Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, April 7, 2010

Berakhirnya hari yg penuh debaran...

Salam...

Apabila tuan penemuduga berkata :

" baiklah awak boleh keluar".......,

dengan lapang dada dan penuh kesyukuran, koi berjaya menghabiskan sesi temuduga ke pelantikan DG41 yang selama ini menjadi satu keserabutan menunggunya.

Kali ni koi prepare betul2 sebelum pergi. Dalam surat kata pukul 7.30 pagi , tepat jam tu koi dah sampai dah ke Bangunan Gunasama kat Temerloh tu dengan penuh semangat utk menghadiri hari yang koi rasa agak besar jugak le...

Lagipun sebelum pegi, koi dah baca apa yang patut. Bimbang nanti ditanya, terkial2 tak dapat jawab.

Kalau bab lain, koi tak berapa cakne sgt, tapi kalo bab ngadap orang utk temuduga ni....bimbang sgt kalau kantoi....

Maklumle, impak kalo gagal temuduga tu besor jugak le. Kena tunggu setahunlah lagi baru dipanggil, dan kesannya....lambatlah pulak dilantik ke DG41 ni, Tambahan pulak usaha yang koi perabihkan belajar PJJ selama ni, itulah penentuannya...iaitu khas untuk mengubah diri dari takuk lama ke yg baru.

Tapi Alhamdulillah....sepanjang sesi tadi, rasanya semua soalan yag dikemukakan, koi jawab dengan yakin dan dari segi penampilanpun, memang tiada masalahlah rasanya....

Harap2 keputusannya nanti bior le koi lulus, Walaupun tak cemerlang pun... Setakat luluspun dah takpe...supaya cepat sikit koi dilantik ke DG 41 ni...

Sesungguhnya apabila dilantik ke 41, segalanyapun turut berubah, terutama dari segi gaji dan elaun....banyak oiiii...bezanya dengan gred sekarang nih....

Itulah harapan sebenarnya selama ini yang koi idamkan, tapi masih belum terlaksana.....

Wassalam...

11 comments:

Pengembara silam, said...

Aji...tahnioh kerana doh pegi temuduga.. Aok jgn bimbang..lulus tu...Xlama lagi DG41 la aok...Beso juga beza tu aji..mcm kawan baru dapat surat DG44..alhamdulillah..

Che' Pit said...

hmm dah penat2 buat PJJ, mestilah ada mengharap dapat naik ke 41..

semoga cgu jang berjaya dalam temuduga tersebut dan cepat2 naik 41..

akuanakpahang said...

Insyallah semoga berjayalah hendaknya. Bila anda penuh yakin pasti ianya membuahkan kejayaan kerana keyakinan itu sudah dikira sebahagian drp kejayaan tersebut.

zulkbo said...

salam cikgu jang..
moga aok berjaya ke DG41 tu..
jangan lupa belanja ngeteh..hu hu

al-mankaraqi said...

semoga cikgu berjaya dan jangan lupa belanja zulkbo mengeteh apakala cikgu berjaya nanti yer.......

piewahid said...

tahnioh, selamat berdg41 cikgu...:D!

Mazru Majid said...

salam..

semuga berjaya mencapai cita2 murni

cemomoi said...

insyaallah ander rezeki anok-anok ter... nak interview ni kena ada skill, skill goreng penemu duga.

Anonymous said...

agok2 laa kan...klau temuduga dok munkar nankir nanti, boleh lulus dok?

relevan said...

Berjaya cikgu..kawan nak juga mgetea ni..tak kan almankaraki dengan Zulkbo je..

Cikgu Jang .. said...

buat rodong2 tu....bukan setakat ngeteh....siap pakej dgn roti canai kari kambing sekali....