat komplen dr bagi cadangan membina...

Che' Pit said...

berbudi pada tanah, insyaAllah ada balas nya.. takut nanti tupai kepala hitam je yg duk larikan buah2 tu..

Pengembara silam, said...

Aji... elokla mat aok menanam pepokok bebuah gitu.. Mekala berbuah sok,bolehlaa kawan tumpang menjamoh..hehe

syahbandar87 said...

macam zaman dlu2 pulak..kira boleh tabik spring jgk la kt cikgu..yela skrng tugas guru x macam dlu..bnyk kje..itu ini..musyuarat sana sini..kursus la..klu dlu senang..sblm merdeka sbgi cnth..biasa cikgu lps mengajar boleh bwt macam2 lagi kerja kampung..berkebun,bercucuk tanam,dan segala kerja kampung lah.klu skrng ssh sket la.huhu