Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, April 20, 2010

Bulan Bahasa datang lagi...

Salam...

Lupakan pasal air paip. Kalau diingat-ingatkan, bertambah sakitlah hati ini.

Kali ni koi nak ceritakan pasal aktiviti yang berlaku sepanjang bulan April di sekolah koi mengajar.

Bermula 5 April lalu, Aktiviti Bulan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anjuran Panitia BM dan BI dilancarkan oleh Guru Besar SK Purun semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Disebabkan namapun aktiviti bulan bahasa, banyak le aktiviti yg dirancangkan sepanjang bulan April ni.

Pagi tadi, aktiviti membaca berita telah dilangsungkan setelah beberapa aktiviti lain yg berbentuk pertandingan telah dijalankan.

Kalau tahun-tahun dulu, biasanya aktiviti mendeklamasikan sajak bagi tahap 2 dan membaca berita bagi tahap 1.

Tapi kali ni Panitia BM ubah menjadi pidato sepontan bagi kedua2 tahap dan membaca berita bagi tahap 2.

Sambutan....tersangatlah baiknya. Kesemua kelas tahap 2 terlibat. Bermacam2 gaya dipersembahkan peserta semata2 untuk mendapat nama dan mendapat tempat pertama.

Peserta ni yang kedua yang sempat koi snap gambarnya. Murid dari kelas koi mengajar ...kelas hujung sekali, tapi tak disangka-sangka telah menjadi salah seorang peserta.

Hakim lagi arif lagi bijaksana yang memeningkan kepala memilih pemenang.

Semua murid dikerah ke dewan menyaksikan pertandingan. Tiada yang terkecuali. Tidak ketinggalan juga guru2....sebabnya GB ada kat dewan tu.......

Antara peserta menunggu giliran bertanding.


Gambar dari pandangan belakang.

Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan mendatangkan banyak manfaatnya terutama misi sekolah melahirkan bakat-bakat baru untuk dipertengahkan apabila musim pertandingan2 peringkat daerah yang akan dijalankan nanti..

Sekian...

3 comments:

al-mankaraqi said...

salam cekgu, terimbau jaman koi sekoloh dulu, bulan bahasa memang seronok terutama part kener denda 10sen kalar tok bercakak dalam bahasa yg menjadi tema minggu/bulan tersebot hahaha.......

Che' Pit said...

err bulan jatuh ke riba takde ker? huhu

zulkbo said...

salam cikgu
betuul tu sesuatu aktiviti sebegini bakal melahirkan bakat2 baru