Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, December 5, 2009

Pontian bandar hujung benua asia tenggara

Salam....

Rasanya lama jugak koi tok update blog ni...Bukan sebab sibuk, tapi koi pegi rumah kakak ipar koi kat Pontian Johor nun yang dikenali sebagai daerah paling hujung sekali di Benua Asia Tenggara ni.

Betul ke tak, koi tak tahulah tapi ande papan tanda tertulis perkataan gitu. Gamoknya betoilah kot.

Andelah 3 malam jugak kome tidur kat kuarters warden kat SM Teknik Pontian di mana kakak ipar ( Cikgu Azizah) ketua warden kat situ, tapi tahun depan dia dapat pindah kat SM Triang 3 dah. Sebabnya SM Teknik ter dah dirampas kuasa jadi Kolej Matrikulasi kat situ.

Sepanjang 3 hari kome berada di situ, ratalah jugak tempat2 yang biasa dikunjungi kome lawati. Nengok ke keadaan tempat orang. Maklum le , pertama kali kome anak beranak lepas kat situ. Sebelum ni biasanya pegi Batu Pahat aje tempat rumah kakak ipar tu tinggal sebelum bertugas di Pontian.

Sepanjang kat situ, takde benda sangatlah yang menarik, biasa2 ajelah tempatnya. Cuma ande satu tempat yang koi kira agak menarik jugaklah tempatnya iaitu chalet yg dibina 100% di atas air, iaitu Resort Tanjong Pial.

Sebagai kenangan2 koi abadikan beberapa foto kot2 ande rodong2 nak pegi jalan2 kat situ.

Kat sinilah kome beradu selama 3 malam kat situ.

Lokasi kat benteng di tepi laut kat pekan Pontian ..mase tu air laut pasang tengah pasang.

Sebelah chelet Tanjung Pial , ande jeti nelayan..










Antara beberapa gambo kat chelet Tanjong Pial ter yg kedudukannya atas laut.. Mase tu air tengah surut, nampak lah tiang2 chelet yang tercacak dalam air ..



Gambo kat Taman Rekrasi Rambah yg baru seminggu dirasmikan oleh TPM.


Rumah emak biras koi ( Cikgu Ramjani ) kat Parit Sonto, Air Hitam. Tempat mula2 kome sampai sebelum pegi ke Pontian.




Yang istemewa kat kawasan situ, banyak pokok kelapa dan pokok kelapa sawit tumbuh senget dan condong disebabkan kawasan tanah gambut.

Jadinya, itulah antara sebahagian program cuti sekolah yang kome sudah laksanakan untuk bawak anak pegi jalan2....

Lepas ni, tak tahulah lagi. Nengok keadaan cuaca dan kesibukan menguruskan projek kebun sawit koi ter. Andainya ande duit lebih dan jemu asyik terperap kat sini, harus kome pegi jalan2 lagi...

Tapi kalau banjir melanda, takut jugak kome. Nanti tak pasal2 tak lepas balik ke Purun ni, popalih weh...

Sekian...


10 comments:

YASSIN said...

Koi tertanya juge koner gi cikgu..upenya gi melancong kate..molek laa te.. bawok budok dan mok sesekali gi budak jln2 boleh hilang lenguh juge kata dik org te..

Cikgu Jang .. said...

betoi sgt kate dek awok te...kite ni tok berape sgt beiyenya....tapi mok budak2 ajak pegi dgn perbelanjaan ditanggung sepenuhnya...koi suke sgt le...hehehe

abu muaz said...

jambatan gantung tu ke cikgu?

Cikgu Jang .. said...

gamok koi ye kot...sebab takde tiang kat tengah2nya. tapi tak le ianya bergoyang2 macam jambatan gantung kat kuala dipang ter....papan tersusun kat atasnya...

mazru said...

salam weh..

aok jgn bimbang air sg trian belom melimpoh lagi..ganas gek pontian te yek,ander mase sok koi pegi..

LIPISLADY said...

Assalamualaikum, Keh terliur met juge pegi tengok chalet atas laut teh, dapat tido semalam jadilah...

kakcikseroja said...

Cantik jugak kawasan tu bila tengok gambo...

Cikgu Jang .. said...

boleh loa wokme pegi sana, prentan cuti ni ramailah pengunjungnya....kalau dari Triang dalam 5 jam lebih je naik kete...

Che' Pit said...

hmm lama cheq tak g pontian..
mak cheq org pontian tapi duk kat kg ayah..

en_me said...

pontian kampung me.. uhuhu