Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, April 30, 2010

Larian Perdana dan Sukan PK

Salam...

Hari ini di SK Purun berlangsungnya acara Larian Perdana dan Kejohanan Sukan Pendidikan Khas.

Acara hari ini bolehlah dikatakan agak meriah dengan pelbagai aksi menarik dan tertarik yang ditunjukkan oleh sesetengah peserta.

Walaupun jarak larian lebih kurang 2.8 km bagi lelaki dan 2 km bagi perempuan, namun bukan senang dapat berlari dalam trek sebenar biarpun setiap petang diadakan latihan.

Dengan berakhirnya acara pagi tadi, maka selesailah sudah salah satu komponen wajib dalam temasya sukan yang akan diadakan pada 13 Mei nanti.



Sebelum berlari, semua murid dikerahkan menjalani senamrobik yang dipimpin oleh sebahagian anak2 dara yang ada di sekolah ni.

Yang kecil tu salah seorang pak lawak dari kelas PK



Acara perlepasan dilakukan oleh GB

Bunyi je hon pelepas....macam kerbau keluar kandang lajunya....

Cek point satu...menerima getah gelang sebagai tiket..
Tu dah tak larat sangat dah tu....pakat jalan2 jelah...
1 KM pertama.....semangatnya mengalahkan peserta dunia lajunya.
Salah seorang peserta tua yang sengaja menguji stamina dengan larian yang mengacam.
Antara masyal yang ditugaskan meronda dengan minyak motor tangung sendiri.
Kalau depan kamera, lagaknya macam star....belakang kemera ....jalannya lebih banyak daripada berlari.
RELA Purun yang tetap rela mengorbankan masa menyertai aktiviti sekolah.
Penyokong kelas Pra Sekolah hanya duduk saja melihat peserta yang sampai ke garisan penamat kerana cikgunya sibuk menguruskan kejohanan.

Senario sukan PK dengan penuh kemeriahan. Kali pertama dianjurkan pada tahun ini.

GB turut serta mengambil bahagian dalam acara guru dan murid melakukan aksi memindahkan getah gelang melalui straw dengan menggunakan mulut.


Pemenang acara larian perdana dan acara sukan PK menerima hadiah.

Murid PK yang semakin hari semakin manja dengan guru2nya.

INI...................aksi tukang ambil video yang saja2 menyibukkan diri membuat rakaman bagi setiap apa jua aktiviti sekolah,.....

Dengan berakhirnya program hari ni, masih lagi ada lagi program besar yang menunggu pada bulan Mei nanti.

Cadangnya kejohanan tu nanti diadakan besar-besaran dan pihak sekolah juga menjemput Unit Tambor dari Rejemen Renjer Diraja Kem Batu Lima untuk membuat pertunjukan semasa kejohanan nanti diadakan.

Sekian daripada wartawan bebas yang tak dibayar gaji untuk buat kerja ini....


4 comments:

zulkbo said...

salam Cikgu..
koi suka amat gambo budak makan tembikai tu
bukan lawan makan..tapi kusyuk menghayati sambil menjamah isi tembikai..ha ha

zulkbo said...

salam lagi..
wah hensem aok yek?
idoklah besor sangat
naik moto tak pakai topi
aok yek..?
he he he

piewahid said...

selamat bersukan weh... :)

al-mankaraqi said...

salam cikgu. bebudok ter kalar tok dayer berlari 2km .... awok kabo ke dia orang noreh getoh ter silak2 jalan kaki sama jarok dgn sekoloh awok ter ke kontan nun hahahaha

selamat bersukan.......