Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, January 8, 2010

Minggu pertama anak koi bersekolah..

Salam....

Anak koi yg sekolah pra tu, turut sama pegi sekolah agama rakyat sebelah petangnya. Mula2 koi cuak juga nak bersekolahkannya, tapi memandangkan pentingnya pendidikan agama diberikan di peringkat awal, koi ngecek jugalah guru besar sekolah agama tu untuk memasukkan anak perempuan koi tu.

Pada masa yg sama si abangnya yg darjah satu tu memang takde halangan memasuki sekolah agama kerana memang kelas tu utk murid darjah satu.

Disebabkan koi beriye2 sgt nak menyekolahkan si Husna tu, guru besar sekolah agama kata hantar ajelah. Koi pun terus balik umah ambik anak koi tu dan terus buat pendaftaran utk memasuki kelas tahun satu sama sekelas dengan si abangnya.

Itu cerita pada hari isnin yg lepas. Ni dah seminggu budak berdua tu sekolah agama dan selama seminggu ni koi buat pemantauan, Alhamdulillah, nampaknya perjalanan persekolahan budak berdua tu semakin baik dan berjalan lancar.

Nak2 pulak si abangnya yang bersemangat tinggi utk ke sekolah setiap hari sehinggakan koi terkejar2 menguruskan mereka berdua kerana wife yg mengajar di sekolah menengah balik sokmo pukul 3 lebih.

Hari kedua koi bertanyakan pasal duit belanja yang koi beri kat si Husna apa yg dibelinya. Jawab si Husna, ada budak lain mintak duitnya utk beli makanan kerana nak makan lebih.

Yg anak koi ni masih terlalu mentah dalam soal berbelanja, berikan ajelah duit tu kpd budak tersebut.

Pada malam tu, koi berpesan kalau budak tu mintak lagi, jangan dibagikan. Kabor kat budak tu yg ayah saya marah bagi duit kat orang lain.

Keesokan harinya, perkara yang sama berlaku lagi tapi jawapan yang diberikan sama seperti yang koi sarankan. Akhirnya budak tersebut takut sebab nak mintak kerana ayah si Husna ni rupa2nya cikgu Saharul.... cikgu di sekolah kebangsaan...

Koi tanya lagi, apa jawab budak tu apabila tak diberikan duit tu, Kata si Husna ni, budak tu taknak kawan dengan dia..

Koi cakap...ramai lagi kawan2 Husna kat sekolah tu, kawan je dengan orang lain.

Itu antara kes2 terpencil yg berlaku kat anak koi semasa kali pertama dalam hidupnya memasuki sekolah agama.

Petang tadi, si Husna ni menangis sebab takut dimarah kerana terkencing di dalam masjid. Kata dek seorang anak buah koi yang darjah enam, si Husna ni dah tak tahan sgt nak kencing tetapi semua murid dah berada di dalam masjid. Jadi disebabkan dah takdan ke tandas, terkencing jugak di dalam masjid tu.

Nasib baik le beberapa orang anak buah koi dalam darjah enam tu kenal anak koi dan tolong jirus serta cucikan bersih2 kesan air kencing kat dalam masjid tersebut sambil memujuk anak koi supaya jangan menangis.

Itu antara secebis kisah yg berlaku dalam seminggu ni yang melibatkan anak perempuan koi yang baru berusia 6 tahun tetapi dah bersekolah di kelas tahun 1 sekolah agama rakyat.

Yg si abangnya, setakat ni takde masalah sebab cepat belajar dan pandai menyesuaikan diri dengan alam persekolahan walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah yang formal.

Dalam seminggu ni apabila budak berdua tu dah dapat menyesuaikan diri dengan sesi persekolahan, tak le koi risau sgt. Maklum le....dalam hidup koi suami isteri, inilah kali pertama anak2 bersekolah kebangsaan dan agama rakyat.

Wassalam...

2 comments:

YASSIN SULAIMAN said...

Molek ngat te...kecik2 dah diasuh perkara gitu sama2 kita doakan moga anak-anak kita berjaya berlake Insyaallah.

Che' Pit said...

waa kecik2 dah pandai pow duit kengkawan.. bahaya ni..