Penginapan Sewa harian di Shah Homestay . Layari www.homestayshah.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Memang seronok pegi jalan2 ni...

Salam...

Pagi sampai ke tengah hari ni tadi , popalih....koi rase bapok le mamainya. Bukan koi sorang je, koi ingat semua rodong2 koi yang pegi lawatan ter sama je macam koinya.... Tapi apakan daya, walaupun sampai rumah pukul 4 pagi, dapat tidur sekitar 2 jam lebih ....kena pulak ngajar, tok soh ceritelah...koi ingat Prasiden Borak Obamar pun jadi mamai jugak.

Tapi dalam gitu, sepanjang lawatan kome ni, meriah sungguh . Habis le Pantai Timur kome keliling. Ikut Gua Musang, balik ikut Terengganu...

Yang syoknya, semua cikgu lelaki pegi, cikgu pompuan dalam 5 orang tak dapat pegi, pekerja swasta baik jaga dan tukang kebun semua pegi, Staff sokongan pun semua ade. Pendek kira habis lah warga sekolah kome pegi sama..

Tempat pertama kome pegi, SK Perasu kat Gua Musang. Mengengok kan bilik juara tahun lepas gone gaya rupanya. Bila kome tengok pasarananya, padan le juaranya....macam2 aksosori ade, pastu diaorang banyak guna bahan semulajadi....tambahan pulak lokasi bilik dia ter strategik, banyak ruang boleh muatkan taman2 ...

Selesai kome kat sane, pakatlah pulak pegi Rantau panjang.....bale,..... cikgu2 sekolah koi bab membeli ni. terutama toto dan periuk. Nasib baik le kat bas ter ade ruang belah bawahnya, mengkalar letak kat dalam bas, koi rasa ade yang lemasnya sebab tak cukup udara.

Habis kat Rantau panjang, kome pegi ke Kota Baharu. singgah kat kedai makan sebelum ke lokasi seterusnya. Dalam pukul 7 petang, kome sampai ke rumah nenek salah sorang cikgu sekolah kome. Apa nok kabor, disebabkan perut masing2 lapor belaka, kus semangat, ngeri negoknya cikgu2 ni makan. Tambahan pulak banyak pulak hidangan2 yang koi rasa memang menyelerakan. Kome memang teruja dengan sambutan tuan rumah meraikan kome ni...

Lepas selesai edisi memenuhkan perut, kome pegi pulak Pasar malam Wakaf Che Yeh. Kat sini, koi suka sangat pegi sebab harganya murah dan banyak pilihan. Kat sinilah koi memanfaatkan duit membeli lebih kurang mengabihkan duit yang ada

Dah pukul 12 tengah malam, maka kome ni pun balik le kat hotel budjet untuk tidur. Baru koi nak terlelap, GB tetfon ajak minum kat restoran kat bawah. kabornya koi dengan HJ. Zainal aje je cikgu lelaki takde, yg lain semua ade. Turun jugaklah koinya. meninggalkan rodong koi sorang dlm bilik ter tengah nyenyak tidur,. Nak kejutkan dia rasa tak patut pulak.

Koi ingat sampai pukul 2 jugaklah melepak kat restoran ter...sebelum tidur.

Pagi2 nya kome terus ke rumah sorang lagi cikgu sekolah ter untuk makan pagi. Yang ni pun sedap jugak , habislah sepinggan nasi dagang koi belasah.

Misi seterusnya, ialah ke SM Kandis Kat Bachok melawat bilik Boss kat situ. Sambutan cikgu2 kat situ, memang mesra, walaupun ada antara kome ni kepala semacam nak lunai je, tapi semangat cikgu2 kat situ, kome jadi seronok pulak. Sekolah ni macam kome jugak sebab tahun ni masuk bertanding tapi berlainan kategori.

Selesai kat sana, distinasi seterusnya ke rumah salah sorang lagi cikgu Purun. Tujuannya sama , makan nasi tengah hari. Sungguh menyelerakan sekali. Lepas tu barulah pegi ke Losong, cari kerepok getei. Bila lalu kat sana, teringat koinya zaman belajar kat Maktab situ, jalan situlah tempat koi ulang alik masa praktikum kat sekolah Kebor Air..

Bila dapat je keropok getei ter, haripun dah hampir pukul 6 lebih, kome balik la ke Pahang. Sepanjang jalan ke Pahang ter, koi ingat 3, 4 kali jugak lah behentinya. Sebab tulah lewat sampai rumah.

Walau apa2 pun, secara peribadi, inilah lawatan paling menjimatkan serta menghiburkan. Koi rasa sekolah kome mencatat sejarah tersendiri dengan mengadakan lawatan khas untuk warga sekolah sahaja tanpa melibatkan murid............

Sebagai kenang-kenangan beberapa gambor koi muatkan. Niatnya nok masukkan semua gambor, tapi memikirkan takut tok muat, jadi gambar terpilih aje yang koi masukkan.



Gambar staf sekolah dan pekerja sawasta di depan pintu gerbang kat situ. Lepas ni adelah tugas2 khas buat dia orang ter yang GB suruh. Koi rasa GB suruh cari teras jugak gamoknya.

Sebahagian sudut kat SK Perasu tu...

persembahan Boria dari Kelab SPBT SK Perasu khas untuk kome

Bergambar beramai2 dalam bilik Boss kat sana

Ni gambar makan malam kat rumah nenek Siti Nur Mastura, yg koi kata sedap ter..




Antara sudut2 menarik kat SM Kandis......paling menarik bagaimana tangga diubah suai menjadi model air terjun......kabornya Jaga sekolah ter aje yg buatnya.


Sessi taklimat dan beebalas2 ucapan antara kedua2 pihak.

Blogger jugak tak ketinggalan bergaya kat sekolah org lain.....hehehe

Sesi bergambar beramai2 sebelum pulang....


Ni .....gambar paling menarik antara yang menarik. Sungguh ayu sekali dua org cikgu ni tidur.....kah kah lah......

Sekian....

4 comments:

relevan said...

Jauh perjalanan luas pemandangan cikgu..
haus juga tapak kaki dan haus juge poket seluar.. he he..

INTAN RH said...

Amboi cikgu berjalan sakan ek.. Koi dah boring dah gi kelate..10 thn lebih duk sana..pokpaleh weh...hehe

Cikgu Jang .. said...

kalau tak disebabkan arahan GB, koi malas jugak la...tapi gonekan....' Saya yang menurut perintah'

Anonymous said...

Bagus-bagus idea ni....satu sekolah boleh dapat pengalaman sambil-sambil makan angin....
TQ....mhiskpgm@yahoo.com GUA MUSANG