Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Friday, April 23, 2010

Satu lagi program untuk ibubapa...

Salam....

Nama program ni, program motivasi penjaga tahun 6.

Penceramahnya En. Saruci Bin Sawal, pegawai dari JPNP.

Kehadiran penjaga, alhamdulillah....hampir 90% datang. Sebabnya kalau tak hadir, nanti menimbulkan masalah kepada pelajar.

Koi malas nak ulas panjang2 pasal program ni. Cukup la kalau koi beritahu yang penyampaian penceramah amat baik sekali.

Andainya seseorang penjaga itu adalah normal, nescaya ilmu yang didapati pagi tadi boleh mengubah anaknya dari tak meningkat kepada ada peningkatan.

Tengok la sejauh mana hasilnya. Mengikut pengalaman koi lepas2, peringkat awal je bermotivasinya tapi lama2........serupa itulah jugak.

Minta2 tahun ni, penjaga kepada calon UPSR ni, lebih cakna dan turut mengambil bahagian dalam mencemerlangkan anak2 supaya semua pihak mendapat faedahnya.

Penceramah yang handsome lagi penuh keceriaan...diselang-seli dengan lawak2...

Sebahagian daripada penjaga yang hadir pada pagi tadi.

Sekian...

6 comments:

al-mankaraqi said...

alhamdulillah, ramei mokbapok hak datang ter nampoknyer, emboh 100% sekoloh awok tahun nih cekgu!

zulkbo said...

salam cikgu..
aok kabo penceramoh tu lawok
koi tengok serius belaka muka parents
he he..

akuanakpahang said...

Salam cikgu anak kawan malam semlm berbuat perkara yang sama di SK Jerantut. Penceramah yang diundang Ust.Hj Rujhan Mohd Razali. Sedikit sebyk mendatang kesedaran juga utk anak2 kita insyallah.

Che' Pit said...

che zul,
sbb cgu jang amik gambar masa muka depa serius.. masa lawak, cgu jang pun duk gelak sampai nak guling2, tu yg tak dan nak amik gambar, hehe

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Tak ada mok bapok yang tetido ke masa ceramoh, kala ada haru, pakat anok deme dapat nombor corot belakalah.

Walau macam mana pun harap2 anak2 murid tu dan sentiasa mengikuti apa yang disarankan oleh penceramah tu untuk meningkatkan pelajaran mereka.

relevan said...

Bagus..elok mak bapak di motivasi dulu..