Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, October 26, 2009

Nasib baik menjadi...

Salam...

Kali ni koi nak cerite pasal satu sistem utk data murid yang terkini. Sistem tu dipanggil sistem maklumat murid atau ringkasnya SMM. Sistem ni lama dah digunakan di sekolah tapi tiap2 tahun ada je versi baru diwujudkan supaya data yang dimasukkan lebih sistematik.

Sekali tengok, sistem ni memang canggih walaupun pangkalan data yg digunakan menggunakan perisian Acess aje, tapi yang versi 4 ni berlainan sedikit dengan versi yang lalu.

Antara muka sistem SMM versi 4...semua demensi di dalamnya perlu dipenuhkan oleh guru kelas berdasarkan borang BMM yang diberikan kepada murid.

Versi ni, data acess ter tak boleh dicopy and paste je spt versi2 lama, tapi perlu diinstall ke dlm komputer untuk mengaksesnya.

Di sekolah koi, tanggungjawab teknikal membantu Hem terletak di bahu koi, jadinya koi ambil pendekatan semua guru kelas terlibat mengisi data kelas masing2.

Jadi, untuk memudahkan tugas guru kelas, guru data, dan juga GPK Hem SK Purun ni, koi dan juruteknik komputer sekolah telah menginstall 7 buah komputer kat makmal untuk digunakan oleh mana2 guru kelas mengisi data kelas masing2.

Sebelum, komputer tu koi install dgn perisian tersebut, koi dah buat ujian banyak kali dah supaya data yang diisi dapat dieksport ke dalam disket untuk digabungkan peringkat sekolah.

Selain itu, taklimat kepada guru kelas sudah koi buat pada 2 minggu yang lepas supaya guru2 kelas ni tak le terkial2 mengadap sistem ter yang rasanya baru tahun ni kome minta mengisi data kelas sendiri. Sebelum ter semua data murid, guru data yang isi, jadi disebabkan banyak sangat data2 baru perlu diisi, adalah lebih baik jika guru kelas sendiri yang mengisinya.

Pagi tadi, satu kelas sudah siap diisi tapi apabila cikgu tu nak eksport data tu ke dalam disket, komputer tersebut buat masalah lah pulak. Data yang ada tak boleh dieksport.

Rupa2nya bukan komputer tu sahaja yang problemnya, semua komputer dalam makmal ter dijangkiti penyakit yang sama, tak boleh eksport data ke dalam disket.

Jika perkara ni berlaku, sia2 sajalah guru kelas tu mengisi data tapi tak boleh dikeluarkan. Tak kan nak suruh mengisi data semula ke dalam komputer lain yang dijamin boleh mengeksport data tersebut. Silap2 koi yang dihamun oleh mereka sebabnya kerja mengisi data ni walaupun mudah tapi merumitkan.

Masalah timbul apabila proses mengeksport data mengalami kegagalan disebabkan masalah sistem . Peringkat ini merupakan proses terakhir kerja guru kelas selepas semua data dimasukkan ke dalam SMM tersebut.

Disebabkan koi dah banyak pengalaman, koi cuba guna external floopy A yg lain. Kot2 floopy yg ada ada masalah, tapi sama je. Sebabnya masalah sistem itu sendiri bermasalah.

Cara pertama tak menjadi, koi cuba guna kaedah sharing, guna IP komputer yang ada data dengan membuka di komputer teacher. Masalahnya timbul pulak, komputer ter tetap akan baca sistem yang berada di komputer teacher tersebut dan bukannya data pada komputer yang di sharing tersebut.

Cara ter tak menjadi, koi cuba pulak unistall SMM yang ada pada komputer teacher supaya tidak berlaga data dalam komputer yang ada dlm komputer dengan komputer yang di sharing tersebut.Malangnya, komputer tak dapat menjumpai fail yang hendak dicari tersebut.

Kalau SMM ver 3 dulu, kita copy direct sistem tersebut pun takpe, tak datangkan masalah, tapi untuk versi baru ni, kaedah copy secara direct tidak boleh digunakan langsung.

Koi mula dah pening..puas koi mikirkan kaedah nak bolehkan data yang diisi dalam komputer makmal tu boleh dieksport untuk digabungkan.

Agak lama jugalah mikirnya sambil cuba koi godei sistem ter kaedahnya macamana.

Toh macam mana, koi cuba satu kaedah baru, iaitu masih lagi kaedah copy and paste. Tapi kali ni, koi copy dua fail pangkalan data acces secara gus dalam folder yang kita install di sesebuah komputer tu dan koi paste kan di dalam folder yang sama dalam komputer kedua yang boleh eksport dan import data. Sebelum ter koi install dulu SMM versi 4 tu terlebih dahulu. Apabila koi coppykan pangkalan data acess tu dan paste kan ke dalam folder yang sama, sistem akan replace yang lama menjadi yang baru. Secara tidak langsung, komputer akan membuka data yang ada dalam pangkalan data acess terbaru yang direplace tersebut. Makakan data yang direplace adalah data di dalam komputer yang tidak boleh dieksport tersebut cuma data sahaja yang diambil untuk dibuka menggunakan komputer yang lain.

Fuh......akhirnya, ujian yang koi jalankan berjaya, koi rasa cukup gembira dengan penemuan terbaru tu. Sebabnya, data2 yang tak boleh dieksport ke dalam disket dapat disempurnakan juga akhirnya. Kalau tak, takkanlah koi nak minta cikgu2 kelas mengisi data yang sama pada komputer lain. Tentu diaorang mengamuk, sebabnya nak penuhkan data2 dalam komputer asalpun makan masa berhari2. Nikan pulak nak isi semula .....

Jadinya....koi dah jumpa satu lagi kaedah bagaimana untuk mengeluarkan data yang diisi jika komputer yang digunakan menghadapi masalah sistem untuk mengeksport data..

Penemuan ini secara tidak langsung dapat menolong kome nanti apabila data di sekolah2 daerah Bera ni nanti akan digabungkan untuk peringkat daerah sebabnya salah seorang jurulatih uatamanya adalah koi sendiri..

Jadinya.....betullah kata orang...." Pengalaman merupakan sesuatu yang amat berharga"


Inilah folder yang koi cakap ter.....kalau kita install SMM versi 4 tu, folder tu secara outomatiknya memberi nama " Hem".
Hanya 2 fail sahaja yang perlu dicoppy ke dalam folder hem komputer yang satu lagi .. iaitu fail SMMAPP.mdb dan fail SMMDATA.mdb

Semoga post ini sedikit sebanyak membantu mana2 guru yang terlibat secara langsung dengan perisian SMM ni khasnya kalau anda adalah guru data sekolah....

Sekian.....begitulah adenya...




8 comments:

JOHN DOE said...

kadang2 teknologi yg canggih manggih nie pun mendatangkan seribu satu masalah gak...hehehe..sabar je la....

tinta kasturi said...

awok memang hebat..
koi tumpang bangge..

:)

relevan said...

Hari semalam anak kwn ander bawok borang maklumat murid ni untuk di isi..kene isi tiap2 tahun ke cikgu?..

Cikgu Jang .. said...

john doe- masalah jika kita tak pandai guna, tapi amat memudahkan kerja seharian kite...jika tahu menggunakannya...

Tinta kasturi- tima kasih bebanyak...aok buat koi kembang lubang hidung....hehehe

Relevan- memang le kena isi, maklumat keluarga kite kan saban tahun berubah...ke gaji aok banyak ter je tiap2 tahun...

LIPISLADY said...

Sallam, pening keh cikgu nengok menda ginih, nok met belajo joge...

Kasturi said...

Adakah kita copy dan paste fail data satu-satu fail atau serentak. tidakkah ia akan cuma overwrite fail data yang lama bukannya gabung data-data kelas tersebut. tolong cikgu terangkan sekali lagi..

Anonymous said...

mmg pening bt benda ni cikgu...kesabaran tu penting..hehe..

Cikgu Jang .. said...

buat kasturi....betul tu, data yg telah ada akan dioverwrite kpd yg baru. Ia tidak menggabungkan day sebab kita copy and paste. Cuma kite hanya nak membolehkan data yg dicopy tu dapat dieksport aje. Tu tujuannnya. kalau data di key in ke dalam fail tu, pastikan dieksport terlebih dahulu bagi menggelakkan kena isi kali kedua.