Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Thursday, October 29, 2009

"Mengkala tok datang, silap2 tak dapatlah bantuan tahun depan"

Salam....

Begitulah lebih kurang isi2 penting dalam bahasa kampungnya yang terkandung dalam satu perenggan surat dari pihak sekolah kepada penjaga yang menerima bantuan kerajaan pada tahun ni.

Disebabkan gamoknya takut tahun depan tak dapat dah bantuan, maka petang tadi yang sepatutnya pukul 3 mula majlis tu bermula, setengah jam lewatnya sebab ramai sangat penjaga yang datang dan nunggu giliran kat kaunter menulis kedatangan. Berduyun-duyun datangnya penjaga dan ibubapa ke sekolah hari ni semata2 menerima surat dari sekolah dan mungkin nak tahu perjumpaan apa sebenarnya.

Perjumpaan tu sebenarnya bukannya apa. Lebih kepada Postmortem. Cuma pihak sekolah sengaja nak memberikan penerangan perihal bantuan kerajaan kepada murid ni yang pada amatan beliau ada sesetengah penjaga dan ibu bapa ambil mudah dan langsung tak menghargai bantuan yang diberikan tersebut.

Nak kata ada ugutan dalam surat yang diedarkan tu, tak juga, cuma kalau tak tulis gitu, gamoknya tak ramailah penjaga yang hadir. Maklum le nak luangkan masa pergi sekolah petang2 bukannya mudah bagi sesetengah penjaga tu.

Kira2nya bebudak kat Felda ni beruntung sungguh la, apa ke tidaknya macam2 bantuan ramai yang dapat. Ada bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan), bantuan KWAMP (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin), bantuan pakaian seragam, Biasiswa Yayasan Pahang, Bantuan SBT (Skim Bantuan Tuisyen) , Tuisyen Felda dan macam2 lagi le yang koi tak ingat.

Tapi yang mengecewakan, peratus kedatangan pelajar penerima bantuan tersebut tidak memberangsangkan langsung terutama penerima RMT dan SBT. Begitu juga dengan peningkatan akedemik yang sepatutnya ada perubahan tiap2 tahun. Ada pula penerima KWAPM ni, langsung tak berganti kasut dari awal tahun hingga sekarang, pada hal duit cash yang dapat RM 250 dulu tu adalah sebahagiannya untuk membeli peralatan persekolahan.

Jadinya, GB ambil tindakan memberi pendedahan kepada ibubapa dan penjaga bahawa kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM21,ooo memberi bantuan kepada murid SK Purun pada tahun ni.

Diharapkan dengan penerangan yang diberi, ibubapa dan penjaga lebih menghargai bantuan yang diberi dengan lebih mempertingkatkan lagi kemajuan akedemiknya. Kata orang tu lebih cakna dan menggunakan peluang diberikan sebaik2nya.

Satu lagi, bukannya semua murid yang dapat sesuatu bantuan tersebut, kalau murid yang menerimanya tapi langsung tak ada peningkatan dan langsung tak memanfaatkan bantuan yang diberi , lebih baik diberikan kepada murid yang benar2 berkehendak tapi tidak disenaraikan... Begitulah lebih kurang maksud tersurat semasa perjumpaan tadi.

Yang koi nak ketawa sendirinya, ada beberapa rodong2 koi ni yang benar2 tak dapat datang ke perjumpaan tu, hantar masej tanya kalau tak pegi apa jadi. Koi jawab mudah je, koi tak boleh kata apa2, koi bukannya ada power, yang berkuasa guru besar, jadinya koi suruh lah telefon guru besar mengkala betul2 ada hal. GB pun bukannya stret juga cuma kata orang tu keras dalam lembut.. dalam keras2 dia sebenarnya lebih kepada timbang rasa.

Pada koi pulak, elok sangatlah diberi penerangan kepada penjaga ni supaya mentaliti mereka tidaklah duduk di tahap lama saja dan beranggapan tiap2 tahun kerajaan akan memberi bantuan kepada mereka padahal tahun depan semakin kurang penerimanya....



















Sedang mendaftarkan nama diri dan anak yang menerima bantuan.


Dalam dewan penuh dengan penjaga


GB sedang memberi penerangan...


Sekian............wassalam

7 comments:

Redz da Tsar said...

Haha... Cara mudah untuk 'ajak' penjaga datang mesyuarat... haha... Bgaus2... Tinggal la kejap kedai kopi/warung ter.. Jage anok lagi penting weyh~

YASSIN said...

Nok goner mmg org kita ni kena gitu laa hehehe...

Anonymous said...

gitulah gayenya kat felda ni. sokmo harapkan bantuan

Cikgu Jang .. said...

Beruntung sungguh bebudak zaman sari ni. Koi mase kat sekolah dulu takde benda dapatnya, tapi ramai jugak rodong2 koi yang berjaya...walaupun duit belanja hanya 20 sen je sari..tapi budak sekarang ni paling koman pun dua ringgit belanja sari

relevan said...

Anok Kome dapat nalor bantuan buku teks jer..mengkala bantuan jenis lain tak ander..cikgu kata aok tak layok terima.. tapi ander murid murid yang dapat RMT siap bawa duit belanje 5 nam ringgit..makan dekat kantin..makanan RMT tak dimakannye..

Auntieyan said...

Salam Cik Gu,

Entahlah, orang kita ni memang gitu gamaknya, bila tak diberi komplen, bila dah beri tak tahu pulak nak hargai (bukan semua la)

mr.Sen$ei said...

ni cara terbaik nih ajak mak bapak datang sekolah...patutnye datang hari2 pun boleh...nak lepak kat kantin sekolah ngn cikgu pun boleh sangat2...ke gone?