Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Saturday, December 19, 2009

Hari yg membosankan..

Salam...

Niat pagi ni nak buat kerja yg berlambak2 kat kebun, tapi hujan dari subuh tadi sampai tengah hari ni . Petang ni nampaknya cuaca gelap lagi..mungkin hujan lagi.

Dari semalam wife dan anak2 pergi Selangor menziarahi sanak saudara sebelah mak dia. Koi tak pergi sebab nak kejar masa sementara cuti ni menyiapkan projek sawit yang baru habis separuh ditanam oleh budak indon. Ingatkan nak habiskan membaja kat kebun koi yang satu lagi tu. Tinggal 2 guni tak ditabur lagi.

Bangun pagi tadi teringat akan kenduri rumah Zamri salah sorang AJK WAPS Purun ni. Maka pukul 12 tengah hari tadi, start kereta dan pergilah ke situ. Lalu sahaja kat rumah tu, takde orang pun kat situ, hanya beberapa kerat aje yg sedang buat kerja. Tengok dalam kalender handpon, betullah hari ni kendurinya.

Patah balik dan lalu depan rumah sorang rodong, tengok rodong tu sedang mengasah parang. Koi bertanyakan tentang kenduri tu. Katanya hari esok. Patutlah takde orang. Silap jadual rupanya.

Boraklah lebih kurang sampai pukul 1 lebih kat situ.

Perut terasa lapar sebab bangun tadi hanya makan kerepok kering je. Maka pergilah meninjau2 kedai makan kat Purun ni.

Dalam banyak2 kedai, satu pun tak berniaga hari ni. Nak balik Mayam rumah emak koi, malas rasanya.

Balik rumah buka peti sejuk, adalah sikit lagi daging kerbau yang dibeli sehari sebelum Raya Aidiladha dulu.

Masak nasi kemudian goreng jelah daging tu..

Disebabkan perut laparnya amat, habis jugalah sepinggan nasi walaupun hanya berlaukkan daging goreng semata2.


Duduk kat rumah tanpa anak2 terasa bosannya melampau. Nak tidur rasanya jenuh sgt dah...nak tengok tv memang takde mood.

Jadinya, buka blog dan ninjau2 benda yg patut dibuat...kalau takde aral petang ni bolehlah pergi menolong siang daging kat rumah Zamri tu..

Begitulah adanya untuk hari ni...

6 comments:

Jard The Great said...

hehe.. anak2 la penyeri hidup..

Pengembara silam, said...

Sedak la tu..Mcm makan daging berulam jantung.. Orang lain tulang pun tak merasa..Baik aok tepon ke orang umoh aok..balik segera..darurat..he he

relevan said...

Laa cikgu HJ ..ngape tak bagi tau awal2 aok membujang time ni..boleh lepak2..

Cikgu Jang .. said...

JTG- betoi sgt kabo dek awok te..koi tokleh betoi kalu balik umah takde anak...rindu sgt rasenya

awok ni PS, cam perli koi je...

Koi nok beritahu awok, awok tak bg no phone..kalu tok, boleh kite lepak2.

LIPISLADY said...

Assalamualaikum,

Deme ni yek asik dok cerita boring aja, keh ni tak ada masa langsung nok boring, 24 jam buat keje..gonelah gayanya...kaya dok juge..

Mazru Majid said...

aok ahli WAPS ke weh?ni ander yg baru pulok...nama nye PINTAS,ntoh nak memintas mende koi pun tak tau...kekeke