Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, April 24, 2010

Erti Politik ???

Salam....

Musim pilihanraya, kadang2 koi jadi menyampah giler mendengornye.Macam2 cerite kuar. macam2 kisah dipersembahkan....

Tapi, kite tengok le parti mana yg menang, parti mana yg kalah....dan kite tengok lagilah apa yg kerajaan sediakan untuk kebajikan rakyat...

Apa2 hei...moh bace kisah "apa itu politik ni dari satu sudut yg mengarut."...


Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh.


Ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam.

Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karana tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut :

“Politik adalah hal di mana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Begitulah adenye.....

3 comments:

Aku Anak Pahang said...

Kotor juge politk deme tu yeek...boleh tidor2 dibilik org gaji hehehe...kawan tak berape minat ngan politk tapi mengundi tu kawan wajib..tamboh2 kalau kawan ditugaskan sebagai kerani undi hehehe.

al-mankaraqi said...

kahkahkahkah..........ada benornya jugek yak cekgu.......ketnyer bagi politik sekular lar rasa koi........

zulkbo said...

salam cikgu
kita tunggu keputusan terbaru ni
apa citerr..