Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Wednesday, October 28, 2009

Gonekan, dah nak malang.

KAMPAR 27 Okt. – Gerakan mencari dua murid yang hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang di sini malam tadi masih diteruskan hari ini.

Mayat seorang daripada tiga murid yang hilang dalam kejadian pukul 10.30 malam itu berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, mayat murid perempuan, N. Dina Deve, 11, ditemui kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian di Jalan Lama Kuala Dipang, kira-kira pukul 8.40 pagi.

Mangsa merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan, Kampar.

Menurut beliau, dua lagi murid yang masih hilang ialah V. Diryasree, 12, dari SJKT Gopeng dan M. Davadharsini, 11, dari SJKT Mambang Di Awan.

(Sumber :utusan online hari ni )

Berdasarkan petikan berita kat atas tu koi sebenarnya betul2 hairan dan terkejut, gone gaya jambatan yg baru sebulan lebih siap dibina boleh runtuh, padahal kalau dikaji, benda yg baru ni mesti tahan dan elok lagi.

Lepas kejadian ter, macam2 lah pulak pihak2 tertentu membuka mulut. Suruh siasat punca kejadian menimpa dengan lebih terperinci. Lepas ni, koi rase banyak lah pulak pihak2 yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kes tu tak lelap tidur. Nok2 pulak kontaktor yang buat jambatan beserta orang yang terlibat dan sewaktu dengannya tu...hai.... letihlah menyediakan laporan.

Inikan pulak ada kes kematian. Walaupun nyawa tu budak sekolah, tapi dah nyawa manusia dan bukannya lembu, pasti panjang ceritenya.

Koi kalau bab kokurikulum ni, rasanya jenuh sangat dah berkecimpungnya. Bukan setakat peringkat sekolah aje, ade sampai peringkat kebangsaan pun koi penah handle aktiviti lasak sebegini. Dulu koi aktif jadi Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, tapi sekarang jarang sangat dah pegi sebab banyak sangat komitmen lain. Jarang2 kalau orang panggil di peringkat negeri atau daerah, ade jugalah koi join.

Tapi, sepanjang aktiviti tersebut berjalan, Alhamdulillah tiada perkara buruk pernah terjadi walaupun penah ada sekali tu, semasa geng2 pengakap Daerah Bera buat Kempori daerah kat Hutan Terapai Sungai Dua Felda Mayam dalam tahun 1999, seramai lebih 30 budak2 jatuh jambatan semasa menyeberangi sungai. Tapi nasib baik kome cepat bertindak dengan terjun dan menyelamatkan budak2 yang hanyut.

Itu dulu, mase tu koi bawak budak2 sekolah Purun yang dikenal pasti lasaknya sehinggakan dibiarkan tidur di pangkal banir aje malam pertama, sebab keletihan menyiapkan tempat tidur yang tak siap2. maklum le, kome buat katil sorang satu menggunakan guni baja dan kayu2 hutan.Dah bebudak letih, dengan koi sekali melepek letihnya amat.

Itu dulu, cerite zaman koi dengan bebudak Purun yang memang lasak. Setakat nebang kayu tu, terang benderang la hutan kawasan tempat kome berkhemah tu disebabkan nak buat macam2 gajet.

Tapi, kes yang terbaru koi dengar tu. Entah le.....kalau nak salahkan cikgu kerana kurang pengawasan, rasanya elok dipertimbangkan dulu. Orang luar tengok kome senang buat kerja, tapi hakikatnya nak menjayakan sesuatu perkhemahan tu....bukan sesuatu yang mudah. Kome terpaksa tidur kat sana, uruskan pasarana, uruskan aktiviti , uruskan kerenah peserta yang mencecah ratusan tu dan macam2 lagilah dengan diberi elaun satu tempat duduk dalam teksi pergi dan balik sahaja...lagipun nisbah sorang guru dengan pelajar lebih kurang 1:20. Bayangkan lah nak awasi peserta banyak tu dengan semangat perkhemahan semakin hari semakin luntur.

Kalau kome taknok buat, nama dah ade dalam surat, kena ikut perintah. Kalau dibiarkan juga, kesian pulak kat rodong2 yang tinggal buat kerja tu. Walaupun terpaksa meninggalkan anak bini berhari2 duduk dalam kem tu....terpaksa jugalah.

Koi tulis ni bukannya tak beralasan. Kem 1 Malaysia ni kat daerah koi dah lama dah kome buatnya pada 31 Julai - 3 Ogos lalu ( ade koi ceritekan dalam post bulan Ogos yang lepas. )

Secara realitinya...itulah tugas sesetengah guru sebenarnya yang ramai orang tak tahu tapi tanggungjawabnya popalih..........malas koi nak ungkit.


Sekian.....Wassalam


7 comments:

al-mankaraqi said...

salam cekgu,

bab2 nyawer ni tokleh memain yak....ketnyer ander lagi orang hak tok paham2...

saharul said...

paling koi nyampoh bila hok gini dipolitikkan pulok....ce gone masyarakat nok aman tenteram...his his his. lepas ni kite dengo lah pulok gone ke ceritenya tragedi ter hah...

Relevan said...

Doh gone yak cikgu..agok siapa nak dipersalahkan dah hal yang macam ni?..

lalink7 said...

yer...hidup cikgu...~

Redz da Tsar said...

Hehe... Gone nok salohkan budok... memang budok gitu pe'elnye... Senang je kalo keh, keh salohkan pembina nye... Tengok http://www.menerungpaya.blogspot.com... Ade analisis.. hehe

terokai seni said...

bale... seme oghang pahang sini yek, koi pnoh gak jadik cekgu ketnya sementare je le gone ke pulok tapinye rase juge le mende deme tu rasa, simpati dan takziah

mazru said...

koi rase salah jambatan ter...