Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, December 22, 2009

Siap juga kebun sawit baru kome..

Salam...

Pagi tadi walaupun sekejap hujan sekejap tak, koi pergi jugaklah ke kebun ninjau2 anak sawit yg baru habis ditanam oleh budak indon semalam.

Rasanya dah berminggu2 kome usahakan tanah tu sehingga nampok sikit jadi kebunnya. Sebelum ni yg nampok suburnya ialah pokok mengkirai , senduduk, pokok kapal terbang atau lebih senang cakap semak samun.

Sampai je, koi pegi kira anak sawit yg masih tak cukup. Kira punya kira, dalam 50 pokok lagi perlu kome beli utk habiskan semua kawasan ditanam dalam kebun tu.

Nampok gayanya terpaksa kome tangguh dulu beli benih tu, memandangkan buat masa ni peruntukan utk projek tu sudah melebihi bajet dan ditambah pulak persediaan bukak sekolah nantipun memerlukan duit yg banyak.

Walaupun dah habis ditanam, banyak lagi keje2 yg perlu kome bereskan. Disebabkan kome dah takdan nak kejor belaka, jadinya upah jelah budak indon tu nebas dan racun hok mana nanti yg belum kome bereskan. Nampok gayanya terpaksalah kome keluar duit lagi utk semua tu.

Rasa2nya pengalaman selama buat kebun ni, hok ini lebih mencabar. Sebabnya semok sgt dan apabila nak lening ( mark) tempat ditanam bapok le letihnya. Sampai 3 hari membuatnya baru siap. Itupun tak sempurna sepenuhnya. Kira ikut dan je . Janji jarak antara satu pokok dengan pokok yg lain 30 kaki. Bukannya senang bawak tali nak ukur jarak meredoh semak samun yg lebih tinggi dari kepala kite. Kalau kedudukan pokok tu tak lurus memang kome tak heran sebab dah dijangka.

Walaubagaimanpun, kome tetap bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dapat menyiapkan projek tu sebelum sekolah dibuka. Sebab lepas ni, kome ade komitmen lain yg lebih utama.

Selepas ni bersedialah pulak menghadapi risiko2 diserang babi, atau dimakan kera bagi memastikan anak sawit tersebut dapat hidup subur dan seterusnya mengeluarkan hasil dalam 3 atau 4 tahun lagi..

Harap2 binatang tu faham dan simpati kat kome ni yg begitu jerih mengusahakan kebun sawit hingga adik koi Manan sampai terasa nak demam disebabkan buat keje dalam hujan.

Dan dengan adenya kebun baru ni, maka bertambah lagilah tugas2 sampingan koi sebelah petang dan waktu2 cuti umum.

Anak sawit kome tu dibalut dengan zink bagi mengelakkan disondol dek babi. Tapi kalau binatang tu sondol jugak, tak tahulah kome, mungkin kome perlu fikirkan altenatif lainlah pulak.

Setakat ni, takde lagi kesan anak sawit dibahamnya, tapi kesan tapak kaki binatang tu memang banyaklah di sekitar kebun tu.

Sekian...

10 comments:

Redz da Tsar said...

Bungkus je kebun tue dengan jaring babi.. Hheh... Untung sangkut bagi ke cine...

Unknown said...

Salam Cikgu. Ini sudah mengalahkan guru besar, cikgu akan menjadi guru paling besar. Percayalah cakap saya, beberapa tahun yang mendatang pertanian akan menjadi bidang yang sangat menguntungkan walaupun kitarannya (cycle)tetap ada....

Aku Anak Pahang said...

"usaha tangga kejayaan" dan bila berbudi pada tanah tentu akan membuahkan hasil tahniah drp kawan..mekala turun buah mula esok ajok lah kome gi makan kenduri hehehe....

saharul said...

Salam rodong2..

Bab jaring / pukat ni...dulu koi dah perabih seribu lebih beli kat pasar Jerantut hok yg seken, habis sekeliling koi pagor dengannya kat projek koi yg pertama te, tapi semacam je kaki pendek tu masuk..ade je lubang yg ditelus olehnya.

Salam mybabab- Insyaalah..moga2 cakap awok tu menjadi kenyataan. Sekarang ni pun harga setan sawit dah nak mencecah RM 500. Akan dtg gamoknya harganya lebih tinggi lagi..

Buat Yassin- buat kenduri tu dok le, tapi setakat ngajok awok makan2 kat benteng jerantut tu, Insyaalahlah... Esok2 kalo koi turun Jerantut, koi hello kat awok yek...

mazru said...

cikgu tunggu dgn senapang je babi2 tu..bedal dan talipon cine suh diaorg ambik.

3 tahun lg berduit la wokme,tahniahlah...

Anonymous said...

alhamdulillah...siap juga nyek kebun aok...moga2 xde musuh sgt kebun aok te...koi cdg kan aok letok papan tanda "ini kebun ah chong"...biler babi te nampok jer papan tanda te...mesti diabinatang xmasuk...

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah... akan adalah hasilnya nanti. Berkebun ini juga sebagai satu cara untuk mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan. Tak gitu cikgu? :)

saharul said...

Salam...

Koi takde senapang mazru, kalo ade bukan setakat babi, ayam utan pun koi bedal, sebab bnyk sgt kat situ..

Anonymous- betoi jugak kabo dek awok te, Kebun ah chong'....hehehe...esok2 lekat pulak nama koi ah chong...popalih..

betoi kak cik...usahkan peluh, rupa koi pun dah hitam legam sebab main ngan panas aje..

Anonymous said...

Cikgu, wat investment utk masa dpn ek :)
tp harga market sawit sekrg ni ok tak? koi ada ura2 nk beli tanah sawit..

saharul said...

harga sawit ni intan tak menentu, skrg ni dah hampir RM500 satu tan. kira tinggi lah tu..kalo jatuhpun biasanya tak kurang dari rm300 satu tan..

biasanya purata satu ekar, satu tan hasilnya...itu kalo umur sawit tu 5 tahun ke ataslah...dan penjagaannya sempurna..kerap tabur baja.

alang2 nak beli awok beli yg dah ada hasil...boleh pusing beli baja atau meracun dgn duit yg dah dapat tu...