Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, December 10, 2009

Waktu cuti pun ada mesyuarat.

Salam...

Hari ni mesyuarat AJK PIBG membincangkan khusus pasal pembayaran yuran dan keperluan persekolahan untuk sesi 2010.

Selaku AJK PIBG, koi diminta hadir ke mesyuarat tersebut walaupun hati berat juga nak pergi pasal tengah sibuk meracun.

Kot gone gayapun, sebab komitmen yg tinggi kpd sekolah, koi terpaksa membiarkan abang koi sorang2 buat kerja kat kebun kerana adik koi Fatah dan Manan diminta menolong jiran buat penanggah kat kenduri rumah jiran pada pagi ini.

Disebabkan koi ada hadir ke mesyuarat, dan keputusan dah diputuskan, maka GB pun mintalah koi membuat banner untuk digantung di hadapan sekolah untuk makluman dan hebahan kepada penjaga dan ibubapa supaya taklah penjaga asyik tertanya2 pasal tarikh pembayaran dan program lain utk tahun depan.

Maka, dengan penuh semangat hari ni jugak koi siapkan dan akan diserahkan kpd GB untuk cetakan pada hari esok..

Begitulah adanya pada hari ini...

Sekian dan wassalam..

10 comments:

CIKGU NAMAN said...

kan masa cuti kita boleh dipanggil w/p sabtu ahad..hehe

Aku Anak Pahang said...

Kawan lagi maru...nok bercuti pun x dpt lagi maru..aok me tahan juga dah bercuti, dia ajok berkeje hehehehe..x kisah laa sebab kita SYMP.

sha said...

jangan risau.."penilaian" tuh nanti akan dibentang di "sana" nanti...syaratnya nawaitu aok ikhlas..

nampak gaya aok nih komited..yeh

mazru said...

tanggung jawab..gone kan pulok

abu muaz said...

Semuanya untuk kepentingan anak bangsa kita cikgu.

Pengembara silam, said...

Kawan pun sama weh.. tengoh sedak2 jage peksa, Boss nelepon,suruh panggil AJK PIBG meeting ari Jumaat 9 pagi nok bincang bayaran tamban 2010..

Anonymous said...

Koi suka la komitmen yg ditunjukkan oleh GB dn cikgu2 skolah ni... Koi mmg byk komplen, ptt la takde org nk calon koi jd AJK PIBG hehe.. :P

wifemdnavy said...

Kalo perkhidmatan awam, keje ari cuti ni leh dpt cuti ganti (kump P&P) atau claim OT (kump sokongan).. tapi tak tau la pulak Perkhidmatan Perguruan.. Kalo Mesyuarat PIBG tu termasuk dalam Pekeliling mana2.. bole la claim

Ateh Nour said...

Sallam, keh orang cuti ke tak cuti tetap sama, keh tetap kena keje juga...sian bete ke keh...

saharul said...

salam rodong2..

KOi pun sebenarnya tak berkira sgt dgn cuti ni..kadang2 bosan duduk umah, koi jenggoh kat sekoloh nengok ke benda yg patut kena buat..
Lagipun sekoloh koi ngan rumah tak sampai 2 minit naik motor dah sampai...
tapi bab claim waktu cuti ni...kena pegi kursus atau ,mesyuarat anjuran PPD / JPNP . Kementerian je boleh claim...

rata2 cikgu yg jadi ajk PIBG memang kena bermeetting pasal yuran tahun depan...tak boleh elak dah weh..