Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Tuesday, December 29, 2009

Sekali sekala merapu...

Salam..

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya.ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. " APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ni kan zaman IT,semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.

"APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan.. Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat ni?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah,kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu,Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu aku nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye.........
.
.
.
.
ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

Begitulah ceriterenya....

5 comments:

Redz da Tsar said...

ahahaha... tak buleh bla citer nie...

Unknown said...

Lawak sambutan 2010. Jang,kalau guna lilin putus ke cair? He..he..

lipislady said...

Assalamualaikum, tulah akibatnya menyampuk cakap tanpa usul periksa...

Aku Anak Pahang said...

Molek dah dema berdua tu jadi laki bini...hehehe tak empuk berlake..

Pengembara silam, said...

Hahaha...Tu tanda sayang ke bini he he