Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, April 10, 2010

Berkhemah la kome kat sekolah...

Salam....

Seingat koi, ada lebih kurang 10 tahun sekolah kome tak mengadakan perkhemahan bersepadu secara besar-besaran kat kawasan sekolah.

Sebabnya, mengendalikan program ni bukannya sesuatu yang mudah terutama kalau melibatkan jumlah peserta yang melebihi seratus orang.

Tapi disebabkan, ada surat dari JPN Pahang yang mengarahkan agar semua sekolah mengadakan perkhemahan, maka, sekolah koi turut serta menyahut cabaran JPNP tu dan bermula semalam hingga hari esok berlangsunglah aktiviti perkhemahan tersebut.

Peserta kali ni seramai 120 orang yang melibatkan pelajar tahap 2 di sekolah ni.

Bagi budak2 yang kepingin berkhemah, seronok sangatlah, bagi guru2 muda pulak......turut bersemangat ...dan bagi diri koi yang dah puluh kali berkhemah ni......hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab terhadap sekolah.

Aktiviti kali ni, koi dan penyelaras unit uniform ekjas bagi mudah dan tidak memenatkan....maklum la.....bukan semua guru yang berpengalaman dalam hal ehwal perkhemahan ni, yang adapun hanya mahir dalam bab mengurus.

Walaubagaimanapun....hingga setakat petang tadi...semua aktiviti yg dirancang berjalan dengan lancar.....dan kome menunggu hingga pagi esok untuk majlis penutupan.

Selepas itu.......selesai sudah bab berkhemah dan pada tarikh 13 Mei nanti pulak....bersukanlah kome semua....


Aktiviti pertama iaitu kawad asas.....koi beriya minta tolong rodong2 dari RELA untuk mengajar kawad ni....bukannya koi tak boleh ajar....bab kawad asas ni, bolehlah sikit2...tapi memandangkan banyak lagi aktiviti yg memerlukan suara bertempik, koi mintak tolong RELA menguruskannya...


Pagi tadi senamrobik...kalau bab lenggang-lenggok, tari-menari gini...sekolah koi memang pakar sebab ramai anak dara....

Ikatan dan simpulan.....yang hanya pakar.....eiiiii...koi sorang je kat sekolah tu....cikgu lain jadi anak murid koi pulak bab ngikat dan simpul ni.....

Antara aktiviti ringan tetapi mencabar yang kome susun....
Sebelah petang kome sediakan permainan tradisional....iaitu galah panjang atau main tayang dan susun tin ...
Budak2 sari ni, langsung tak reti main mainan gitu rupanya, tak macam zaman koi bebudak dulu...

Malam nanti ada persembahan pentas....dan hari esok selepas kemas-mengemas.......majlis penutupanpun berlangsung. Maka bolehlah kome berehat sekerat hari sementara menunggu semula ke hari Isnin ni nanti untuk kembali semula ke persekolahan spt biasa....

Wassalam...

9 comments:

zulkbo said...

salam..
elok tu cikgu..ajar budak
berdisiplin..aktiviti mende tu?
macam pengakap pun ada koi nengok?

Cikgu Jang .. said...

perkhemahan ni melibatkan semua unit uniform....yang ada kat sekolah ni...

Che' Pit said...

teringat zaman sekolah rendah.. darjah 4,5 wakil sekolah perkhemahan pengakap kat sekolah lain.. darjah 6 perkehmahan pengakap besar2 an tepi sungai lak hehe

al-mankaraqi said...

salam cekgu!

best lar anok2 murid awok yak hehehehe

kelompen said...

cikgu
koi hal bkhemah ni lali dah...
ralit juga nengok budak2. blajo wat sendiri, mengurus diri. aktviti molek te..

Jejaka Desa said...

Rase nok masuk sekoloh balik la pulok

Mazru Majid said...

seronok jugek dpt berkhemah ni..budok2 mmg suka sgt

Aida Ali said...

Salam. Tahniah buat cikgu-cikgu sekolah cikgu. Menarik acara menyusup bawah tali tu

日月神教-任我行 said...

性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室